16 January 2011

banyak jugak nak ngomel ni :P

huhu tajuk macam hape je kan . ni kenyataan bukan main-main . sejak dah masuk belajar ni aku jarang dapat blogwalking . bukan tak nak blogwalking tapi kondisi broadband sangat lah teruk , wi-fi pulak terlalu lambat untuk loading satu-satu page . makan masa jugak nak bukak satu page kalau sampai kena refresh lapanpulohlapanbelaskali T______T . dan BE nuffnang pun makin berkurang sebab terjadinya insiden dekat atas ni lah . siapa boleh tolong ni ? huhu sedihlah kalau BE susah nak naik . aku bukanlah nak sangat duit ni tapi tak salah kan nak menyimpan dengan nuffnang ? huahua menyimpan lah sangat kau eira oii~! sambil menyelam minum air orang kata :DD


bukan setakat blog tak dapat nak blogwalking , segala email , website universiti semuanya tak dapat masuk dan urusan semuanya tergendala . lagi-lagi kalau waktu hujan . memang sedih ah langsung tak dapat sambungan internet dekat hostel . nasib baiklah aku bukan penghuni tetap dekat sana . tiap-tiap hujung minggu aku balik rumah . dapatlah online dengan streamyx yang laju sikit ni . bilalah wi-fi nak upgrade agak-agaknya ye ? masih menanti perubahan-perubahan dari pihak universiti yang bakal menyenangkan semua pelajar-pelajarnya . 


berbalik pada cerita pasal BE ni . kalau ikutkan hati nak jugak cuba iklan-iklan lain selain dari nuffnang punya iklan ni . tapi bila fikir-fikir balik , dah masuk belajar pun sibuk banyak kekangan bagai ada hati nak promote iklan banyak-banyak . huhu cepuk muka kang ! tapi minggu ni memang boring sikit ah dekat hostel sebab tak banyak benda lagi kena buat , biasalah kan minggu pertama masuk 'sekolah' bukan banyak sangat kerja lagi dia bagi . nak hujung-hujung semester nanti taulah nasib kau . melambak-lambak selambak sampai nak muntah pun kerja tak siap . tapi tak boleh salahkan student jugak , lecturer pun bagi kerja lambat sangat jugak sampai kacau final . 


cerita pasal rumah pulak , hari ni ayah mintak seorang jiran Indonesia tolong betulkan tangki air rumah kita orang yang dah nak rapuh tu . aku pun tak faham macam mana boleh jadi macam tu . tapi bila tengok kulat-kulat air dekat dinding rumah aku baru-baru ni memang geli ah . nasib ayah ada inisiatif nak betulkan tangki air tu . kalau tak , tak tahu lah apa jadi lepas ni . mak dah lah tak boleh ada kulat atau kuman-kuman . orang kencing manis ni banyak pantangnya . kang dah terkena jangkitan makan masa nak baik . aku cukup jaga betul benda-benda macam ni . aku harap sangat sepanjang ketiadaan aku dekat rumah mak boleh jaga diri dia baik-baik . eira sayang mak :)

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS