05 November 2008

cinta sejati langit dan laut :)

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta.Mereka saling menyukai antara satu sama lain.Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka bercinta.


p/s : suke cerita ni..tiada kaitan antara yang hidup atau pun mati


17 orang komen:

Kapten Luffy said...

jiwang karat

Anonymous said...

suke ati la :0)

Liquid said...

bez cite nye... sweet. hee.

Anonymous said...

teheehehe
:)

said...

susah nak jumpa chenta sejati kan dik....

(^_^)

kekadang kita rasa kita derita...kita tak tahu ada lagi orang lain yg lebih derita dari kita utk menemui sebuah chenta yg berakhir dengan perkahwinan...

Anonymous said...

hmmm..
sis eira penah rase..
sakitnye bercinta
sbb tu mls nk cintan cintun
sapelah yg bertuah tu nnt..
:)

Anonymous said...

sweet story =)
oh sy ingin mjadi awan
tp xbaik kn?
moving on! haha

jd laskar pelangi je lah =)

Anonymous said...

huhu
eira nk jd rainbow
sbb byk kaler and kalerful
hehe :)

Anonymous said...

hihi..

nice story!!

kesian kt awan.. x pelah..

awan couple je lah dgn angin.. hiks..

Anonymous said...

hehehe..
xboleh..
sbb awan jht..
angin jgk baik
:)

ezanykun said...

sy nak jadi awan..
sebab sy suke jeles kat org bercenta.. ekeke..

Anonymous said...

ouh eira jd la plangi
biar sy jd awan
bkorban dmi laut
tduhkn laut dri terik matahari
wlupn laut xhargai
cewahhhhh haha

Sitie BUm BUm said...

sweet..mweet.. hehe!!

mYshah said...

bgus metafora nih... erm...
speechless

Anonymous said...

to ezany : xbaekla..kte kne restu org bcnte huhu ;p

to hadio69 : hehe ade hati lg tu

to siti : sweet2 mweet2 jgk

to myshah : :)

Anonymous said...

haha mst la ad hati~
bkn sng2 mo jtuh chenta haha =P

Anonymous said...

hehe2 betui2..
sume org ade hati daaa..
huhue
;p

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS