13 May 2010

ketika cinta bertasbih




"kau mencintaiku seperti dia mencintai titah Tuhannya
 tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia
 tak pernah lelah meneduhkn dlm gelita nyala
kau mencintaikuseperti matahari mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah membagi cerah cahaya
tak pernah lelah menghangatkan jiwa"

kata-kata ni aku ambil dari filem ketika cinta bertasbih.. bagi yang berkesempatan, tontonlah filem ini sebabnya banyak sangat tentang kehidupan seharian kita yang boleh diambil pengajarannya daripada filem ni. sangat meruntun hati.. pertama kali aku menonton filem ni aku menangis. sedih. tapi cerita ni mengajar aku bahawa ajal maut jodoh pertemuan yang ditentukan Allah adalah yang terbaik dan berpeganglah dengan agama Allah iaitu agama islam yang suci ini. aku sangat tertarik dengan setiap bait-bait kata dari pelakon-pelakon cerita ni. puitis dan sangat mendalam maksudnya. Mungkin ramai yang tak berminat nak tonton filem ni sebab filem ni banyak berunsurkan keagamaan.. para pelakonnya pun kebanyakannya bertudung.. tapi nilailah jalan ceritanya.. bukan pada pelakonnya sebab aku pasti ramai yang akan sedar hakikat sebenar kehidupan bila menonton filem ni.. cerita ni lagi best dari cerita ayat-ayat cinta.. jalan cerita lebih menarik dan tidak terlalu perlahan.. banyak konflik yang diketengahkan bersesuaian dengan tajuk cerita ini sendiri.. aku puas menonton cerita ni.. sangat berbaloi aku tunggu 2 jam untuk habiskan menonton filem ni.. korang patut tontonnya juga. hehe.. jom kita hayati puisi-puisi lain yang ada dalam cerita ni ...








Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..
Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..








1 orang komen:

Syahida _Masri said...

salam..bestnya kata2 puisi ni..suka sgt!

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS