hai semua . kali ni memang nak mintak maaf sangat sebab memang tak dapat nak update blog langsung beberapa hari ni . yela seperti yang semua maklum aku kan tengah ber PHASE TEST . jadi kenalah menelaah , menelaah dan menelaah lagi sampai tak tidur dan bla .. bla .. bla . ok lah sepanjang bersesi soal jawab test ni berlangsung hidup aku agak kucar kacir lah kan . dengan bilik tak serupa bilik nya , dengan tak tidurnya , dengan nak siapkan assignment nya semuanya memang membuatkan aku rasa agak down sekejap lah . padahal jawab phase test je pun . tapi dia punya test macam nak jawab final daa hamekkk kau memang sedih lah bila kenang balik waktu jawab test beberapa hari yang lepas . ada paper yang aku dapat jawab tak kurang jugak yang tak dapat jawab . adoi memang terasa sangat dah kesusahannya untuk setiap subjek semester ni . nak tak nak memang kena belajar betol-betol lah kira .
sebenarnya semalam lagi aku dah habis paper dan masih tak sempat nak update blog sebab sibuk buat assignment signal dengan Matlab . haih boleh tahan susah jugak eh Matlab ni ? ada ke siapa-siapa yang pandai buat Matlab ni ? huhu . yang tak boleh tahannya lah kan semalam lah jugak geng-geng satu course aku balik rumah tinggalkan aku seorang-seorang dekat BMI terchentaaa ni . kurang asam korang . balik-balik buat test je tengok bilik semua dah kosong sampai hati korang tinggal aku seorang dengan tilam dan bantal yang tak bergerak ni . sedih berganda-ganda lah semalamkan T______T . tapi kan syukur alhamdulillah sebab semalam jugak adalah hari yang tak sia-sia untuk ditunggu sebab aku berjaya siapkan assignment signal dengan Matlab sebelum bercuti dengan hati yang gumbira . dapat cuti seminggu kot , dapatlah aku qada' tidur puas-puas kan memandangkan aku selalu sangat tak dapat tidur lena dekat hostel tu . mungkin atas sebab-sebab tertentu jugak kot .
banyak jugak cerita-cerita scary yang aku dengar dari budak-budak wing aku kan . ada dua tiga orang jugak kena tapi nasib baik tak ada lah teruk mana . macam aku ni pulak , asal tidur je mesti terjaga di pagi hari . macam pukul 3 , 4 pagi macam tu lah . tu lah masalah sepanjang aku masuk sem baru tahun ni . tidur terganggu sebab boleh kata setiap hari aku pasti akan terjaga dari tidur dengan sendiri nya . dapat pulak tengok banyak je lada hitam hari tu kan dekat bangunan kolej macam menguatkan lagi je cerita pasal benda-benda yang dia orang cuba sampaikan selama ni . haih kadang tak selesa jugaklah kan . bukan kita kacau orang pun , tapi sebaliknya pulak yang jadi . kita orang ni semua datang nak belajar kot , bila jadi benda-benda macam ni cuak jugaklah kan . meremang jugaklah bulu roma nak keluar pergi kencing kalau pergi seorang diri pukul 2-3 pagi . sekarang ni kita orang semua tak berani tidur lambat kalau nak study ke hapa dan semua pun akan berteman waktu tidur , kira berpasanganlah . kalau roomate tak ada ke atau pun tinggal seorang mesti pergi tidur bilik kawan-kawan lain . tengoklah betapa serius nye hal ni cewah .
tapi kalau boleh aku tak nak lah terbawa-bawa perasaan tak sedap ni . aku cuba nak berlagak biasa-biasa saja sebab nanti aku jugak yang dapat masalah kan kalau susah nak study . tempat orangkan , memanglah banyak sejarahnya . moga Allah sentiasa kuatkan semangat aku nak belajar tengah-tengah malam lepas ni . moga tak ada lah benda-benda pelik yang jadi lagi . amin . sebenarnya memang stress jugaklah duduk study dekat dalam bilik hostel tu kan . bila minggu-minggu test semua pun tak keluar-keluar bilik . aku bukannya boleh sangat duduk terperap dekat bilik sebenarnya . dapat pulak bilik kita orang ni menghadap tong sampah kan memang cari nahaslah kan kalau duduk 24 jam dekat dalam bilik tu . huh bau dia waktu siang hari tak ada lah bau sangat kan . tapi bila hujan je dia punya bau menyengat tak hengat punya . sampai dalam dilema nak tutup tingkap dengan pintu . sebab nya tutup tingkap bilik pun bau sampah bukak pintu bilik pun lagilah bau sampah kan . aiyaiyai kesian kan hidup bergelumang dengan bau sampah ni , tak selesa sangat . bilik aku pun selain tu ada tambahan lagi . nak tau apa tak ? semut merah yang dorang kata semut api yang menggigit tu . memang banyak sangat sampai bila letak makanan sekejap je pun atas meja dah kena harung dengan semut yang banyak sangat . sampai dalam-dalam laptop aku pun dia terjah T______T dapat pulak lagi bestnya kan semut - semut ni berbau .
setakat ni tu aja update terbaru . terima kasih kerana meluangkan masa . bye
25 February 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 orang komen:
hai..saya nak minta tolong berkenaan mat lab...boleh awak tolong?
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira