10 December 2011

berblogging live dari hukm :P

Assalamualaikum maaf sebab lama tak update blog ni. Macam yang semua maklum aku kini sedang menjaga mak yang sakit di Hukm.hari ni genap seminggu jalani rawatan dekat sini. Alhamdulillah nampak dah semakin pulih keadaannya. Cuma tengah nak dressing kaki mak dengan antibiotik. Syukurlah doktor dan nurse dekat sini melayan mak aku dengan baik sekali. Rawat mak dengan penuh kelembutan walaupun mak sakit. Tiap kali tengok keadaan mak mesti sedih. Aku dapat rasa sakitnya bila setiap hari pun nak kena suntik untuk check darah,kena suntik untuk masukkan antibiotik lagi, kena rendam kaki lagi. Aku dapat rasa keperitan tu. Aku dapat pas untuk menjaga dan membantu mak dekat wad. Tiap-tiap malam aku akan tukarkan pampers dan baju mak. Kaki mak masih belum kuat dan setiap kali mahu ke tandas aku perlu temankannya. Untuk memudahkan segala urusan mak setiap hari, aku ambil keputusan untuk menjaga mak setiap malam.sekurang-kurangnya bila mak ada di depan mata lega sikit rasa hati ni. Aku harap sangat semoga mak cepat sembuh. Semoga mak boleh berjalan lagi seperti sedia kala. Ya allah sembuhkanlah penyakit ibuku ini. Amin ya rabb.

2 orang komen:

Forever young -.- said...

Sabarlah yeeeh . Bnyak bnyak lahh berdoa :D

eira said...

Terima kasih umie farah

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS