07 June 2011

Movie review : Kungfu Panda 2 3D

hai korang . sebenarnya entri ni barulah entri yang sebetul - betul entri untuk hari ni . nak cerita sikit pasal movie Kungfu panda 2 ni . sebenarnya dah pergi tengok lama dah 1 june hari tu hahaha lama lah sangat kan . pergi tengok dengan bestfriend dari sekolah menengah sampai sekarang . thanks untuk anis , rahmah dan syara sebab sudi luangkan masa bersama aku hari tu . we had so much fun . berjalan sakan dekat Pavilion , makan dekat Old Town sambil bergossip dan last but not least pergi tengok movie Kungfu Panda 2 ni lah .


ape yang aku boleh cakap . ni lah first time aku tengok cerita kartun tak best . entahlah tak tau kenapa aku rasa tak best , walaupun ada setengah orang cakap best tapi bagi aku biasa - biasa saje . nak kata tak gelak tu , adalah jugak aku gelak -gelak sikit tapi kebanyakkannya banyak membosankan aku . bagi aku movie kungfu panda ni lambat sangat jalan cerita dia . walaupun sebenarnya pengisian dia tak adalah teruk mana . aku lagi pecah perot bila tengok cerita ice age . walaupun aku tak pernah tengok siri 1 dan 2 dia tapi ice age 3 memang kaw - kaw punya aku gelak . mungkin sebab aku tak pernah tengok cerita Kungfu Panda ni kot sebelum ni tu yang cakap tak best kot . tapi peminat - peminat Kungfu Panda jangan marah ye . ni pendapat aku aje .



apa yang bestnya pun mungkin sebab aku tengok 3D . yelah rasa macam nak pegang je bulu panda tu sebab terasa macam dekat sangat dengan mata aku ni . oklah kita cerita sikit pasal movie ni . Dalam cerita ni si kungfu panda ni mencari identiti dia . kira macam dia mencari asal usul dia memandangkan dia dipelihara dan dijaga oleh seekor itik lah lebih kurang yang dipanggilnya ayah . banyak cabaran yang datang sebelum dia pergi mencari diri dia tu . sampailah dia selalu teringat pada mak dan ayah sebenar dia . untuk korang yang belum tengok , bolehlah pergi tengok sebab aku pun tak nak cerita banyak - banyak sangat dekat sini . hehehe . 

sebenarnya aku suka pergi tengok wayang sebab boleh release sikit tension , tapi sekarang dah jarang pergi sebab sibuk belajar dan tak ada siapa nak teman aku pergi tengok . kalau tengok sorang memang tak lah kan sebab aku ni cepat boring sikit . tambah pulak nak kena beratur panjang bagai nak beli tiket , lagi lah aku bercinta nak keluar sendiri . teringin nak tengok movie X-Men First Class . ada siapa - siapa yang dah tengok tak ? kongsi - kongsi lah ek . hehehe

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS