p/s : suka pulak aku tengok gambar ni . tak ada kaitan pun dengan entri :DD
sekarang pun cuaca sejuk semacam . lantai bilik hostel ni bila pijak dah macam pijak ais dah rasa . sejuk sangat kot sampai selesema pun tak nak baik-baik . ubat dah habis , batuk dengan selesema tak habis-habis jugak lagi . macam mana nak buat pun tak tau dah . banyak sebenarnya kerja pelajar degree ni ek . makin naik semester makin banyak pulak kerja nya . lagi-lagi nak Final Year Project ni , haih pening kepala . Sebenarnya memang dah banyak pening pun memikir nak buat FYP apa . individual pulak tu , macamlah hebat sangat electronics ni . haih sedih berganda-ganda T_____T
sedih jugak tengok kawasan-kawasan dekat Malaysia ni yang dilanda banjir teruk macam dekat Segamat . ada jugak kawan-kawan dekat sini yang risau keadaan keluarga yang jadi mangsa banjir . tak banyak yang dapat nak tolong , hanya mampu berdoa je moga semua umat islam yang jadi mangsa banjir selamat dan nasib terbela . dekat sini pun selalu jugak hujan dan cuaca jadi sangat sejuk . sampai shower yang selalunya airnya memang tak "rasa" jadi sesejuk air perigi . bayangkanlah kalau ada kelas pagi nak mandi macam mana kalau dah sesejuk tu . tapi aku gagahkan jugak sebab tu selesema dengan batuk memang susah sangat nak baik . kesian mak risau . insyallah tak lama lagi sihat . doa-doakan tau .
aku harap sangat otak aku tak rasa stress untuk permulaan semester baru ni . sebab kalau awal-awal dah rasa macam berat je susah jugak . aku ni memang tak boleh stress sangat , nanti mulalah nak pening je kepala . harap sangat semester ni result lebih baikkkk lagi dari sebelum ni . tapi aku tak nak lah berharap sangat , tapi tetap kena usaha lebih semester ni . dah tak banyak semester dah , lagi setahun lebih je tinggal untuk habiskan degree ni . semoga Allah mudahkan segalanya . serius aku sangat-sangat takut untuk semester-semester yang akan datang . dah terasa sangat debarannya walaupun lambat lagi nak naik semester baru . sebab nya , dah nak kena buat FYP dah . huaaa takutnya T_____T . oklah sampai sini dulu . nanti update lagi
0 orang komen:
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira