27 February 2009

tolong respek orang yang lebih tua boleh?

jumaat-27/02/09

aku suka hari jumaat..
tenang je..
lagi pun hari jumaat la paling syok sebab dah boleh hangout2..
memandangkan ada setengah dari kita yang weekend memang cuti bekerja..
dan ada juga yang takde kuliah/class..
jadi mesti ramai yang keluar bercuti ataupun bersantai dengan member2..


okay2..
berhenti merapu..
semalam aku ke KL untuk pergi tengok design kad kahwin abang aku..
dan semalam juga lah insiden ni terjadi..
aku tak faham lah mana pergi nilai kemanusiaan orang kita sekarang..
orang tua dilayan macam "hanjing"..
haa kan dah terkeluar ayat ni..
especially dari budak-budak muda..
yang konon berkerjaya hebat..
punyai kereta besar && kaya raya..
hebat sgt ke?



ada ke patut ada seorang makcik ni..
dia cuma nak tanya arah jalan aje..
dekat seorang mamat berkerjaya ni
kalau tak silap aku lah..
sebab makcik tu dekat je dengan aku..
jadi aku boleh dengar la dengan jelas dia tanya mamat tu..
mungkin makcik tu bukan orang sini..
sebab nampak dia bawak banyak beg..
yg makcik ni pun pergilah tanya si mamat ni..
"nak kalau nak pergi pudu ikut mane?"
then kau orang tahu apa mamat tu jawab..
"eh makcik..saya tengah nak cepat ni..naik ajelah teksi?"
sambil menunjukkan isyarat tangan blah
heee kuang asam betul..
rase nak sepak-sepak je mamat tu..
bodoh!
mentang-mentanglah dia tua..
tak tahu jalan lagi..
suka-suka kau je kan..
cuba kalau kau kat tempat die..
apa kau rasa?
tak kesian ke?



aku tak fahamlah..
tak boleh ke cakap elok-elok..
makin maju..
makin kurang budi bahasa kita..
tengok budak-budak sekarang cukuplah..
aku benci orang yang macam ni..
bila rasa diri dia hebat..
mulalah nak berlagak..
hidung tinggi..
dan aku paling tak suka..
orang yang tak hormat orang tua..
demm!!






7 orang komen:

Anonymous said...

jumaat mmg best. ptt mesia wartakan jumaat hari cuti n tdo jek. hua3x!

fezaL Mohd said...

budak2 zaman skrg.
tk respet.

bodo jerk.
kurang nilai kemanusiaan
dalam saunubari mereka2.

yeah
salam singgah ;)

farah said...

manusia skrg sudah hilang adab sopan..

tak bleh nak kata apa.

heh.

:)

Sarah said...

sarah rasa remaja sekarang kurang pelajaran sivik lebih2 lagi di kota besar ni.sarah pun tak setuju dengan sikap sebegitu.

Siti Fatimah Nabihah said...

ish.. teruknya dier tu! xhormat lgsg.. mau ct marah je laki tu! huhu

Bro Framestone said...

doa2kan la turn die pulak lepas nie kan...lepas teu kamu tolong x mak cik tue

Anonymous said...

mestilah tolong..
hehe

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS