30 May 2011

menghabiskan sisa cuti

alhamdulillah semalam adalah hari lahir mak yang ke 51 . tak ada celebrate apa cuma belikan cake chocolate dan makan satay anak beranak . what a great feeling . sebab rasa macam dah lama tak makan satu family lagi . mak dengan ayah dah ke negeri sembilan aku pulak tercampak sorang dekat KL . maaflah sebab jarang update . sebenarnya nak kurangkan sikit online sebab takut addict sangat . lagi pun power cermin mata dah naik -_-

sekarang ni cuti semester memang relaks habis . cari kerja partime satu habuk pun tak dapat . frust jugaklah kan . nasib baik tak kena cuti sampai 4 bulan cam budak - budak IPTA lain , nasib universiti aku nak dekat 2 bulan je cuti kalau tak memang nangis ah duduk umah tak tau nak buat apa T_____T . aku pun dah naik bosan tak buat apa dekat rumah . siang tu adalah jugak kerja nak buat tolong - tolong mak . malam ? nak nanges je memikir nak buat apa . huhu

hari tu adalah jalan sikit bawak damia dengan makcik nya jalan - jalan di jalan TAR . hahaha jalan tuanku abdul rahman lah . ramai jugaklah orang walaupun semua dah sedia maklum minggu lepas dekat Putrajaya ada Himpunan Sejuta Belia tu . ingat tak ada lah orang , huhu tapi sangkaan meleset gila . manusia tetap ramai lebih - lebih lagi depan Sogo tu haa.. amik kau aku sampai naik pening tengok orang banyak sangat . mungkin ramai yang tak tau yang aku tak boleh duduk dalam satu tempat yang ramai orang . macam pergi pasar malam pun tak boleh lama - lama nanti mulalah kepala ni nak pening .


damia dengan makciknya . kesian dia waktu ni damia berpeluh - peluh sangat sebab ramai orang lagipun damia selesema hari tu . tapi kita orang bawa jugak dia berjalan saja nak kasi dia biasa bila orang ramai .


yang ni aku lah . dah membesar dengan sihatnya . sebenarnya gambar aku waktu berjalan tu tak ada pun tapi saja lah nak semakkan blog ni siket hahahahaha . 

p/s : penat sikit dua tiga hari ni . 

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS