04 October 2011

untitled

assalamualaikum .

syukur masih diberi kesempatan untuk menulis disini , di blog usang ini .

waktu ni hati dan fikiran tak tau terbang ke mana . banyak benda yang mendesak dan menyesakkan jiwa berlaku dalam masa terdekat ni . sesungguhnya semuanya menguji kesabaran aku . inilah dugaan aku . dugaan sebagai anak dan kawan . life is not easy . bukan semua benda yang kita nak kita akan dapat dan bukan semua benda yang kita tak dapat tu kita takkan dapat tetapi digantikan dengan sesuatu yang lebih baik .

hati ni sekarang dah pandai nak sedih . dengan semua benda pun nak sedih . i don't know what is goin' on sebenarnya . kadang bila mak ayah tak ada pun boleh buat sedih , walhal aku sudah pun biasa dengan keadaan ni semenjak tadika lagi . aku dilahirkan dengan keadaan kedua ibu bapa aku bekerja dan aku selalu ditinggalkan sendirian . sepatutnya tak menjadi masalah untuk aku dalam hal macam ni .

mungkin juga faktor sekeliling . dengan kerja yang banyak , kerja yang tak pernah habis buatkan aku terfikir nak hidup kena ada semangat yang kuat bila mak , ayah dan keluarga tiada disisi . yang kau punya waktu sekarang hanyalah kawan - kawan kau yang setia menemani sepanjang masa . life goes on . suka atau tidak tetap kena teruskan hidup . cuma sekarang ni semangat makin berkurang . stress pulak makin menaik . kadang - kadang aku rasa aku lost dalam dunia aku sendiri . sangat tak ada masa untuk diri sendiri . setiap hari pun ada kerja menanti . waktu cuti pun hati tak senang .

aku jarang nak mengeluh . aku suka simpan je semua ni . tapi kadang - kadang tak boleh tahan jugak lah kan . lagi nak habis belajar ni makin terasa susahnya . makin terasa hebatnya dugaan belajar . sampai satu tahap kau tak tahu apa yang nak dibuat sekarang . aku tak suka macam ni . this is so not me . aku harap sangat perasaan ni tak drag aku jauh - jauh . banyak yang perlu difokuskan . 

p/s : i'm tired of everything :(

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS