Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

21 July 2011

10 tips untuk adik - adik yang bakal menduduki UPSR , PMR dan SPM

Hai semua. Hari ni ada tips berguna yang nak dikongsikan dengan adik -adik kita yang bakal menduduki peperiksaan besar tak lama lagi seperti UPSR , PMR dan SPM . Entri kali ni versi sopan dari akak eira ok. Hari ni tak ada penggunaan perkataan aku dalam entri ni , khas untuk adik - adik yang follow blog epalgreen. Entri ni di "request" oleh seorang blogger yang bernama nazman . Terima kasih bro!

Bagi adik - adik yang nak menduduki peperiksaan besar tahun ni , ada beberapa tips cara belajar dari kak eira sendiri yang diamalkan dari zaman sekolah sehinggalah berada di universiti . Kalau nak ikut bolehla ikut ok. Tak nak ikut pun tak apa.

1. Zaman sekarang dah moden , banyak adik - adik yang dihantar ibubapa ke pusat tuisyen. Tapi kalau pergi tuisyen tak praktikkan apa yang dipelajari pun bukanlah satu perkara yang bijak . Bagi kak eira sendiri di kelas tuisyen bukanlah tempat untuk bermain , kalau datang waktu bosan dan tak ada mood kak eira akan pastikan ada kertas dan pen . Tujuannya ialah bila dalam keadaan bosan dan tak faham apa yang diajarkan kak eira akan melukis macam-macam benda dan bentuk di atas kertas tu dan hanya menyalin bulat - bulat apa yang dicakapkan guru. Sekurang - kurangnya ada ilmu yang disalin dan boleh dirujuk kemudian hari . Hehehe

2. Rekod segala perkataan yang diajar guru melalui telefon bimbit . Zaman sekarang pelajar mana yang tak ada telefon bimbit kan?jadi gunakan sebaiknya ok. Kak eira selalu buat waktu pelajaran sejarah dan biologi sebab mengantuk tak ingat punya waktu dua kelas ni. Huhu

3. Kalau boleh setiap kali topik baru yang bakal diajar oleh guru dan tenaga pengajar universiti, kak eira akan sediakan kertas A4 yang dilipat tiga dan akan menyalin segala nota penting dalam bentuk singkatan dan menggunakan perkataan yang mudah diingati. Dan kak eira suka tulis formula-formula penting besar-besar supaya cepat ingat.

4. Belajar secara berkumpulan tetapi digalakkan tidak terlalu ramai . Digalakkan 3-4 orang sahaja dalam satu kumpulan . Kenalpasti subjek dan topik yang adik - adik tahu selesaikan dan saling bertukar - tukar idea dan pendapat bersama kawan - kawan . Dengan cara ni lebih menjimatkan masa.

5. Buat soalan - soalan tahun - tahun lepas dan banyakkan mencari soalan - soalan dari surat khabar dan internet. Kalau adik - adik berkemampuan boleh juga hadirkan diri ke seminar - seminar yang sering dianjurkan di surat khabar.

6. Banyakkan bertanya guru - guru tentang soalan - soalan yang tidak dapat dijawab dan perkara yang kurang difahami. Malu bertanya sesat jalan :-)

7. Dan cara yang ni memang selalu lah kak eira buat dengan kawan - kawan dulu iaitu merekod semula apa yang diajar oleh guru dan selalu mendengar berulang - ulang kali apa yang telah direkodkan tu melalui telefon bimbit . Bila kita dengar secara berulang - ulang kali sedikit sebanyak ada jugak ilmu yang masuk dalam otak kita

8. Kurangkan makan makanan segera di saat - saat bakal menghadapi peperiksaan . asam, jeruk,maggi, makanan ringan , minuman bergas haruslah dielakkan. Kalau boleh banyakkan makan kismis , buah - buahan , sayuran dan vitamin . Yang paling penting minum air secukupnya.

9. Tidur yang secukupnya

10. Sembahyang , berdoa dan bertawakal lah pada Allah. Insyallah kejayaan akan jadi milik kita.

P/s : Tu saja tips untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca
Published with Blogger-droid v1.7.4
0 orang komen

19 December 2010

kata-kata hikmah menjadi orang yang paling bahagia


  • berimanlah kerana iman boleh menghilangkan keresahan dan melenyapkan kegundahan. keimanan adalah penyejuk mata hati orang-orang yang mengEsakan Allah dan hiburan bagi orang-orang yang suka beribadah
  • Redhalah dengan takdir yang telah ditentukan dan rezeki yang telah dibahagi itu dengan hati yang terbuka. segala sesuatu itu sudah ada ukurannya, maka tinggalkan berkeluh-kesah
  • ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang dan dosa akan terhapus. dengan mengingati Allah zat yang Maha Mengetahui segala hal yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan lenyap.
  • biarkan masa depan itu datang dengan sendirinya, dan jangan terlalu cemas dengan hari esok. kerana jika anda melakukan terbaik di hari ini, pastilah hari esok akan baik pula.
  • ingatlah bahawa tuhan maha luas keampunannya, maha menerima taubat dan maha mengampuni dosa hamba-hambanya dan berkenan mengganti amal buruk hambanya dengan kebaikan.
  • hiduplah bersama al-quran baik dengan menghafalnya, membacanya, mendengarkannya atau merenungkan kandungan ayat-ayatnya kerana al-quran adalah merupakan penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan.
  • bertawakallah kepada Allah dan serahkan segala urusan kepadaNya dan redhalah diatas ketentuanNya dengan sepenuh hati. mintalah perlindungan dan pertolongan kepadaNya dan bergantunglah segala urusan kepadaNya, kerana sesungguhnya dialah zat yang mencukupi dan menjamin segala keperluan anda.
  • Maafkanlah orang yang menzalimi anda, dan sambungkanlah tali silaturrahim orang yang memutuskannya dengan anda. berilah kepada orang yang tidak pernah memberi kepada anda, dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda.
  • ketahuilah bahawa setelah kesulitan pasti akan datang kemudahan dan kelapangan pasti akan datang setelah adanya kesulitan. ketahuilah bahawa keadaan seseorang itu tidak akan tetap selamanya sebagaimana hari-hari yang sentiasa berputar
  • ketahuilah bahawa ujian itu mendekatkan diri anda dengan Allah, mengajar agar anda berdoa dan menghilangkan sifat takbur, ujub dan segala kesombongan dari diri anda.
  • berbuat baiklah kepada sesama manusia dan hulurkan kebaikan kepada semua orang agar anda memperolehi kebahagiaan ketika menziarahi orang sakit, memberi sesuatu kepada orang yang memerlukan dan menyayangi anak yatim.


     BERSAMBUNG.................................
1 orang komen

14 December 2010

siapa-siapa yang suka kentut wajib baca ni :P


Rasanya bila sebut je tentang kentut, semua orang MESTI ‘familiar’…dan semua mesti ada pengalaman indah..
Topik nie bunyinya macam tak best tapi aku terpanggil nak share jugak hal nie memandangkan kentut nie juga merupakan antara nikmat Allah yang memang patut kita syukuri.. haha kentut itu nikmat~!


uih, huhuhu…ingat tak sakit ke bila perut nie memulas tak kuar angin?  silap hari bulan, bermalam dalam bilik air ler jawabnya.

 Kenapa kita kentut?
Kentut merupakan fenomena semulajadi yang berlaku pada manusia. Bohonglah sesiapa yang mengaku tak pernah kentut. Manusia kentut untuk mengeluarkan gas yang akan memudaratkan sistem badan.
Secara purata, lelaki mengeluarkan kentut sebanyak 1.5-2.5 liter sehari manakala wanita sebanyak 1-1.5 liter sehari, dalam julat 5-20 kali sehari. Ini bergantung kepada individu dan makanan yang diambilnya.
uiks, lelaki lebih kuat kentut?? &%$**%$@##^
Apabila bernafas melalui mulut, hampir keseluruhan gas oksigen telah diserap oleh badan sebelum dapat melalui usus (intestin). Gas yang sampai ke usus besar ialah nitrogen. Tindak balas kimia yang berlaku dia antara asid perut dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan metana.
gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. Komposisi gas yang keluar dari badan bergantung kepada beberapa faktor:
Makanan
Udara yang disedut
Jenis bakteria dalam usus
Tempoh masa kentut ditahan keluar

Lebih lama kentut ditahan, lebih banyak jumlah gas nitrogen terkandung dalam kentut, kerana gas-gas lain akan diserap ke dalam salur darah melalui dinding usus. Seseorang yang sedang dalam keadaan cemas atau darah gemuruh akan bernafas dengan lebih laju dan sistem penghadamannya akan menjadi lebih pantas. Keadaaan ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam kentutnya menjadi lebih tinggi kerana pergerakan udara yang pantas mengakibatkan badannya tidak sempat untuk menyerap oksigen

Kenapa kentut berbau?
Bau busuk kentut adalah disebabkan oleh kehadiran 1% gas hidrogen sulfide, indole, ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet, lebih banyak skatole dan skatole akan dihasilkan oleh bateria dalam usus; maka lebih busuklah kentut kita! Makanan seperti kobis bunga, telur, bawang dan daging kebiasaannya menyebabkan kentut berbau busuk, manakala kekacang menghasilkan kentut yang kurang berbau busuk.

Kenapa kentut berbunyi?
Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus). Semasa membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kuantiti gas yang akan keluar. HAHAHA.



1 orang komen

01 December 2010

Tips hadapi kegagalan


I told my secrets to the ground so that only the ants would know.

Pernah tak dalam hidup korang, korang rasa dah gagal melakukan sesuatu yang penting atau berharga dalam hidup?menyesal dan terus menyesal dengan apa yang berlaku dan menyalahkan diri sendiri?macam gambar dekat atas ni. Kira macam frust menonggeng lah orang kata. gambar tak ada kaitan pun sebenarnya saja gimmik lebih. hehe. mesti ada kan? tipu lah kalau kata tak ada kan. sebab aku sendiri pernah megalami keadaan macam ni. Jadi kat sini mari kita berkongsi tips untuk hadapi kegagalan . Setiap orang mesti ada keyakinan dalam diri untuk bangun semula. Setiap salah pasti ada peluang kedua untuk kita betulkan sesuatu kesilapan . Menyesal bukanlah langkah yang terbaik. ni antara tips yang aku rasa berguna untuk mereka diluar sana yang sedang menghadapi kegagalan.


  • Jangan duduk sendirian dalam erti kata lain seorang. cari seseorang untuk kita luahkan segala kesedihan dan pastikan orang tu seorang pendengar yang baik dan boleh dipercayai. Jangan malu untuk meluahkan segalanya. Kita perlukan seseorang untuk berikan semangat untuk teruskan usaha seterusnya.
  • Sentiasalah percaya yang setiap kegagalan tu adalah jalan untuk kita berjaya. Jangan fikir bila kita gagal segalanya dah musnah dan tamat. Kita seharusnya berfikir kehidupan baru bermula dan lipat gandakan lagi usaha.
  • Bila berhadapan dengan kegagalan jangan sesekali kita terus murung dan memencil diri. Ni akan menggalakan kita berfikir yang negatif dan tak ada semangat untuk bangkit semula.
  • Cari kawan-kawan yang boleh menghiburkan. Keluarlah agar kurang sedikit tekanan.
  • Jangan sesekali kita takut untuk mulakan balik usaha untu kita gapai impian yang sama. Tak kiralah berapa banyak kali pun kita gagal.
  • Percayalah tuhan tidak akan mengecewakan hambanya yang sentiasa berusaha. Satu hari nanti apa yang kita impikan pasti terlaksana.
  • Banyakkan solat, zikir dan mengaji Al-Quran untuk tenangkan hati.
  • Dan terakhir sekali, sentiasalah belajar dari kesilapan dan bila kita mahu mulakan usaha yang baru jangan kita ulangi kesilapan yang pernah kita lakukan dulu.

Bangunlah. Bangkit kembali. Hidup perlu diteruskan :)


0 orang komen

06 February 2009

tips : 10 petanda dia adalah jodoh kita :)


Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

Bersahaja
kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak dia mungkin bukan jodoh kita

Senang bersama
walaupun kita selalu bersamanya tidak ada sedikit pun rasa bosan, jemu atau pun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang atau pun malam ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima kita seadanya
Apa pun kisah silam yang pernah kita lakukan dia tidak ambil peduli. Dia juga tidak amengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita


Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan kejujuran menjadi faktor penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi dialah sebaik-baik pilihan



Percaya mempercayai
Bagi kita yang merasakan dia adalah soulmate kita, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani kita. Kita rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasih kita berbanding rakan-rakan lain. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Berbahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya

Senang bekerjasama
Perkara paling penting kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. 

Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa berduka dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga sedia mengalami pasang surut dalam percintaan.


Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. 

Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga, kita dapat saling tahu poerasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa

Mimpi
jodoh dan pertemuan semuanya di tangan tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Ada kalanya dalam memainkan peranan sebagai pelakon diberi petunjuk melalui mimpi.. Mimpi memang mainan tidur tetapi apabila kita melakukan solat istikharah dan memohon tuhan memberikan petunjuk, insya allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk..Jika tidak tolaklah dia dengan baik.

p/s : aku penat nak berblog..mau berehat untuk beberapa hari..jangan rindukan aku ya..ehehehe
7 orang komen

02 January 2009

Tips : 8 sikap wanita yang disukai lelaki

sumber dari tentang cinta


Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.opss??
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…
13 orang komen

27 October 2008

Tips : 10 resepi cinta??

1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.
2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.
3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.
4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling
berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.
5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..
6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.
7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu
menunggu?
8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia
dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.
9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..
10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.



p/s : aku belum nak la cintan cintun ni..adoyaii malas dh nk feeling2..nk enjoy dulu..hihi pe kate korg??
7 orang komen

EXCHANGE LINKS