17 August 2011

acu rindu damia

assalamualaikum.

just a quick update from me .

semalam abangku men'tag' gambar damia yang terbaru dekat aku di facebook . yela aku kan sekarang di hostel dan hari minggu kalau ada kelapangan sahaja aku akan balik ke rumah dan masa bersama anak buah aku , damia sangatlah terhad dan boleh kata aku tak puas bermain dengan si comel sorang ni .

sebenarnya memang aku sangat sibuk . semalam baru sahaja selesai OPKIM bubur lambuk Part 1 dan alhamdulillah program berjalan dengan jayanya . syukur sangat - sangat sebab tak hujan dan yang paling best mestilah waktu nak packing bubur . selain tu dah berkumandang dah lagu - lagu raya waktu kami ( OPKIM ) buat kerja di hadapan rumah Sir Roy .

sekarang ni tengah sibuk siapkan slide dan presentation untuk minggu depan . selain tu tengah sibuk juga dengan meeting program grand iftar di Tambun , Perak bersama organiser dan project manager. penat tak payah ceritalah kan . memang tak cukup tidur dan semester ni paling banyak kali sangat jumpa supervisor . nasib baik dapat supervisor comel cam Sir Syazwan sangat fleksibel dan banyak membantu dalam memberi idea walaupun dia lecturer baru di sini .

Dan selepas ni aku akan ada program dengan OPKIM di Tambun pada 21 haribulan diikuti dengan OPKIM bubur lambuk Part 2 yang akan berlangsung pada 23 hari bulan ni , padat jugaklah aktiviti bulan ni .  tapi insyallah aku akan buat sehabis baik . terima kasih jugak pada lecturer - lecturer dekat BMI sebab bagi banyak sangat report yang nak kena submit 'on time' .

oklah berjela - jela pulak aku bercerita pasal kehidupan di hostel ni . jom kita layan gambar damia yang terbaru, bersama - sama telekung ibunya . rindunya T______T




p/s : acu sayang Damia . tunggu acu balik ye sayang . mmuah xoxo

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS