01 May 2011

day one : 10 things about you

hai - hai . tengah ambil mood nak menaip ni . bukan senang nak taip pasal diri sendiri , sebab nak dapat semangat satu macam tu yang susah tu . hehehehe tapi tak apa , cabaran di sahut dan terhasillah entri yang tak seberapa ni . bagi siapa - siapa yang tak kenal siapa aku , bolehlah ambil peluang ni untuk kita saling kenal -kenal tak gitu ?

day one : 10 thing about you


p/s : ce teka aku yang mana ?

  • nama sebenar pemilik blog ni bukanlah epalgreen , epalgreen hanyalah nama glamor untuk alam maya ni je , nama sebenar hanya kawan - kawan terdekat je yang tahu . nama sebenar aku panjang sikit dari korang - korang hasil ciptaan ayah aku sendiri :P

  • masuk tahun 2011 ni , usia aku akan bertambah satu tahun lagi . satu tahun je , muda lagi kot ! haha perasan je kan . aku masih muda , baru berusia 23 tahun pada 24 september nanti . harap - harap awet muda sampai ke tua . amin

  • Dalam banyak - banyak makanan , aku paling tak suka makan sayur . family aku semuanya kaki makan sayur kecuali aku . pasal apa pun aku tak tahu . tapi tak adalah sampai tak makan sayur langsung , ada jugak sayur yang aku makan macam kangkung , bayam , brokoli , carrot dan cendawan

  • aku dilahirkan di Kuala Lumpur dan membesar pun di sekitar kawasan Kuala Lumpur , pendek kata main lumpur jela keje aku . hehe waktu sekolah rendah aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan 2 , manakala sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Cochrane . Menyambung pengajian peringkat diploma di Institute Megatech dan sekarang menyambung degree di UniKL - BMI

  • anak kedua dari dua orang adik beradik . aku ada seorang abang yang kini seorang guru kaunselor di SMK Seri Titiwangsa . dan sekarang aku ada seorang anak buah yang berusia 7bulan , Hannah Damia

  • aku suka matematik . aku lebih suka mengira dari membaca . tapi minat membaca tu datang bila aku makin besar ni . ada jugaklah satu dua novel yang aku baca , buku - buku agama tapi tengok cara penulisan jugak sebab aku ni jenis cepat boring sikit . hihi 


  • aku ni seorang yang pemalu kalau tak kenal orang tapi jenis yang peramah dan cepat mesra dengan orang kalau dah kenal . dan kebanyakan orang cakap aku ni muka sombong . huhu kebanyakan orang cakaplah kan terutama sekali kawan - kawan aku . nak buat guane kalau dah senyum pun nampak bengis kan . kan . kan ? T________T


  • aku suka tengok filem aksi , humor dan horror . dekat rumah kalau ada kesempatan je mesti tengok HBO sampai berjam - jam . aku jarang nak keluar tengok wayang , aku lebih suka tengok DVD dan CD je . sebab lecehlah nak kena beratur bagai . almaklumlah nak jimat masa . konon je :P

  • aku suka sangat cheese . aku paling suka makan lasagna dekat pizzahut tu . kalau makan pizza yang bercheese pun aku akan bantai chesee lain banyak - banyak . hahaha mana lah tak gemuk gedempol . well ada aku kisah ? gemok ke tak janji aku tak kacau orang . hee :)



  • aku suka kumpul gadjet . selalunya cepat tertarik pada hp dan barang - barang apple . aku ni jenis tak kisah kalau barang tu harga nya mahal tapi berkualiti . janji tahan lama 

p/s : tu jelah untuk kali ni . babai


2 orang komen:

Nazman said...

"ce teka aku yang mana"...rasa2nya ye yang belakang sana tu kot yg pakai baju hitam tu...hihi..blog yg menarik ni..keep it up.

eira said...

Nazman : thanks bro

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS