Showing posts with label raja lawak. Show all posts
Showing posts with label raja lawak. Show all posts

29 January 2011

raja lawak musim 5 : mesti nak tengok R2



hai semua . hari ni aku terasa nak publish satu lagi draft yang ada dalam blog ni . kira dah lama dah draft kan sebab belum ada idea nak tulis apa , tapi hari ni meh aku nak ceritakan sesuatu dengan korang . aku pasti semua orang ada tv di rumah kan? tapi aku tak pastilah kalau semua rumah dekat Malaysia ni ada astro sebab ada juga yang tak ada astro kot . apa-apa jelah . oklah ni nak cerita sikitlah , dalam banyak-banyak channel dekat astro tu , channel yang pasti aku bukak mestilah HBO , Ria dan yang paling kena bukak setiap hari Jumaat malam Sabtu mestilah Raja Lawak weh . memang satu rumah kot tengok . lepas tu berdekah-dekah ketawa satu keluarga .


ni antara peserta-peserta yang berjaya lepas pusingan kelayakan . ada yang hebat dan tak kurang jugak yang membosankan . peserta-peserta yang bertanding seperti Bobo , Epy , Kopi-o , Leman , TBO , R2 , Balas , Pukaw , Nazmi , Man , Lucky dan satu-satunya peserta dari kumpulan wanita , Kami . setiap minggu memang kami satu keluarga menunggu lah rancangan raja lawak ni dan juri yang komen persembahan pun boleh tahan lawak juga macam Afdlin Shauki , Sathiya dan David Teo . yang David Teo ni aku selalu macam pening bila dengar segala tutur kata-kata yang keluar dari mulut dia . berbelit jugaklah Bahasa Melayu yang dia pakai dari Mr. Baby face kita , Sathiya yang boleh tahan lagi faham Bahasa Melayu dia .



dah nama pun Raja Lawak kan , tak ada mamat dua orang ni tak bestlah kan . sebenarnya bagi akulah kan dia orang ni pengacara yang sempoi sangat , paling penting kelakar dan pandai ambil mood penonton . walaupun lawak dia kadang-kadang keterlaluan dan tak masuk akal , aku tetap terhibur . dan aku akui dia orang ni memang berbakat terutama sekali Zizan . sangat-sangat bersahaja pengacaraannya . aku rasa setakat ni belum ada lagi pelawak yang dapat menggantikan tempat pengacaraan dua orang ni . mungkin Nabil dan Along Raja Lawak boleh lah kot :P

dan dalam raja lawak musim ke 5 ni persembahan yang aku paling nanti-nantikan mestilah dari kumpulan R2 . memang persembahan yang diketahui ramai kot kelakar . dibintangi oleh dua orang lelaki iaitu Rahim dan Ridhzuan memang suka ah dengan dorang ni . memang aku ketawa punya sampai meleleh-leleh air mata . bagi yang tak pernah menonton Raja Lawak musim ke 5 dan tak kenal siapa R2 ni , dekat bawah ni ada aku letakkan gambar dia orang .


kalau nak tengok dia orang ni punya persembahan , bolehlah tengok dekat youtube . semalam punya lawak pun boleh tahan lawak ah . memang ketawa je dari awal sampai akhir . sempoi ah dia orang ni . aku harap sangat raja lawak ni akan terus ada lepas ni . sebab bukan senang nak tengok orang Melayu yang boleh buat persembahan komedi secara live kan . jadi bakat-bakat yang ada tu patut kita cungkil lah . tapi biasalah kan kalau ada je orang yang baru nak naik mesti banyak halangan punya . semoga dia orang ni menang lah raja lawak ni . sebab memang dah nampak potensinya . all the best R2! dekat bawah ni antara persembahan yang aku suka sangat tengok .



2 orang komen

EXCHANGE LINKS