19 July 2011

day five : 10 wishes

hello peeps ! just a quick update from me

10 wishes .....

1. nak bahagiakan mak dan ayah . dua orang yang sangat berjasa dalam hidup aku . tanpa dia orang aku bukan siapa - siapa . tanpa dia orang aku tak kan dapat melihat dunia yang indah ini . terima kasih mak dan ayah atas segala jasa dan kasih sayang yang dah diberi selama ni , hanya allah saja yang dapat membalasnya .

2. Kalau di izinkan tuhan , aku harap doa aku dikabulkan untuk menjadi seorang jurutera memandangkan bidang yang aku bertungkus lumus belajar sekarang pun medical electronics engineering , jadi apa salahnya kalau segala ilmu yang aku pelajari dapat aku berbakti kepada yang memerlukan . aku suka suasana hospital . mungkin korang rasa aku pelik tapi bila berada di hospital ianya sangat menginsafkan aku bahawasanya nikmat sihat itu sementara . subhanallah .

3. aku nak ada kereta , dengan hasil titik peluh aku sendiri . aku sangat minat kereta keluaran toyota . tak kisah lah korang nak cakap "taste" aku teruk ke apa tapi aku memang suka design dari toyota terutamanya Camry . besar dan sangat selesa . boleh bawak mak jalan - jalan selalu ceewah . tapi kalau dapat myvi aku dah cukup syukur dah :)

4. nak ipadddddddd . gadget terkini sekarang . semua orang pun nak jugak kan . tapi aku suka yang brand apple punya sebab best dan rasa cool . ada siapa - siapa yang baik hati yang nak bagi ipad tak =P

5. teringin nak pergi bercuti bersama keluarga ke Krabi , tapi belum ada kesempatan lagi . dalam negara pun tak habis melancong dah nak pergi ke negara orang hehehe . tapi Krabi memang besh lah . tak caya ? ce tengok ni . aku ni suka pantai jadi tak hairanlah kalau aku teringin nak ke sini .



6. DSLR kamera . aku memang dah lama nak beli kamera . terutama sekali nikon punya brand . canon pun boleh tahan juga , tapi sekarang kena tumpukan pada hal yang lebih mustahak dulu sebab kamera jarang pakai pun . 

7. nak ada rumah sendiri sebelum diri menginjak 30 tahun . insyallah . aku suka kan rumah yang simple - simple saja janji aku selesa . bila ada rumah boleh hias sendiri cantik - cantik . mood berangan dah sampai =p

8. nak buat bungee jump macam bawah ni . ada bran ?



9. nak pergi tunaikan umrah dan haji kalau ada rezeki lebih . insyallah doa - doakan ye semua .

10. nak seorang special boyfriend . seorang yang sangat memahami dan paling penting mak ayah suka :)

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS