07 January 2009

pergilah cinta..

 

Ku anyamkan puisi indah
Untuk merawat hati yg gundah
Berlalu sudah episod cinta yang indah
Tak perlu di kesali aku harus pasrah
Di jambatan sepi ini
Aku meniti sendiri
Mengenang hari-hari yang silih berganti
Mengenang ceritera cinta yang pantas berlari
Aku mengharapkan cahaya mentari
Menyinari hari-hari suram
Menerangi awan hitam
Dan menyuluh kegelapan malam
Ya Allah ya tuhanku
Hanya kau yang bisa memahami
Segala keperitan yang aku alami
Sesungguhnya kau pencipta alam yang aku geruni
Jika benar ini takdirMu
Berikanlah aku kekuatan diri
Damaikanlah hati nurani
Tabahkanlah jiwa ini
Agar aku dapat menjalani jambatan api ini
Jika ini juga kehendakMu
Biarkanlah cinta itu pergi
Biarkan cerita itu mati
Tumbuhkan lah yg telah mati
Gantikanlah cinta yang pergi….


p/s : mood tak berapa baik..bagilah chance aku berjewang kejap ek?

6 orang komen:

CikYana(",) said...

nape mood xbaik?

dir&fara said...

wah.. ade bakat eira ni tulis poem.. dir kirim salam kat semua kawan2.. kat budak yg cari abg ragby ni pun.. hehe ~ fara~

Siti Fatimah Nabihah said...

alolo.. jiwang juga kak eira nie kan! hehe^^..
hurm. napa mud xbek lak nie.. kak senyum skit :-)

Admin said...

yak~ b epi k eira. jgn sdey2. kuat smgt

Luth Textile said...

hi eira..

thankx 4 da wish utk bday Luth..
semoga anda panjang umo jugak!

Kapten Luffy said...

yg dah mati tu biarkan ler... semai yg baru lak

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS