assalamualaikum pembuka bicara..
maaf sebab dah lama tak berblog di sini. segala kisah yang patut ditulis di sini sangat lah tak sempat nak update sebab kekangan masa dan line internet yang memang menyesakkan jiwa. banyak yang nak diceritakan dan banyak jugak peristiwa penting yang dah pun berlaku dalam hidup aku. aku berkesempatan jugak blogwalking tapi tak dapat nak tinggalkan jejak sebab line internet di kampus memanglah sangat menyakitkan hati. banyak perubahan untuk tahun 2010 ni.. macam-macam dah jadi. ada yang best, happy tak kurang jugak yang tak best huhu..baru-baru ni aku dikurniakan seorang anak buah perempuan yang comel. hannah damia nama dia. anak Malaysia ni sebab dia lahir 16 September yang lepas dan yang paling penting sama pulak bulan lahir dengan waktu dia dilahirkan dengan aku iaitu bulan september dan waktu maghrib..memang acu sayang mia lebih lah! hehe . rumah dah makin berseri dengan kehadiran si kecil ni. walaupun dia kuat nangis tapi sebab dia jugaklah satu rumah tak boleh nak tido. wahaha bergilir-gilir semua menjaga dia. memang terbaik lah. cucu pertama lah katakan semua perhatian dapat kat dia. doa acu semoga mia jadi anak yang baik dan taat pada ibu bapa. we love u :)
dan life dekat kampus memang mencabar dan sangat sibuk. ada aja event yang kena buat dan ada aja meeting yang kena hadirkan diri. kadang-kadang stress sangat. kerja melambak-lambak. masuk lab, quiz, phase test, presentation lah semuanya nak kena submit on time. dan buat reportlah benda paling aku benci sekali sepanjang bergelar pelajar ni. huhu tapi aku seronok sebab kawan-kawan tak pernah putus-putus bagi semangat kat aku. betullah orang kata bukan senang nak berjaya. usaha kena kuat solat jangan tinggal kalau nak keberkatan Allah. walaupun kadang-kadang aku sampai sakit and demam teruk bila dekat kampus tapi aku anggap semua ni pengalaman berguna yang dapat mematangkan aku. tak mudah jadi seorang manusia sebenarnya. otak banyak nak guna untuk belajar dan bekerja. haha tapi ni lah hidup kan. kalau tak ada pengalaman pun tak best jugak. so far hidup aku ok-ok saja. tak ada lah teruk mana pun..
dan.. sekalung tahniah untuk ayah sebab berjaya dapat pingat Ahli Mangku Negara yang akan dianugerahkan di Istana Negara pada hari Selasa ni. i am so proud of you ayah. segala penat lelah ayah selama 31 tahun ni berhasil berkat usaha kerja keras ayah berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. ayah lah satu-satunya idola aku. ayah tak pernah mengeluh membesarkan aku walapun aku ni banyak kerenahnya. selalu bersabar dengan perangai aku yang semakin menginjak dewasa ni.terima kasih ayah segala jasa baik ayah selama ni akan eira kenang sampai bila-bila. sampai habis nafas pun tak dapat balas jasa ayah yang besarkan dari kecil sampai jadi orang hari ni. ni aja gambar yang aku ada bergambar dengan ayah hee jadilah dari tak ada langsung.
p/s : sampai sini dulu..

0 orang komen:
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira