28 December 2011

khasiat jus minuman buah-buahan monavie

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita sikit pasal barang minuman yang aku minum dan amalkan sekarang. Barang ni memang banyak dari org MLM tapi aku bukan salah seorang ejennya. Tak main ah der MLM ni. Aku beli dekat kiosk-kiosk berhampiran rumah je.mulanya yang bawak minuman ni ayah aku. Sibukla dia promote dekat anak-anak dia minuman ni baik. Untuk pengetahuan aku memang ada makan dan minum supplemen tambahan macam susu hi-goat,minyak ikan omega 3 dan redoxon vitamin c.

alhamdulillah sekarang ni dapat pula merasa jus monavie ni. Memang rasa dia sedap tak tipu punya sebab dia ade 18 jenis buah dalam minuman ni dan dia sumber anti pengoksidaan yang paling tinggi. So far aku minum 2 kali sehari setiap pagi dan malam. Dan kesannya boleh nampaklah.

Kesannya setiap hari aku akan buang air besar. Dah tak ada risau tak buang air besar berhari-hari.merangsang waktu tidur aku on time. Sejak minum jus ni aku dah jarang tidur tengah malam. Selalunya aku tidur paling awal pukul 2 pagi tapi sekarang pukul 12 pun dah mengantuk.

Aku minum ni dah sebulan lebih. Setiap hari pun rasa bertenaga. Dan jus ni memang sedap ah. Kalau ikut aku rasa macam nak habiskan sebotol terus je tapi memandangkan jus ni agak mahal terbantutla. Harga sebotol monavie ni antara RM100-140. Tapi sebab ayah dah jumpa satu kiosk murah jadi bolehla beli dengan banyak.dan monavie ni ada 3 jenis kaler pada label dia macam warna ungu,merah,dan hijau.setiap warna khasiatnya lain-lain.aku minum warna purple dengan merah.untuk korang yang nak sihat cubalah.

Dekat sini aku tuliskan fungsi jus ni. Antaranya bersihkan toksin atau racun kesan ubat dalam badan kita, bina semula sel-sel tisu seperti sakit sendi organ dan dia memang anti oksidan yang tinggi. Dia juga melawan radikal bebas dan kuatkan sistem ketahanan tubuh.

1 orang komen:

Juasseh Cafe said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS