30 April 2011

maharaja lawak.siapa yang patut menang ?

hai semua baru habis study sikit ni . jadi adalah masa aku nak update sikit . hujung - hujung minggu macam ni kalau aku tak ada buat apa atau memang tak ada kerja memang aku suka sangat tengok tv . kadang sampai berjam - jam depan tv dan rancangan yang mesti aku tonton , yang kira memang senarai rancangan wajib tengoklah kan mestilah rancangan macam so you think you can dance , the amazing race , CSI , House , HBO dan yang mesti nak tengok setiap kali malam Jumaat mestilah rancangan Maharaja Lawak dekat astro warna . Bagi yang tak tahu , maharaja lawak ni gandingan peserta raja lawak yang menang tempat 1 , 2 , dan 3 dalam setiap siri raja lawak yang lepas . kiranya yang the best among the best lah . 


aku rasa bagus jugak rancangan ni di buat sebab kita boleh tengok mereka - mereka ni bersaing secara sihat dan kreatif . berlumba - lumba nak menang hadiah RM300 , 000 . 00 . Siapa yang tak nak kan ? kalau raja lawak bagi hadiah RM 100 , 000 . 00 , maharajalawak mesti lah lagi up kan . ahahaha . tapi dalam banyak -banyak peserta dalam maharaja lawak ni , 4 orang yang aku sertakan video dekat bawah ni berpotensi dan layak untuk menang . semuanya tak mengecewakan sangat walaupun kadang - kadang lawak tak berapa nak jadi . biasalah kan bukan senang nak buat orang ketawa dengan lawak kita . kalau kita diberi pilihan untuk buat lawak pun belum tentu kita boleh buat lawak sebaik dorang ni . tak gitu ? hehehe :P


kumpulan sepah ni antara favourite aku . rasanya persembahan dia orang ni konsisten je setiap minggu dan tak pernah mengecewakan aku . keep it up sepah .



nabil ni antara peserta solo yang best lah selain Man . lawak dia ikut peredaran masa lah jugak .


jozan pun boleh tahan best dan video yang dekat atas ni aku rasa antara minggu yang terbaik lawak yang dorang buat . haha

jambu pun best sebab dorang ni kadang - kadang buat mimik muka je pun dah boleh buat orang gelak .

bila tengok persembahan dorang ni kan rasa macam tak boleh nak jangka siapa yang akan menang maharaja lawak ni nanti . sepanjang minggu nak final exam ni , aku akan berkurung dekat hostel ni . lepas dah di tolak campur adalah dalam 3minggu berkampung dekat BMI ni . bosan jugak sebenarnya , tapi kalau balik rumah kang tak belajar pulak aku nanti . have a great weekend everyone . 

2 orang komen:

Al Basirah said...

jozan2!!!

eira said...

@SayaBaik hee saye pilih sepah n jozan

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS