08 July 2011

update laju - laju .

hai korang . apa khabar? sihat ke tak ? aku alhamdulillah masih diberikan nafas oleh allah s.w.t untuk terus menulis dekat sini . banyak sebenarnya nak cerita tapi kita ringkaskan sahaja lah ok. semuanya untuk entri dari hari isnin sampailah ke hari ini , hari Jumaat .

Isnin 04/07/2011
waktu ni memang aku tak sempat sangat - sangat nak update blog sebab aku kena berkejar ke Negeri Sembilan sebab nak hantar insulin mak yang dah hampir habis . Bagi yang tak tahu , mak aku penghidap diabetes yang bergantung sepenuhnya pada insulin , jadi kalau insulin tak ada korang mesti faham apa akibatnya . jadinya malam tu aku , abangku , akak ipar dan Damia bergegas ke Negeri Sembilan malam tu jugak dan kita orang balik hari ok . Korang mesti cakap Negeri Sembilan dengan KL mana jauh pun takat sejam tapi penat kot nak ulang alik dalam masa yang singkat . pheuwww~!


Selasa 05/07/2011
Teman Shafarin Samat pergi main layang - layang . sebenarnya petang isnin lagi dia dah call ajak main layang - layang tapi terpaksa tolak sebab kes di atas . jadinya malam isnin dia call lagi ajak main layang - layang esoknya iaitu hari Selasa dan alhamdulillah dapat temankan dia . Walaupun aku tak pandai main layang - layang tapi dapat tengok muka gembira dia pun dah cukup untuk aku . He makes me smile . Happy dapat jumpa dia . Thank you so much . Oh ya kita orang main dekat Kepong je . Kiranya ni kali kedua aku pergi temankan dia . Banyak sangat memori manis bersama . Dah 3 tahun kami kenal . doa - doakan yang terbaek :)




Rabu 06/07/2011
Petang tu si dia text message lagi bertanyakan hal untuk temankan dia main layang - layang , tapi tak jadi pergi sebab hujan . walaupun kita orang jarang jumpa , tapi kita orang sangat rapat . Keluarga aku dah kenal dia , keluarga dia juga . setiap hari tak pernah si dia tak mesej aku walaupun dulu selalu dia bekerja malam . walaupun kita orang dah lama tak ada apa - apa , i still luv him so much. dan hari ni tak terhenti di situ je , aktiviti diteruskan dengan membeli belah . seriously memang penat tahap gaban punya . walaupun orang tak ramai tapi tak menang tangan jugaklah aku pegang Damia . Damia sekarang dah lasak sangat , tak nak duduk diam dan yang menjadi mangsa pegang Damia dah tentu - tentulah aku dengan kakak ipar aku . sebenarnya tak kemana pun , ke Jalan Tunku Abdul Rahman je beli kain pasang untuk dibuat baju raya . lepas dah berjalan kita orang pekena MCD , aku macam biasalah GCB saje menu nye . minggu ni memang makan fast food jela kerja aku . raya tahun ni memang merah mak ngah lah kita orang satu keluarga .



buah hati pengarang jantung maksu :)

Khamis 07/07/2011
Satu hari berjalan sakan ke Ampang Point . Mulanya nak pergi bank in duit dekat CIMB je lepas tu dah terbawa - bawa sampai ke Ampang Point . Lepas solat maghrib semua kita orang makan - makan dekat Tarbush . Tak sedap pon menu nasi briyani dia . nasib baik kebab dia sedap . kebab die satu je rm6 . tapi memang sedap lah bila makan dengan sos banyak - banyak . terima kasih dekat bapak Damia sebab belanja maksu makan lagi . hahaha

Jumaat 08/07/2011
Tak ke mana - mana sebab abang aku tak ada di rumah , perlu bertolak ke Ipoh katanya . Jadi aku lah peneman kakak iparku dengan Damia . harap nya tak ada benda yang tak elok jadi sebab hari Sabtu ni kan dah heboh pasal perhimpunan tu . harap mak ayah sampai KL pun selamat petang sabtu nanti . Takut jugak moga allah selamatkan kami semua . amin

p/s : tu je buat masa ni . sayang semua

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS