10 November 2009

hati ni..kenapa ya?

Bismillah, Anna Althafunnisa.. Akan kubuka cadarmu dengan cintaku Akan kusentuh suteramu dengan cintaku Akan kumuliakan mahkotamu dengan cintaku Dan kunikmati jamuanmu dengan cintaku Tak mungkin aku mengkhianatimu Karena aku cinta padamu-Abdullah Khairul Azzam ( Ketika Cinta Bertasbih)


aku tak tahu nak mula dari mana. aku betul-betul tertekan dengan diri aku sekarang. dan aku rasa bila aku meluahkan di sini ada sedikit kelegaan kat hati aku ni. aku ada sikit pertanyaan. pernah tak kau orang mencintai seseorang terlalu banyak sampaikan kau sanggup tunggu orang tu membalas cinta kau walaupun kau tahu cinta itu tak mungkin bersatu..? kau mencintai dia tanpa mengharapkan sedikit pun balasan darinya. dan kau memaksa diri kau bahagia atas segala kegembiraannya dengan orang lain walapun kau tahu kau sangat bersedih dengan keadaan itu. itulah aku. ya aku yang berada dalam keadaan tu sekarang. dan betul ke orang cakap bila perempuan berkawan dengan lelaki pasti akan wujud perasaan cinta bukannya persahabatan.. banyak betul persoalan dalam kepala otak aku ni bila berfikir soal hati dan perasaan. dan mari aku ceritakan perihal dia yang masih bertakhta di hati aku sekarang yang menjadikan aku begini. rasanya dah hampir lima bulan berlalu tapi aku masih teringatkan dia. masih sayangkan dia. ya dia yang jadikan hati aku keras
macam batu untuk tidak menerima atau membuka hati aku untuk mana-mana lelaki lain lagi buat masa sekarang.




dia hanyalah lelaki biasa. sangat biasa berbanding yang lain. nak kata hensem sangat pun tidak tak hensem pun tidak. rasanya sedang-sedang kot.. tapi dia berjaya curik hati aku ni walaupun hubungan kami tak menginjak sampai setahun pun. dia istimewa dalam hidup aku dan dulu dialah segala-galanya. dengan dia aku belajar hidup atas kaki aku sendiri. belajar hidup sendirian. aku bertuah jika nak dibandingkan dengan dia tapi tiada jodoh antara kami. kasih sayang yang aku pupuk selama ni mati di tengah jalan. tapi ketiadaan dia banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar. aku hidup dengan kenangan dia. kenangan yang terlalu banyak sampai aku tak terfikir nak melupakan dia walau seinci pun walaupun aku tahu dia bakal melupakan aku kelak. manusia berubah. deal with it. bila dia dah berkomitmen dengan perempuan lain masakan dia akan ingat pada aku yang pernah jadi kawan baiknya dulu kan? ya aku jatuh cinta pada sahabat karibku sendiri. kami bercinta atas dasar suka sama suka memandangkan aku sudah lama mengenalinya. cukup mengenalinya. 4tahun satu masa perkenalan yang sangat panjang untuk aku.




bukan mudah untuk aku terima semuanya sekelip mata. dan sejak berakhirnya hubungan kami, aku akui hubungan kami tak lagi macam dulu. segalanya berubah. sangat pahit dan sangat pedih bila orang yang terlalu rapat dengan kita dan once pernah jadi lovelife kita pergi meninggalkan kita seorang diri. seperti sebahagian dari hidup kita hilang. mungkin aku je yang terlalu emosi fikirkan hal ni tapi itulah hakikatnya dan itulah juga realitinya dan aku banyak dapat nasihat dari kawan-kawan untuk move on. haih. kalaulah sesenang mulut berbicara. yang menanggungnya hanyalah bahu ni. hati ni. kenapa susah sangat aku nak melupakan walhal aku tahu dia sudah mula membuka hatinya pada yang lain? tuhan.. apa hikmah yang tersirat yang mahu kau tunjukkan padaku? senang je orang cakap "kalau ada jodoh tak ke mana" tapi seserius manakah kelogikan untuk aku bersama dia semula. boleh kau bagitahu peratusannya atau kebarangkaliannya? soalnya hati sukar tuk dimengerti semuanya di luar kawalan diri.




dunia aku sangat indah dan ceria bersama dia. kami berkongsi segala suka duka bersama. macam belangkas. tapi semua tu hanyalah kenangan. kenangan yang mana mungkin dapat aku lupakan. kalaulah dia fahami apa yang tersirat sebenarnya dalam hati ni. aku derita dengan kebahagiaannya. kegembiraannya. bukan senang untuk berpura-pura gembira sedangkan akal, hati dan perasaan langsung tidak mengiyakannya. kaulah sahabat yang selalu ada bila aku ketawa bila aku menangis. mungkin ini adalah ketentuannya. yang terindah semuanya sementara. yang kekal hanyalah cinta padaNYA yang ESA. untuk kau yang aku sayang. kau ada tempat yang paling istimewa dalam hati aku. tempat yang aku simpan hanya untuk kau dan tak mungkin ada galang gantinya. even kau dah temui cinta baru kau aku masih lagi di sini menjadi sahabat yang sama yang tak kan pernah berubah. sekarang aku hanyalah seorang sahabat pada kau. tiada lagi ikatan istimewa antara kita. dan aku sangat bersyukur pada ALLAH. walaupun kita terpisah kita masih lagi berkawan baik. seperti selalu yang aku janjikan padamu; tak kan pernah pergi meninggalkanmu sendiri. aku sebenarnya tak suka untuk menulis soal hati dan perasaan di sini. sangat privasi untuk aku. tapi apakan daya aku hanya manusia biasa yang tak lari dari buat silap.




kalaulah kau tahu apa itu cinta pastinya kau turut bersedih macam aku.
tapi hati kau bukan untuk aku.
apatah lagi cinta.
moga tuhan selalu bersama aku.

6 orang komen:

Khaizarien said...

memang susah bile bercakap soal hati dan perasaan sbb kdg2 kite sendiri tak tahu ape yg hati perlukan....
memang susah nk lupakan or buat ape2 tindakan...ape2 pun masa kana mengubah segalanya...doakan yang terbaik buat epal =D

www.khaizarien.com

DeBeL said...

ehhmmm... based ape yg aku bace tad,fikirlah masak2 sblom hendak dtukar sbuah hubungan persahabatan kpd sbuah pcintaan kerana hendak dtukar kembali sebuah hbngan percintaan kepada psahabatan amatla sukar...

fikir2 la... huhuhu

Anonymous said...

hmmm
dia anggap ko kawan jer tu senang dia dekat ko

Daya said...

wanita hanya pandai menyayangi...

green said...

ah fatt lebih memahami..
heee~

pape hal..
chill k?

MISS D said...

hello~
saya mungkin tak kenal awak
but i have same experience as you
hm... susah mencintai some1 yang tak pasti cintakan kita
and the worst part bila he is our best buddies
saya kenal one guy nie
best buddy say dari kitaorang darjah satu lagi sampai sekarang
bayangkan dari umur 7 tahun sampai lah 22 sekarang nie
and the last 3 years.. he as me to be his special gurl...
hm.. fine... saya terima... waktu tue age saya 19... and... banyak harungan yang saya lalui dan halangan yang lalui...
biarpun kami couple..
but macam tak couple pun..
kadang2 dier tak peduli pun kat saya... and the worst part,he still ada affair dengan gurl lain termasuk exgf dier.. and exgf dier siap serang saya... dan dari situ saya belajar satu benda.. kenapa saya nak sayangkan cintakan some1 yang belum tentu sayangkan dan cintakan saya? kenapa saya perlu menjadi door map dier sedangkan saya slalu disakiti... sejak tue./. saya mula menjauhkan diri.. buka hati untuk berkawan dengan orang lain.. biarpun saya belum jumpa pengganti.. tapi saya dah lepaskan dier... lepaskan... tapi saya sempat juga balas dendam kat dier... saya ambil gambar dengan best buddy saya dan saya pampang dekat merata tempat laman sosial untuk tunjuk saya happy tanpa dier.. dan dier plakss.. terkejar2 balik apa dier kehilangan... saya dah malas... but yang penting saya rasa happy bila saya dah lepaskan dier... mungkin saya dapat terima dier sbgai kawan saya.. but untuk kembali macam dulu... enough is enough!~ apapun awak.. lepaskan dan move on.. tue yang terbaik~ semoga awak bertemu dengan yang lebih baik~ setiap kehilangan ada sesuatu yang lebih indah sedang menanti~

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS