03 June 2011

bila demam nora elena menyerang

hai korang . ada tak yang tak tonton cerita ni ? aku pasti cerita ni jadi top favourite drama korang semua sekarangkan . kisah cinta nora elena yang dah semakin berputik dengan Seth Tan lakonan Aaron Aziz dengan Siti Saleha adik Sam Bunkface tu . well aku pun tak terkecuali dari menonton cerita ni . boleh tahan bestlah jugak tapi sebenarnya banyak lain sikit dari novel asal kasih yang suci . tapi tak apa mungkin pengarah drama ni nak buat lain sikit dari novel asal baru ada variasi kata orang .


dekat facebook banyak sangat orang post dekat wall macam ni " romantiknya Seth Tan ni , kalau lah dapat suami macam ni " . ada lagi tu , " sweetnya Seth Tan bila belikan nora elena bunga banyak - banyak , best gilaaa " . macam - macam reaksi yang aku dapat bila buka facebook malam tadi . finelah memang susah sebenarnya nak cari lelaki yang romantik dan setia dalam dunia ni . kalau ada pun 1 dalam sejuta . aku suka lelaki yang tau apa yang boleh menarik minat perempuan macam bagi bunga lah kan . sebab orang lelaki ni kadang - kadang segan nak beli bunga lah , tak macho lah pegang bunga . mat bunga lah apa lah kan , so bagi aku memang watak Seth Tan ni menjadilah .




bila tengok Seth Tan punya watak mesti jadi idaman semua gadis dekat Malaysia ni .ecewah . yela dah lah berbadan sasa , romantik , penyayang , handsome lagi tak mungkin lah tak ada gadis yang cair tengok cerita ni . tambah pulak Seth Tan ni ada nakal - nakal manja sikit . Btw kalau nak tau aku pun suka lelaki yang berbadan sasa dan tinggi . rupa pulak tak kisah lah hitam atau putih janji sedap mata memandang . sebabnya aku rasa protective sikit kalau dengan orang macam ni . hahaha berangan macam boleh dapat pulak kan ~! tadi cari punya cari gambar aaron aziz sekali ternampak gambar ni . pergghhh hot gambar hitam putih dia ni . terus rembatlah dari pakcik google . hahaha :DD




macam manalah ending cerita ni ye . kalau ikut novel tu , happy ending . tapi tak taulah kalau pengarah cerita ni nak tukar jadi lain ke kan . so tunggu jelah sampai habis cerita ni nanti . aku suka lelaki yang tahu apa aku nak tanpa aku perlu cakap apa - apa . tahu apa yang bermain -main dalam otak aku . senang cerita aku suka lelaki yang unexpected . suka suprise dan bunga . hahaha harap - harap dapatlah sorang macam dalam gambar bawah ni pun jadilah . hehehehe kidding . bila tengok gambar ni teringat zaman sekolah menengah dulu . minat betul dengan Tom Welling ni sampai setiap hujung minggu duduk depan tv menghadap cerita Smallville . hero zaman remaja aku . 




eh oklah . dah banyak sangat pulak merapu pasal cerita Smallville padahal tajuk entri pasal nora elena je kot . melebih - lebih pulak aku kali ni . kalau cerita pasal lelaki idaman sampai esok pun belum tentu habis . hahaha apa - apa pun terima kasih korang sebab baca entri kali ni . oh ya aku akan ke Kedah esok dan kemungkinan besar tak dapat update blog dekat sana . ada kenduri kahwin sedara sebelah ayah . kalau ada cerita best nanti aku update lah ek . babai


p/s : still searching for the right one .

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS