15 February 2009

Bila pangkat dan darjat jadi ukuran..


“Sanggup tak awak kahwin dengan saya kalau saya miskin?”

“Sanggup tak awak berkahwin dengan saya jika keluarga saya adalah keluarga yang berpecah belah?”

Sadis betulkan ayat dekat atas ni..tapi ini lah yang selalu mak ayah akan utarakan setiap kali anak perempuan/lelaki mereka akan kahwin bukan?mesti akan ada pertanyaan macam ni..budak mana?..keja apa?..mak ayah dia macam mana?adik beradik ramai ke?gaji besar ke?aduhaii..Ya dunia semakin maju segala-galanya makin canggih..sebab tu pangkat dan darjat di ambil kira..dan kita sebenarnya makin terlupa


Dalam islam sendiri menggalakan kita berkahwin dengan sekufu dengan kita..maksudnya disini yang sepadan dengan kita..tapi zaman sekarang kau orang rasa perlu ke semua ni?
Sepadan disini bermaksud yang sama taraf dan kelayakan seseorang itu sendiri..aku sendiri pun tak pasti sangat dalam hal ni..tapi bagi aku kalau dah suka tu tak salah asalkan jangan mendapat tentangan dari keluarga sudahlah..sebab restu kedua ibu bapa penting..


Mesti ada antara kau orang pernah merasa situasi cinta pangkat dan darjat ni kan..pada aku memanglah penting tapi pangkat dan darjat ni tak ke mana pun sebab akhirnya nanti tak bawak masuk kubur pun..dan selalulah beringat bukan selamanya kita senang..hidup ibarat roda bila-bila masa akan ditarik balik jadi kenapa nak pentingkan sangat pangkat dan darjat??


Tak semestinya dia lahir dalam keluarga yang berpecah belah perkahwinan dia pun akan terikut sama kan?aku kadang-kadang tak faham sikit dengan sikap orang tua kita..bukanlah nak kurang ajar atau membangkang tapi nampak sangat kekolotannya..adehh..Kalau mak ayah dia bekerja sebagai penoreh getah atau petani jadi kesalahan ke kalau berkahwin dengan anak mereka..mereka juga membesarkan anak mereka dengan rezeki yang halal jadi apa yang nak dimalukan..tah lah hidup ni memang banyak dugaan..bila fikir balik kita semua sama aja cumanya mungkin faktor mahu menjaga maruah dan nama keluarga menyebabkan situasi camni jadi..

Jadi apa pendapat kau orang tentang hal ni?

7 orang komen:

Nadia said...

yang penting pasangan kite tu ta sakitkan hati kita, bole jaga kite n terima kite seadanya. kadang kadang bila kawen dgn org senang, satu ary bila jauh kena tinggal. so biarlah susah sama sama n senang sama sama.

bila org senang kawen dgn org senang,salah sorang susah, lagi sorang tinggalkan n cari orang lain sebab ta biasa idop susa. bila kawen dengan org susa, at least dia da merasa susa so bole je idup dlm keadaan cmtu.

pal7 said...

mmm..mcm dalam drama kt tv jek..bg pal sendiri pangkat dan darjat x menjadi ukuran..yang penting adalah hati pasangan masing2..kalau betol2 suda ikhlas sayang antara satu sama lain..tiada apa yang akan menjadi penghalang..kepada ibu bapa yang masih berfikiran malu untuk bermenantukan orang idop susa..hentikan laaaa..bukan nye mereka yang nk kawen..fikirla demi mase depan kebahagiaan anak2 mereka..maner yang lebeh penting??..pangkat atau hubungan mase panjang dengan anak2??

TeacherNunu said...

mmg betulkena cari yang sekufu.supaya tak timbul perkara-perkara yang tak diingin.

Liquid said...

em tulah. incek liquid pon penah merasa cmneh. bkn saje pgkat dan darjat, malah berlainan bgsa n agama. then her parent tentang kan. so nk xnak we both terpaksa went separate way lah. hmm... old story...

mYshah said...

jika da suka dan rase serasi, solatlah istiharah n jika akhirnyan berkahwin... terima lah seadaanya jodoh yg Allah tetapkan untuk kita ^^

Zamz said...

emm selalunya ibu bapa mmg nak kan yg terbaik utk anak2..

sapa pulak yg tak sayang anak sendiri..sume parents nak tgk anak diorang hidup senang dan bebas dari masalah

sebaiknya bawak berbincang dan bawakla pasangan tu kenal2 dgn keluarga...mana tau kalau dah lebih kenal diorang pun takde masalah utk terima sesapa pun

kalau kita tgk drama2 melayu arini..selalunya kesalahan diletakkan ke atas parents sbb tak bagi kawin dgn pilihan anak..cuma diorang lupa..restu mak bapak itu penting

Shuk said...

hm,dlm hal ni,baek berbalik semule ke ape yg dikatakn oleh rasulullah s.a.w

"kalau nk pilih seorang suami/isteri,lihatlah pada rupanya,kemudian pada keturunannya,kemudian pada hartanya & terakhir pada agamanya...maka pilihlah yang beragama..."

sepatutnyer,pangkat & darjat x dijadikan satu isu dlm memilih pasangan..biarla si dia itu susah/ miskin tetapi agamanya ader,cukupla..buat ape kalau senang/mewah tapi agamanyer hancur,susah nnt..wallahualam

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS