10 November 2009

jangan nak cinta sangat ;p

cerita ni tak ada kena mengena langsung dengan korang yang berada diluar sana sama ada yang masih hidup atau pun sudah mati. ini adalah cerita aku. deal with it. cerita yang berdasarkan pengalaman aku sebagai seorang perempuan haha pfffftt %$#&^**(&$%@# !. tetiba dapat idea nak menulis kat blog ni pepagi buta. heh teruja !


semua orang pernah jatuh cinta kan. sama ada secara sedar atau tak semua orang sekurang-kurangnya mesti pernah terjatuh jugak cinta walaupun sekali. tak pernah? ok kau memang tipu. jatuh cinta disini bukanlah bermaksud jatuh cinta yang sangat dalam kepada sang lelaki tapi orang kata macam jatuh cinta pandang pertama la kot. tapi aku ada banyak pengalaman jatuh cinta pandang pertama which is tak adalah sampai tahap jatuh cinta gila-gila. haha. aku tak fikir ni perasaan cinta bila kali pertama aku tengok 'dia' aku dah suka sebab selalunya jatuh cinta pandang pertama ni sekejap je kot bagi aku lah. mungkin aku hanya suka tengok penampilannya, perwatakannya tapi bukan JATUH CINTA!! ia hanya suka. suka tak bermaksud cinta ok. ok cukuplah mukadimah untuk hari ni apa yang aku nak tulis kali ni pasal jenis-jenis lelaki yang sering mengecewakan perempuan macam aku. haha









1. yang ensem tapi haprak


kau memang ensem dan kacak hot stuff la kira. muka boleh tahan; lengkaplah dalam satu pakej mata sepet; hidung mancung; bibir merah bak delima haha kulit muka putih-suci-lagi-mulus + tak berjerawat. tapi yang tak bestnya perangai kau huh macam bangkai. kenyataan nya lelaki hot stuff begini memang suka berdampingan dengan perempuan cantik yang dahi licin je kot tapi bukan semualah ade sikit yang perangai macam ni. demand tinggi padahal harapkan muka je ensem tapi kosong. nothing!. cantik tu subjektif. ada perempuan yang kecantikannya dari luaran dan dalaman. jadi janganlah fikir lelaki ensem untuk perempuan cantik saja atau perempuan lawa untuk lelaki hot aje. itu kolot namanya. tak percaya? cuba kau tengok cerita tv3 si cantik & si buruk rupa tu haha.


2. yang kedekut, setiap kali keluar poket kering


aku lemah bila tang lelaki yang macam ni. nak keluar tapi tak berduit. kamon lah dah tau tak ada duit tak payah lah nak keluar bagai. lebih mengharukan bila kau keluar dengan gf kau dia pulak yang nak kena tanggung segala bagai kos keluar dengan kau. oh ni boleh kata kedekut ke atau ambil kesempatan? kalau sekali sekala tak apa tapi kalau berkali-kali kala macam mana? mentang-mentang perempuan tu sayang kau habis duit dikikis nya. lelaki macam ni boleh tolak tepi. next please. haha **sigh** .




3. yang benci perempuan bertudung


yang ni mesti aku pun akan terjejas sekali sebabnya aku kan bertudung. ada lelaki yang memilih untuk bersama atau berkawan dengan seseorang perempuan. well siapa yang tak nak yang terbaik kan? terbaik la sangat. lebih-lebih lagi isu perempuan bertudung yang buat hal lagi la buatkan mereka-mereka ni menjauh (bukan semua tapi segelintir je perempuan bertudung yang macam tuh!). bukan semua perempuan bertudung macam tu. konon jatuh standard la bila dia kacak berpasangan pulak dengan si bertudung..




4. yang gelojoh waktu makan


errk. malu beb.. pantang nampak makanan habis semua kau nak sapu. konon nak rasa semua jenis makanan yang ada dan tanpa memikirkan masa depan dengan rakusnya kau makan sampai tak nampak orang kat depan duk perhatikan kau. isk. aku tahu kebanyakkan lelaki tak cerewet sangat bab makan-makan ni. tapi kan jagalah sikit adab tu. mak aku selalu pesan. kalau dah kahwin nanti perut laki kita kena jaga. sebab lelaki ni suka makan masakan sang isteri. hahahaha ini dah bukan kira jaga ati bini ini memang pelahap la kalau semua habis kau nak makan!


ok cukuplah dengan 4 jenis lelaki yang betul-betul buat perempuan macam aku ni down. aku tak nak jadi isu pulak dekat sini. bukan apa pada aku setiap orang ada kelebihan dan ada kekurangannya. setiap orang tak sama dan tak sempurna jadi janganlah berharap tinggi dengan apa yang kita ada. perempuan dan lelaki saling melengkapi dan setiap orang adalah berpasangan tak kiralah kau hodoh die cantik ataupun die ensem kau selekeh. pada aku sama je kita semua di sisi tuhan. carilah kesempurnaan yang yang ada dalam diri masing-masing. bye

2 orang komen:

Anonymous said...

err... aku kuat makan
haha

Anonymous said...

kau memang..
bdn takat tu jugak
haha ;p

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS