Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

30 June 2011

entri penghargaan untuk semua


Pertamanya tahniah Malaysia sebab menang bola sepak 2-1 malam tadi . alhamdulillah industri bola sepak negara kita semakin memberangsangkan . walaupun semalam banyak peluang yang pemain Malaysia sia - siakan dan ambil mudah tapi aku tetap berbangga sebab pasukan Malaysia berjaya untuk sampai ke tahap seterusnya . bukan mudah untuk mereka sampai ke tahap ni . Sebenarnya mood tak berapa nak okay . tak tahu kenapa , tapi aku akan cuba atasi sebaik mungkin dengan berblogging . sekarang ni nak banyak tumpuan pada blogging sebab aku memang seorang yang suka membaca . kalau malas baca buku sekalipun , sekurang - kurangnya ada jugak sumber ilmiah dekat internet yang dapat aku baca .

alhamdulillah tak sangka juga pengikut blog ni sudah mencecah ke angka 5 ratus . tak pernah menjangka akan ada orang yang sudi baca blog cabuk yang tah hapa - hapa ni . walaupun baru je 5ratus orang dah cukup buat aku bersyukur , ye lah kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang berpuluh ribu pengikut blognya . aku tak kisah orang nak cakap apa asalkan aku menulis ikut kemahuan aku , dalam ruang aku sendiri dan tak mengganggu privasi orang lain . aku memang jenis tak kisah dan sangat fleksibel, nak follow followlah tak nak follow pun tak ada paksaan .

Maaf ... bukan sengaja tak nak blogwalking atau pun follow balik , internet sangat - sangat mengecewakan dan buatkan semangat aku untuk berblogging kadang - kadang lebih suram dari biasa . Di kesempatan ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua blogger yang sudi follow blog epalgreen aku ni . salam perkenalan dari aku buat semua (^-^)

sedar tak sedar dah 2 tahun aku berblogging . Semenjak dari tahun 2009 lagi . dan blog ni telah mengalami perubahan sesuai dengan perubahan umur dan kematangan aku sendiri . alhamdulillah masih diberi nafas untuk terus menulis di sini . walaupun dalam blog ni tak semua yang aku ceritakan tapi kebanyakkan memang semuanya perihal kehidupan aku . ibarat diari , tapi bukan semua boleh diceritakan di sini kan? harapnya blog ni akan beri manfaat kepada semua walaupun tak banyak . ilmu Allah tu luas , sesiapa pun boleh mempelajarinya . apa yang dapat di kongsi kita kongsikan bersama di sini . insyallah .



Tenang dalam diamnya,
Lebih jelas dari orang yang berbicara.
0 orang komen

27 June 2011

A&W , One Utama

hai korang . semalam aku , abangku , kakak ipar dan adiknya berkesempatan berkunjung ke One Utama . ni kira pertama kali aku pergi sini . agak menjakun sikitlah kan . biasalah tempat jauh dari rumah jangan haraplah aku nak pergikan . dapat pulak pengangkutan tak ada memang tak ah kan . sebenarnya masing - masing pun dah macam cacing kepanasan dalam rumah sebab hujung minggu memang tak ada apa nak buat jadi kita orang rancanglah ke One Utama ni .

One utama ni dekat Damansara je , dekat jugak dengan IKEA dan The Curve . jadi siapa - siapa yang tak pernah pergi Damansara boleh lah pergi . hehehehe kebetulan waktu kita orang pergi sana Affin Bank dengan kerjasama AXA tengah buat program dekat sana . memang ramailah orang dekat tengah tengok shopping mall tu tengok program tu . aku ni tak boleh sikit tengok rang ramai - ramai dekat satu tempat nanti aku cepat pening . tak sampai 10minit kami pun beredar dari situ .

dah berjalan - jalan dengan sakannya pergilah makan , semua tempat pun nak penuh kecuali A&W . semua pun buat keputusan makan burger je . sebenarnya waktu kecil dulu memang selalu makan A&W tapi sejak dah besar ni memang jarang pergi A&W sebab A&W tak ada delivery macam McD . hahaha tapi sekarang ni memang banyak pilihan . ada Subway , Burger King , Wendy's dan macam - macam lagi makanan segera yang ada . ta[i burger yang aku pilih kali ni memang sedap woo . Grilled Chicken Burger . abang dan kakak ipar pilih Moza Burger dan adik ipar aku pilih Coney dog . korang tengokkk jelah gambar dekat bawah ni ok .


ni aku punya .


ni adik ipar abang aku punya .


ni abang aku dan kakak ipar punya .



ni baru betul - betul kita orang punya =P


p/s : aku tengah kekeringan idea ni . gambar je banyak . maaf ye
2 orang komen

20 June 2011

Berbowling bersama keluarga Sempena Hari Bapa

hai korang . beberapa hari ni tak dapat nak update blog sebab mengalami kesakitan tangan yang super luar biasa . ni semua gara - gara main bowling hari tu . dia punya sakit tak payah cakaplah berdenyut - denyut je tangan pun tak berapa boleh nak hayun ke sana sini sangat . haahahaha padan muka kan . siapa suruh galak sangat main tak ingat dunia . sebenarnya benda tak pernah rancang pun . ni pun saja nak lepas tension jadi pergilah main bowling . lagipun tak lama lagi ayah ada pertandingan antara jabatan setiap negeri . jadi kenalah praktis untuk panaskan badan .

aku memang suka main - main bowling ni walaupun aku ni memang dah diketahui ratu ke longkangnya . hahaha tapi seronok bila main dengan keluarga ni . dulu waktu kecil mak dengan ayah susah nak bawak kitorang ke mana - mana atas faktor kerja dan badan penat . lagipun waktu sekolah mak dan ayah memang tak galakkan kitorang selalu main bowling ni sebab banyak kena baca buku je . tapi sejak dah makin besar ni , pemikiran pun dah makin terbuka jadi rasanya tak salah kalau nak beriadah bersama keluarga . dekat bawah ni adalah gambar - gambar pemain yang tak professional dan gambar sekitar permainan berlangsung . layaannnnnnn :P



oh ya sebelum tu nak beritahu yang kitorang main ni dekat Flamingo je . boleh laa harganya . 1 game RM6 . kalau waktu happy hour 3 game hanya RM12 pada setiap Ahad - Khamis bermula jam 9 malam . ada yang lagi murah . promosi nya pada hari biasa 5 game RM10.00 saja . siapa yang nak join bolehlah pergi ke Flamingo ni . tempatnya pun tak berapa ramai orang dan lane dia pun tak berapa panjang . sesuai jugak untuk orang yang nak buat training dekat sini .


entah siapa - siapa punya selipar entah . kalau pandai cari yang mana aku punya :P


bola yang kitorang guna . mesti korang boleh agak kan aku pakai bola warna apa . hahahahaha


waktu ni kakak ipar aku beraksi . wah dari gaya ada lah nampak macam pandai main tapi dia pun sama macam aku je ke longkang jela banyaknya . hehehe


waktu ni ayah tengah sibuk usha - usha markah dia . hahaha 


waktu ni dah hari kedua kitorang main dekat sini . hamikkkk kau sakan tak sakan main bowling . tapi memang syok lah sebab kitorang jarang dapat luangkan masa untuk aktiviti macam ni .


sobs . sobs . sikit nau markahnya .


ni pulak markah family aku yang lain . hahaha semua pun terok -terok gak sebab tak biasa main :P

apa - apa pun aku sangat terhibur . terima kasih ayah sebab bawak pergi main bowling . terima kasih jugak sebab selalu bawak kitorang pergi bercuti . happy father's day ayah . we love you :)
0 orang komen

18 June 2011

entri malam hari .

hari korang . hari ni aku baru je dapat check group setiap subject untuk semester yang akan bermula pada Julai ni . walaupun tak tertulis lagi lecturer mana yang akan mengajar aku , perasaan nervous tu mesti ada . entah kenapa , tiap - tiap semester pun mesti nak ada perasaan macam ni . ada sebab jugak kenapa aku jadi macam takut semacam bila naik semester baru , sebenarnya aku takut sebab setiap semester kau akan berjumpa dengan muka - muka baru dekat kampus , kawan - kawan satu course kau pulak berapa kerat je sama kelas dengan kau yang lainnya berterabur , berpecah ikut group yang dah tersedia . tak ke haru aku nanti . jujurnya aku susah nak "adapt" benda baru dengan cepat . aku mesti ambil masa banyak nanti :P

semester ni jugak semester akhir aku carry 17 , 18 kredit hour . banyakkan ? bagi yang tak tahu , semester ni aku akan naik ke semester 6 . orang lain yang semester 6 ade yang ambil 14 je kredit hour tapi aku hameekkk kau 17 , 18 kredit hour tu dah macam biase dah . tak boleh nak buat apa dah sebab waktu diploma dulu banyak main sekarang merasa lah kau eira dapat transfer sikit je kredit . sebenarnya berat jugaklah nak bawak 18 kredit hour . setiap kali naik semester subject makin susah dan setiap kali naik semester jugaklah memang aku kusut T____T .

sebab tu bila cuti aku akan manfaat kan cuti aku dengan sebaik - baiknya sebabnya bila dah naik semester baru aku perlu berperang pulak dengan buku - buku yang tak nak kalah tebalnya . dah nama pun pelajar , buku semestinya jadi kawan baik aku . tapi aku bukanlah ulat buku ye . aku mengaku jugaklah kadang aku suka nak belajar waktu - waktu akhir . sebab aku akan lupa bila aku memaksa otak aku hafal nota yang banyak awal - awal . cehhhh alasan kan ?

itu aja yang nak aku luahkan malam ni . sebenarnya tak berapa nak ada idea menulis blog kesayangan ni malam ni sebab dah terketawa berdekah - dekah waktu tengok Maharaja Lawak tadi . I'm Sorry :P

p/s : seronok dapat tengok bulan penuh malam ni .
1 orang komen

16 June 2011

Template baru

hai korang . hari ni saja tak ada kerja mengemaskini blog yang rasanya dah bersepah gila . hari ni aku tukar sikit blog aku ni dari 2 collumn jadi 3 collumn . dan yang paling penting header domo ni tak kan aku tukar sebab aku memang suka DOMO ni dan benda - benda yang comel . rasa - rasanya sekarang ni aku ada berminat jugaklah dengan layout blog yang berwarna pink . al kisahnya dulu memang aku tak berapa nak suka lah warna pink ni . tapi lama - kelamaan sifat keperempuanan aku ni datang dan sikit demi sikit aku mula suka kan pink . bukan pink yang lembut - lembut tu tapi pink yang ada garang sikit .

jadinya nak mintak pandangan follower - follower yang tercinta blog ni untuk komen sikit blog ni . tapi sebenarnya pemilik blog memang dah suka dah pun blog berwajah baru ni sebab rasa macam lebih kemas dari yang dulu . dengan penggunaan read more dekat tepi tu menampakkan lagi kekemasan sesebuah entri yang aku tulis . 

p/s : terima kasih :)
2 orang komen

30 May 2011

menghabiskan sisa cuti

alhamdulillah semalam adalah hari lahir mak yang ke 51 . tak ada celebrate apa cuma belikan cake chocolate dan makan satay anak beranak . what a great feeling . sebab rasa macam dah lama tak makan satu family lagi . mak dengan ayah dah ke negeri sembilan aku pulak tercampak sorang dekat KL . maaflah sebab jarang update . sebenarnya nak kurangkan sikit online sebab takut addict sangat . lagi pun power cermin mata dah naik -_-

sekarang ni cuti semester memang relaks habis . cari kerja partime satu habuk pun tak dapat . frust jugaklah kan . nasib baik tak kena cuti sampai 4 bulan cam budak - budak IPTA lain , nasib universiti aku nak dekat 2 bulan je cuti kalau tak memang nangis ah duduk umah tak tau nak buat apa T_____T . aku pun dah naik bosan tak buat apa dekat rumah . siang tu adalah jugak kerja nak buat tolong - tolong mak . malam ? nak nanges je memikir nak buat apa . huhu

hari tu adalah jalan sikit bawak damia dengan makcik nya jalan - jalan di jalan TAR . hahaha jalan tuanku abdul rahman lah . ramai jugaklah orang walaupun semua dah sedia maklum minggu lepas dekat Putrajaya ada Himpunan Sejuta Belia tu . ingat tak ada lah orang , huhu tapi sangkaan meleset gila . manusia tetap ramai lebih - lebih lagi depan Sogo tu haa.. amik kau aku sampai naik pening tengok orang banyak sangat . mungkin ramai yang tak tau yang aku tak boleh duduk dalam satu tempat yang ramai orang . macam pergi pasar malam pun tak boleh lama - lama nanti mulalah kepala ni nak pening .


damia dengan makciknya . kesian dia waktu ni damia berpeluh - peluh sangat sebab ramai orang lagipun damia selesema hari tu . tapi kita orang bawa jugak dia berjalan saja nak kasi dia biasa bila orang ramai .


yang ni aku lah . dah membesar dengan sihatnya . sebenarnya gambar aku waktu berjalan tu tak ada pun tapi saja lah nak semakkan blog ni siket hahahahaha . 

p/s : penat sikit dua tiga hari ni . 

0 orang komen

22 May 2011

mood tak stabil..

saat ni aku sangat tak ade semangat nak berblogging . banyak yang dah terjadi masalah datang dan pergi . aku betul - betul perlukan masa nak naikkan semula semangat aku .


aku tak tau nak cakap macam mana perasaan ni .




mungkin ini takdirnya ....




aku nak bersendirian ....



0 orang komen

14 May 2011

MY preloved items blog

hai semua . dulu selalu bercita - cita nak jadi businesswoman .
tapi tak berhasil sebab banyak sangat komitmen dengan pelajaran. 
sekarang tengah bercuti memang banyak masa terluang.
kalau tak keberatan boleh lah klik sini



p/s : harap sokongan semua . thanks xoxo
2 orang komen

04 May 2011

Taman Botani , Putrajaya

hai semua sihat tak ? ingat lagi tak aku ada sebut pasal pergi Taman Botani dengan kawan - kawan satu course aku hari tu ? hari ni nak cerita sikitlah pasal tempat ni . tapi sebelum tu jom kita tengok gambar dekat bawah ni . maaflah gambar tak berapa nak clear sebab pakai hp je .







waktu awal - awal datang sini kitorang semua jalan - jalan je sekitar kawasan ni . bagi pendapat aku , tak ada apa yang best pun dekat sini , sebagai tempat untuk mencari kedamaian sesuai lah . kawasannya boleh lah tahan . lagipun ada satu renovation dekat bangunan depan bahagian pintu masuk tu . entah apa nama bangunan tu pun aku tak tahu :P



p/s : abaikn budak gemok dekat atas hahahahaha :P



1 orang komen

01 May 2011

tentang sepuluh .

tadi jalan - jalan dekat blog cik mira edora . tetiba terasa macam seronok tengok dia buat entri pasal tentang 10 ni . pe kata aku try ? hehehehe korang pun boleh kenal aku kan bila aku buat entri pasal tentang 10 ni . tapi belum nak mula buat lagi lah . nanti dah tiba masa yang sesuai aku buat sebab sekarang tengah berperang dengan final exam .

10 + 10 + 10 + 10 = 40
 eh kate 10 ? :P

day one : 10 things about you
day two : 10 things you love
day three : 10 things you hate
day four : 10 things you want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items you can't live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of your favourite song
day nine : 10 ways to win your heart
day ten : 10 final word
4 orang komen

23 March 2011

terima kasih tuhan kerana menguji dengan dugaan yang berat

hai semua . maaflah kalau entri kali ni mengganggu atau pun memualkan korang . tak kisahlah apa orang nak cakap aku cuma nak luahkan sikit apa yang terbuku dalam kepala dan hati yang selama ni aku tahan . kenapa entri macam sedih ? memang tengah bersedih pun menahan mata je dari mengalir air mata ni . sejak dua menjak ni banyak sangat perkara menyedihkan yang dah jadi . tahun yang menyedihkan untuk aku tahun ni agaknya. aku pasrah dan berserah sebab aku tahu tuhan ada perancangan yang lebih baik dari yang aku rancangkan . tapi aku sebagai hambanya tak terlepas dari rasa sedih . apa yang boleh aku kongsikan di sini , banyak benda yang dah terjadi yang kebanyakkannya bermainkan dengan emosi dan aku sangat memerlukan tempat untuk meluahkan dan malangnya tak ada siapa yang aku fikir sesuai untuk mendengar dan dari blog ni jelah tempat aku nak bercerita  . banyak yang dah berlaku , dan setiap yang dah berlaku tak mungkin dapat di betulkan semula macam dulu . 


aku gagal menahan air mata bila teringat kenangan lama aku dan dia
aku gagal menahan air mata bila lihat dia gembira dengan hidupnya 
aku gagal menahan air mata bila aku cuba untuk move on tapi semangat berkubur
aku gagal menahan air mata bila aku tau aku dah kehilangan dia

terima kasih ya allah kerana berikan dugaan yang berat ni . seberat bahu yang memikul beban . duka di hati tuhan saja yang tahu . menanggung rindu pada yang tiada . mungkin dah suratan semuanya terjadi . kalau lah aku ada kesempatan lagi untuk perbetulkan semuanya  . moga satu hari nanti kita akan berjumpa lagi dengan izin dariNYA dan sekiranya sebaliknya , mungkin tuhan punya perancangan yang lebih baik . cuba positif kan diri . cuba menyendiri buat sementara waktu , semuanya untuk cari ketenangan yang tak pernah aku miliki selama ni . aku tau ramai lagi yang senasib dengan aku . malah ada yang pengalamannya lebih teruk lagi . terima kasih ya Allah . sesungguhnya aku lebih mengingatimu bila saat susah dan senang , saat suka dan duka , dan saat - saat berlakunya kesukaran . dan aku tahu tuhan sayangkan semua hamba-hambanya . bila diberi sesuatu ujian , tuhan sayangkan kita .


Lihatlah di sekelilingmu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


p/s : rindu :(
1 orang komen

22 March 2011

saye nak kurus . tolonglah T___T

hahahai tajuk entri macam tak boleh nak blah kan . tapi tu lah realitinya . aku nak kurus . semuanya sebab event bulan November ni . ada lah sebabnya kenapa tak kan nak cerita semua kan . tapi memang nak sangat mengurangkan lemak-lemak di badan yang dah berkilo-kilo ke bertan-tan dah naik ni . rasa tak selesa sangat bila nak bergaul dan berhadapan dengan orang ramai . dan bila berbadan besar ni self esteem tu jadi rendah serendahnya lah . dulu aku bukanlah jenis manusia macam ni . aku ni boleh di katakan seorang yang periang lah jugak . maknanya susahlah nak nampak aku tak ketawa dan gelak sekuat-kuatnya . aku memang kaki gelak lah orang kata , tak percaya boleh tanya kawan-kawan aku lah aku ni macam mana . tapi di sebabkan kes ni , aku macam kurang keyakinan sikit entah kenapa entah . rasa macam nak segan je sepanjang hari . boleh ke macam tu ? hahaha :DD orang yang tak kenal aku mesti akan cakap aku sombong punya lah , padahal nak cover badan dah besar gedabak ni . ehehehe


berbalik kepada apa yang nak diceritakan ni . untuk menjadi seorang yang sihat , aku dah rancang beberapa plan lah . sebelum ni aku ada cerita pasal aku pergi gym kan dekat entri ni . sekarang ni dah tak boleh pergi gym sangat sebab kerja tengah melambak-lambak sangat dah ni . mini project dah dapat jadi kerja pun mestilah berlipat ganda . walaupun kerja berkumpulan tak kan nak sambil lewa je kan . markah banyak pulak tu , 60% jangan buat hal lah kan kang tak memasal kena repeat balik subjek workshop ni . ni bukan alasan semata . kalau korang di tempat aku korang pun mesti buat benda yang sama macam aku fikirkan . oklah melalut pulak aku dengan hal-hal study bagai . meh aku cerita sikit apa aku nak buat untuk kurangkan sikit lemak-lemak di badan ku inih . hahahahahahahahadoi .


1. aku kena kurangkan makan nasi .
2. perlu bersarapan pagi
3. banyakkan minum air masak 
4. habiskan oat yang melambak - lambak dalam bilik
5. banyakkan makan buah - buahan
6. kurangkan pengambilan susu . tak boleh minum tiap - tiap hari sangat
7. banyakkan makan sayur . ( haha ni memang terpaksa lah makan sebab aku tak makan sayur )
8. kurangkan makan ayam . banyakkan makan ikan
9. kurangkan tidur siang
10. bersenam paling kurang 2x seminggu


aku pernah tak makan nasi sebulan dah kesannya memang berat badan aku turun dengan mendadak . dan aku nak buat balik macam dulu . nak maintain je . takut nanti bila badan dah besar stamina pun berkurang lama-lama banyak pulak penyakit merbahaya hinggap dekat badan aku ni nanti . mintak dijauhkanlah semua ni . aku memang takut sikit bab sakit-sakit ni . family aku dah lah ada penyakit keturunan yang boleh di kira membahayakan nyawa . jadi aku kena lah kawal pemakanan aku dari sekarang . tak boleh sambil lewa lagi dah lepas ni . memang tahap kena buat dah ni . huhu mintak-mintak tercapailah hasrat aku ni . amin


p/s : pengkalan hulu , i'm coming yaww ~!
8 orang komen

06 March 2011

product untuk kulit yang selalu aku gunakan .

hai semua . dah lama jugak kan tak update entri baru . huhu maaflah kekeringan idea pulak cuti-cuti ni . yang benau nye malas nak menaip , sampai ke sudah semua masuk dekat draft tak publish . ramai jugak kawan-kawan yang tanya apa jenis product yang aku pakai lepas tengok kulit muka yang bersih dan suci mulus gitu . cehh ni tipu tak ada lah nak mulus sangat kan . kawan-kawan aku pun tau kot kulit aku ni macam mana rupa . oklah sini aku tunjukkan sebahagian product yang aku guna tak kiralah untuk kulit muka atau pun kulit badan dalam sehari-hari . nak try pun boleh je . aku cerita pasal product untuk kulit muka dululah senang dan korang boleh bandingkan sendiri ok . ceewah . ok dulu aku ada masalah jerawat yang sangat meruncingkan dan sekarang alhamdulillah dah semakin berkurang .

dan sekarang ni kulit dah jadi makin elok dengan bantuan product-product kecantikan jugaklah . mula-mula aku pakai product tia amelia . tapi product ni tak bagus untuk kulit muka aku sebab bila tak pakai pencuci muka dia memang jerawat akan naik dengan melambak-lambaknya . kalau pakai tia amelia ni kena pakai setiap hari , langsung tak boleh nak skip . skip sikit je memang tanggunglah jerawat yang banyak tu dan aku mula rasa bosan bila tengok kulit aku makin kering dan selalu menggelupas di tepi-tepi hidung . waktu tu memang hampa sikitlah kan dan buntu nak pakai product apa untuk kasi elok balik muka ni . terus aku ambil keputusan untuk pakai safi rania gold punya pencuci sebab terasa segar sangat muka dan paling best bila bangun tidur kulit muka aku tak berminyak langsung . sekarang aku pakai gel pembersih wajah safi rania gold . tapi tengok pada kulit muka jugak , tak semua orang sesuai pakai safi rania . dan sekarang kulit muka dah jadi sedikit cantiklah . sikit je k hahahaha :DD . ni pun nak kena terima kasih dekat bedak miyami sebab tolong kurangkan sikit kesan-kesan jerawat . hahaha kantoi . dan malam-malam pulak aku ni jenis suka pakai bedak sejuk tau . bukan yang warna putih tu , tapi yang warna peach tu , tak tau pergi cari dekat mydin . melambak .





lepas guna safi rania ni ok lah jugak kulit muka . tak adalah putih sangat kulit muka macam ni , tapi bolehlah . dah tak ada masalah jerawat tumbuh cuma kena jaga makanlah . aku ni tak boleh makan seafood sikit nanti mulalah jerawat naik . orang kata aku ada resdung , mungkin jugaklah kot sebab aku pun tak pernah buat rawatan resdung sebelum ni . kacang pun aku tak boleh makan sebab takut jerawat naik punya pasal . tapi sekarang oklah jugak sebab dah boleh makan kacang balik . oklah sekarang aku nak cerita pasal penjagaan kulit badan pulak aku dari kecil dah diajar pakai product johnson baby . walaupun sedikit melekit dan tak selesa tapi sangat melembapkan kulit aku yang tak berapa nak cerah ni .oklah jugak sebab bila kulit kering ni leceh sikitlah .




dua ni je aku pakai untuk sebelum dan selepas mandi . aku suka sangat sebab dia melembab kan kulit aku . hehehe . terima kasihlah kepada orang yang menanya , aku tak pakai brand berjenama pun pakai yang mampu milik jela . janji sesuai dengan kulit aku yang suka sangat kering bila duduk dalam air-cond terutama sekali waktu kelas . lepas tu cuaca panas yang diselang selikan dengan cuaca sejuk pulak memang akan naik merah-merah ruam lah . tapi tak apa , semua tu dah tak jadi masalah dah sekarang . tu aja nak kongsi hari ni . nanti ada masa update lagi .



7 orang komen

19 February 2011

sehari bersama amin idris ..

hai semua . ni update secara pantas ni sebelum kerja datang dengan melambaknya kejap lagi . ok lah semalam bersamaan hari jumaat telah berlangsungnya ceramah motivasi untuk semua pelajar di BMI . ceramah yang sangat menarik bertajuk magnet diri dan di sampaikan dengan penuh bersahaja dan bergelak ketawa oleh amin idris . ok lah pertamanya aku nak beritahu ni lah pertama kali aku dengar ceramah aku tak bosan dan boleh tergelak-gelak lagi . siapa lah yang boleh tahan kalau kena pergi dengar ceramah motivasikan sebab waktu berlangsungnya ceramah tu antara pukul 3 ptg - 5 petang . 2 jam yang agak boring lah kalau untuk ceramah-ceramah biasa . tapi dengan amin idris ni memang gelak kaw kaw punya dari awal ke akhir program ni . mula-mula aku pun tak berapa nak kenal siapa dia ni . nasib baik ada banner yang bapak besar ( bak kata amin idris ) yang terpampang gambar dia dapatlah kenal tuan empunya speaker . boleh tengok banner dan laman web dia di bawah ni


cara penyampaian dia sangat tak boring . dia tak guna banyak slide tapi banyak bercerita tentang kehidupan yang perlu ada matlamat , video-video yang menarik dan cara penyampaian yang sangat bersahaja . macam orang kata dekat astro tu " untuk kita-kita aja " . betapa kita perlu menghargai setiap imaginasi yang wujud dalam pemikiran kita . dia berpendapat bahawa tak salah kita nak berimaginasi sebab bila kita dapat berimaginasi dengan baik maka matlamat juga dapat dicapai . setiap cerita yang dia sampaikan memang buat orang tergelak habis sampaikan meleleh-leleh air mata aku ketawa dalam TTL semalam . dengan loghat kelantan nya dengan muka tak bersalahnya dengan senyuman semangatnya aku rasa semua orang balik dengan penuh ilmu di kepala . sebenarnya dulu amin idris ni belajar bersebelahan je dengan BMI , dekat UIA lah kiranya . dan baru sekarang dia berkesempatan untuk menyinggah ke sini huhu :DD . aku suka ayat dia yang ni " Dare to Dream " . kalau siapa-siapa yang pergi ceramah tu semalam mesti sependapat dengan aku juga . hidup perlu ada matlamat yang specific utnuk berjaya . dia juga perkenalkan kaedah SMART yang aku rasa ada betulnya yang selama ni tak pernah kita terfikir dan ambil kisah pun .

hidup kena ada matlamat dan target . target aku adalah untuk menjadi engineer yang berjaya dan versatile . cewaaah . tak salah kot aku nak berangan a.k.a berimaginasi . haha aku suka berimaginasi yang aku akan buat lebih dari satu kerja pada masa akan datang . aku nak masuk bidang perniagaan . mungkin akan serius buat bisnes online dan butik lepas ni . insyallah , doa-doakan lah ek . tak pun menolong ayah mengusahakan perniagaan kolam ikan pada masa akan datang . insyallah moga jadilah kan . mula-mula waktu fikir tu memang aku sendiri cakap aku gila . ada ke patut perempuan nak uruskan kolam ikan kan ? tapi bila fikir-fikir balik who cares ? kalau tak ada orang perempuan pertama yang jadi pengusaha kolam ikan aku boleh jadi yang pertama kan haha tengok lah semangat gila aku fikir benda ni . dah lama dah rancang sebenarnya , cuma tengah belajar kan sekarang banyak fokus pada pelajaran . oklah tu aja update untuk kali ni . tata

2 orang komen

18 February 2011

aku tak suka betul..

hai semua . sorry lah dah jarang sikit update ni sebab tengah minggu phase test . ni ada masa sikit nak menghadap blog terchenta ni . oklah hari ni aku nak satu peristiwa yang aku kena baru-baru ni . ni bukan rekaan tapi realiti yang jadi . ceewah bunyi macam teruk benau lak kan , padahal tak ada lah teruk mana sangat tapi .. tapi ... menggelikan lah kira .

ada satu hari ni , aku dengan kawan-kawan pergilah makan dekat tempat yang selalu aku makan dekat kawasan aku belajar ni . yelah kata pun tengah makan kan mestilah MAKAN tak kan nak karaoke pulak kan . dah ambil pesanan semua kita orang ni pun tunggulah makanan kita orang sampai . bila makanan dah sampai tu , makanlah kan dengan bersungguh-sungguh dan berseleranya sebab masing-masing memang dah kebulur sangat dah waktu tu . Untuk pengetahuan semua , kita orang makan nasi pada waktu petang ok . bermula seawal 5.30 petang . nak dijadikan cerita , tengah dok sedap-sedap makan ni adalah seorang mamat ni datang dengan seorang perempuan . dari gaya memang dia agak serabai lah petang tu . tak apa lagi . sekali tengok dengan jambang tak trim , dengan janggutnya tak dikemaskan aku terpandang-pandang jugaklah tengok rupa dia macam tu , dalam hati sangka mungkin dia baru bangun tidur . tengok positif tak aku ? sangka baik ni kawww . lepas dah tengok tu teruskan jelah makan .

tapi entah macam mana tengah dok sedap-sedap makan tu mata ni tak lepas jugaklah dari nak pandang orang-orang sekeliling termasuklah mamat dengan kawan perempuan tu . sekali kaaaaaaannnn hamek kau dia boleh korek hidung depan orang yang tengah makan ni . apa korang rasa eh kalau korang ada dekat situ ? serta merta mati nafsu makan aku bila tengok perangai lelaki tu macam tu . seriusnya aku sangat benci lelaki pengotor . yekkkk geli lah bila berhadapan dengan situasi macam ni . macam tak bersalah je mamat tu korek hidung dia depan orang ramai . kalau kot ye pun gatal sangat hidung tu cover lah sikit dengan tisu ke hapa . potong betul selera orang nak makan . aku memang tak suka betul . lepas dari tu aku ingat aku seorang jelah yang nampak kelakuan mamat tu , sekali kawan-kawan aku pun nampak daa . kalau aku jadi kawan mamat tu , memang aku "sound" tepet je mamat tu . mentang-mentanglah makan dekat kedai tu pakai sudu je semua pelanggannya boleh pulak dia bantai nak korek hidung pakai jari telunjuk dia tu . tak geli ke die ek? tah dia basuh ke tak jari dia lepas tu .. erggghh tak sanggup nak bayangkanlah . 

orang lelaki ni macam tu lah . kalau dah sempoi , sempoi sangatkan sampai dah terlebih sempoi macam ni lah jadinya . kalau ye pun beragaklah sikit , kita dekat tempat makan kan . tempat semua orang menjamu selera bukannya tempat nak beriadah ke hapa kan sesuka hati kau je nak mengorek bijih . kesian sikit dekat orang nak makan macam aku ni haa . haha kan bagus kalau kita jaga kebersihan . kita pun rasa selamat sikit nak makan . dapat pulak macam aku ni duduk tempat orangkan , tempat oranglah sangat , pada akulah kan macam situasi aku sekarang ni yang kena makan atau pun tapau makanan dari luar aku tak dapat nak bajetlah kan kalau suatu makanan tu bersih ke tidak . kalau mungkin pun tak berapa bersih ( yelah makanan yang dari luar mana kita nak tahu tahap mana kebersihan pemasaknya kan? ) , tapi bila kita makan dengan cara yang bersih pun sekurang-kurangnya tak ada lah rasa macam nak kena keracunan ke hapa kan . tapi kalau dah makanan pun tak bersih dengan diri-diri kita sekali tak bersih boleh ke kita nak telan makanan tu ? haruslah tak kan . sendiri fikirlah kan haha :D jadi tolong jaga kebersihan diri anda ye , peringatan untuk diri sendiri dan orang lain jugak .

p/s : tu jela yang dapat aku cerita setakat ni . ada masa update lagi . tata


2 orang komen

01 February 2011

sejuk.

hai semua . maaflah sekarang ni memang dah mula sibuk . banyakkkk sangat kerja sekolah yang kena siapkan on time . nak kena buat mini project , dengan nak cari sensor nya dengan nak jumpa lecturer nye . waaah banyak nya keje . semester ni memang agak beratlah , sebab aku gatal sangat nak ambil co-q kan . sekarang merasa lah kan . banyak komitmen , tapi masa pulak tak cukup-cukup . nak lebih dari 24 jam sehari boleh? tidur pun tak menentu sekarang ni , banyak sangat benda dalam otak ni nak kena fikir sekarang T____T



p/s : suka pulak aku tengok gambar ni . tak ada kaitan pun dengan entri :DD


sekarang pun cuaca sejuk semacam . lantai bilik hostel ni bila pijak dah macam pijak ais dah rasa . sejuk sangat kot sampai selesema pun tak nak baik-baik . ubat dah habis , batuk dengan selesema tak habis-habis jugak lagi . macam mana nak buat pun tak tau dah . banyak sebenarnya kerja pelajar degree ni ek . makin naik semester makin banyak pulak kerja nya . lagi-lagi nak Final Year Project ni , haih pening kepala . Sebenarnya memang dah banyak pening pun memikir nak buat FYP apa . individual pulak tu , macamlah hebat sangat electronics ni . haih sedih berganda-ganda T_____T


sedih jugak tengok kawasan-kawasan dekat Malaysia ni yang dilanda banjir teruk macam dekat Segamat . ada jugak kawan-kawan dekat sini yang risau keadaan keluarga yang jadi mangsa banjir . tak banyak yang dapat nak tolong , hanya mampu berdoa je moga semua umat islam yang jadi mangsa banjir selamat dan nasib terbela . dekat sini pun selalu jugak hujan dan cuaca jadi sangat sejuk . sampai shower yang selalunya airnya memang tak "rasa" jadi sesejuk air perigi . bayangkanlah kalau ada kelas pagi nak mandi macam mana kalau dah sesejuk tu . tapi aku gagahkan jugak sebab tu selesema dengan batuk memang susah sangat nak baik . kesian mak risau . insyallah tak lama lagi sihat . doa-doakan tau .


aku harap sangat otak aku tak rasa stress untuk permulaan semester baru ni . sebab kalau awal-awal dah rasa macam berat je susah jugak . aku ni memang tak boleh stress sangat , nanti mulalah nak pening je kepala . harap sangat semester ni result lebih baikkkk lagi dari sebelum ni . tapi aku tak nak lah berharap sangat , tapi tetap kena usaha lebih semester ni . dah tak banyak semester dah , lagi setahun lebih je tinggal untuk habiskan degree ni . semoga Allah mudahkan segalanya . serius aku sangat-sangat takut untuk semester-semester yang akan datang . dah terasa sangat debarannya walaupun lambat lagi nak naik semester baru . sebab nya , dah nak kena buat FYP dah . huaaa takutnya T_____T . oklah sampai sini dulu . nanti update lagi
0 orang komen

25 January 2011

minuman kesihatan : wajib minum

hai semua . sihat ? aku alhamdulillah dah beransur pulih sikit demam ni . sekarang ni tinggal selesema dengan sakit tekak sikit-sikit je . hari ni nak cerita pulak pasal benda-benda kesihatan yang aku selalu ambil dalam diet seharian aku . dietlah sangat harga pun berpatutan . rasanya semua orang mampu nak beli kalau nak sihat . tapi bergantung pada badan seseorang jugaklah . tapi pada pengalaman aku sendiri sepanjang gunakan benda-benda ni tak pernah lagi lah jadi apa-apa . apa-apa pun jangan cuba tanpa pengawasan doktor . benda-benda ni kira minuman ruji atau pun harian aku lah tak kira dekat rumah atau pun dekat hostel . setiap hari mesti minum punya huhu :) . nak kata jaga badan tu , lebih kuranglah . tapi tak adalah jaga badan mana pun sebab aku memang gemok pun tapi aku haraplah benda-benda ni dapat kurangkan apa-apa yang patut dalam badan aku ni . jum tengok apa benda yang hari-hari aku minum :DD

1. SE Tumbler


ni antara kelebihan aku minum air dari bekas minuman ni .
- mendetosifikasikan badan dengan lebih berkesan.
- mencantikkan kulit wajah.
- mengekalkan kepekaan .
- membebaskan diri dari sembelit.
- menyerap khasiat daripada makanan dan suplemen dengan lebih baik.
- menikmati kesihatan keseluruhan yang lebih baik.
- merasai pencetusan kecergasan



memang aku akui . aku dah kurang kena sembelit . sebab aku ni jenis yang kalau tak membuang dua tiga hari boleh buat sampai demam . tapi alhamdulillah sekarang dah tak ada masalah dah . kalau nak minum air dari botol ni senang je . mula-mula masukkan air dan biar selama 20minit . lepas 20 minit , minum dan akan rasa tindak balasnya . kalau orang yang ada penyakit dalam badan dia , mula-mula minum dia akan rasa mengantuk dan sengal-sengal badan . lepas guna setiap hari lama-lama badan akan jadi macam biasa . air ni kiranya nak membantu kita buang toksin yang ada dalam badan dan bersihkan air kencing . nak cuba boleh pergi tengok katelog cosway , rm75 je :)


2. susu hi-goat

oklah . gambar dekat dalam ni macam banyak sangat pulak kan . sebenarnya aku tak adalah sampai makan satu set produk hi-goat ni tapi aku minum susu dia je . waktu mula-mula aku minum susu ni bau dia memang hanyir ah . yelah bau kambing kot , erggghhh siapa boleh tahan ~ ! tapi terpaksa tahan jelah kan sebab ayah yang beli suruh minum . kalau ayah dah cakap , semua orang tak boleh bersuara sebab maknanya itu keputusan muktamad dan mutakhir . nak tak nak satu rumah kena minum . tapi kalau tak salah aku yang paling banyak minum dan habiskan sebab semua pun tak boleh tahan hanyir dia . awal-awal tu , memang lepas minum mesti nak kena ada gula-gula atau pun cokelat sebab hanyir gila-gila la kan bau dia . tapi lama-lama dah biasa dah , minum dengan lajunya . huhu . aku ni suka jugaklah minum susu , sebab tu aku gemok HAHA . susu ni pun banyak khasiatnya . aku kena jaga kesihatan dari sekarang , takut penyakit keturunan sampai dekat aku pulak . harga sekotak susu ni tak ada lah mahal mana , rm36 je paling mahal pun . tapi aku dapat rm30 je sebab beli dekat officemate ayah hehe :DD jom tengok apa khasiat susu hi-goat ni .

  • Sesuai untuk mereka yang alah kepada susu lembu.
  • Kaya dgn Protin,Enzim,Mineral & Vitamin yg penting untuk kesihatan dan mengcergaskan otak kanak2.
  • Menolong mencegah kanser,gastric,ulser perut,deman kuning,asma,sukar tidur,migraine,masalah buah pinggang,awet muda dll.
  • Menguatkan sistem imunisasi paru-paru.
  • Menyeimbangkan kandungan gula dalam darah dan kolestrol.
  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Menguatkan tulang,otot,sendi dan tisu(kalsiumnya yang tinggi)
  • Tiada bahan Awet,Pewarna dan Bahan Tambahan.
  • Bau yang menyenangkan dan organik.



ada jugak vitamin-vitamin yang aku ambil untuk kecergasan minda dan otak tapi belum ada idea nak tulis apa .  tata ada masa update lagi .
0 orang komen

18 January 2011

allergic kerang :DD

hari ni aku nak cerita pasal allergic . aku ni senang jugak nak kena allergic sebenarnya . dan aku allergic sangat dengan kerang wuwuwuw . walaupun pada hakikatnya kerang sedap kot buat sup nyum2~! nak dijadikan cerita lah kan adalah satu hari waktu baru masuk belajar ni . waktu tu waktu nak bersarapan lah kira . aku ni pulak pantang nampak kueh teow . kalau pagi-pagi tu ada kueh teow memang aku songlap habis punya . haha tipu la kan nak songlap habis , songlap sikit-sikit jela sebab nak sarapan je pun . tengok macam sedap je ah kan kueh teow makcik cafe tu buat . aku pun ambil lah dengan kuantiti yang sederhana . 

tapi boleh pulak lah aku tak perasan dalam tu ada kerang . dalam pada tengah syok-syok makan tu , sekali ternampak kerang ah . dalam hati kata , tak apa kot kalau aku ambil buat rasa-rasa sikit . sikit je huhu . pastu makan jelah kan kerang tu . balik je hostel tak ada rasa apa sangat lagi . sekali dah setengah jam lepas makan kerang dengan kueh teow tu kan , haa haameeeeeekkk kawww~! habis gatal-gatal badan aku . aku ni memang dah tau aku allergic dengan kerang , kena sikit air dia pun aku dah gatal-gatal badan ini kan pulak kalau makan kerangnya kan . memang mencari nahas lah kan . huhu sampai ke sudah tergaru-garu . gatal dia memang kalau garu memang merah habis ah . dah garu-garu banyak kali dah tentu-tentu pedih punya . letak pulak cream doktor bagi , lagi lah bertambah pedih . last-last habis merah kulit aku . huhu padan muka dekat diri sendiri T_____T

tapi aku memang tak nafikan lah kan , kerang tu sedap sebenarnya . mak aku waktu mengandungkan aku dulu cukup suka makan kerang . tapi bila aku dah lahir , aku pulak yang tak boleh makan kerang . cis tak aci betul T____T . kadang-kadang tu kan aku memang malas nak pantang makan , sengaja je . sebat je kalau terasa nak makan tapi lepas tu memang menggaruk lah kan . huhu . setakat ni memang kerang jelah yang aku paling allergic . makanan-makanan lain tak ada pulak buat kulit aku kemerah-merahan . tapi tu lah kan , benda yang kita tak boleh makan tu lah kita nak sangat makan . kadang kena jugak sepatah dua kata dari ayah dengan mak , tapi buat pekak je . 

pasal kehidupan dekat universiti pulak , biasalah kan . dah nama pun pelajar kan memang kena belajarlah kan . assignment dah mula dapat , kerja makin banyak , duit pun makin banyak habis . banyak habis dekat buku-buku yang tak tebal mana tapi harga nak tebal je :P . syukurlah . awal-awal ni memang aku tak nak main-main nak tumpu betul-betul sebab takut lagi banyak pulak tak faham nanti . tu je buat masa ni . tata xoxo 
0 orang komen

16 January 2011

banyak jugak nak ngomel ni :P

huhu tajuk macam hape je kan . ni kenyataan bukan main-main . sejak dah masuk belajar ni aku jarang dapat blogwalking . bukan tak nak blogwalking tapi kondisi broadband sangat lah teruk , wi-fi pulak terlalu lambat untuk loading satu-satu page . makan masa jugak nak bukak satu page kalau sampai kena refresh lapanpulohlapanbelaskali T______T . dan BE nuffnang pun makin berkurang sebab terjadinya insiden dekat atas ni lah . siapa boleh tolong ni ? huhu sedihlah kalau BE susah nak naik . aku bukanlah nak sangat duit ni tapi tak salah kan nak menyimpan dengan nuffnang ? huahua menyimpan lah sangat kau eira oii~! sambil menyelam minum air orang kata :DD


bukan setakat blog tak dapat nak blogwalking , segala email , website universiti semuanya tak dapat masuk dan urusan semuanya tergendala . lagi-lagi kalau waktu hujan . memang sedih ah langsung tak dapat sambungan internet dekat hostel . nasib baiklah aku bukan penghuni tetap dekat sana . tiap-tiap hujung minggu aku balik rumah . dapatlah online dengan streamyx yang laju sikit ni . bilalah wi-fi nak upgrade agak-agaknya ye ? masih menanti perubahan-perubahan dari pihak universiti yang bakal menyenangkan semua pelajar-pelajarnya . 


berbalik pada cerita pasal BE ni . kalau ikutkan hati nak jugak cuba iklan-iklan lain selain dari nuffnang punya iklan ni . tapi bila fikir-fikir balik , dah masuk belajar pun sibuk banyak kekangan bagai ada hati nak promote iklan banyak-banyak . huhu cepuk muka kang ! tapi minggu ni memang boring sikit ah dekat hostel sebab tak banyak benda lagi kena buat , biasalah kan minggu pertama masuk 'sekolah' bukan banyak sangat kerja lagi dia bagi . nak hujung-hujung semester nanti taulah nasib kau . melambak-lambak selambak sampai nak muntah pun kerja tak siap . tapi tak boleh salahkan student jugak , lecturer pun bagi kerja lambat sangat jugak sampai kacau final . 


cerita pasal rumah pulak , hari ni ayah mintak seorang jiran Indonesia tolong betulkan tangki air rumah kita orang yang dah nak rapuh tu . aku pun tak faham macam mana boleh jadi macam tu . tapi bila tengok kulat-kulat air dekat dinding rumah aku baru-baru ni memang geli ah . nasib ayah ada inisiatif nak betulkan tangki air tu . kalau tak , tak tahu lah apa jadi lepas ni . mak dah lah tak boleh ada kulat atau kuman-kuman . orang kencing manis ni banyak pantangnya . kang dah terkena jangkitan makan masa nak baik . aku cukup jaga betul benda-benda macam ni . aku harap sangat sepanjang ketiadaan aku dekat rumah mak boleh jaga diri dia baik-baik . eira sayang mak :)
0 orang komen

06 January 2011

penawar rindu si damia

hai semua . lambat sikit update entri hari ni sebab tengah sibuk dengan pendaftaran semester baru hari ni . alhamdulillah semuanya berjalan lancar pagi tadi walaupun hujan lebat tak hingat ditambah pulak dengan jammed yang superrrbbb . tapi tak apa aku suka waktu sejuk-sejuk menggalakkan lagi proses dengkuran waktu pagi haha . pagi tadi ayah yang drive yelah sebab kereta ayah tak kan aku pulak nak drive kan . dapat pulak ayah nak bagilah sangat aku drive kereta dia tu haha :DD . awal-awal pagi dah keluar rumah sebab tak nak bersesak dekat tempat nak daftar tu , tapi tadi mula-mula pergi hantar mak dekat HUKM . mak pergi jumpa doktor kulit . dah sampai tu memang best ah kan . laju je pergi daftar , orang tak ramai lagi sebab tengah hujan lebatkan . dan disebabkan tu proses aku nak daftar pun jadi lebih cepat . waaaaahhh sayang lebih ar cam ni . haha :DD terima kasih ya Allah kerana mudahkan segala urusanku .

lepas dah daftar tu dalam keadaan tengah hujan tulah aku mengambil langkah yang sangat pantas . haha skema gila ayat kau eira , aku pun pergilah call ayah cakap suruh pergi ke kawasan hostel aku . semangat tak? semangat tak . bestnyalah perasaan aku waktu tu bila dapat jumpa kawan-kawan aku yang dah sebulan tak jumpa tu . haha rindunya bila dia orang melambai-lambai dekat aku tadi . nak lagi bestkan , kita orang punya bilik dekat-dekat je , jadi bolehlah main kejar-kejar lagi , sorok-sorok selipar , jadi hantu bedak sejuk  , buat prank birthday party dan makan McDonalds sambil bergossip alahai sukanya . seronok jugak duduk hostel sebenarnya . bila kita sedih ke banyak problem ke kawan-kawan lah tempat kita nak bercerita . dia orang pun ada cerita-cerita dia orang juga nak dikongsi . tapi paling syok waktu nak habis satu-satu semester semua dah masuk air , kepala pun dah jammed agaknya tu yang semua ada je nak buat . tunggu jelah saat-saat akhir dekat hostel tu . haha .

semester ni aku duduk dengan kawan satu course aku jugak , si Dalilah a.k.a Dali . dia ni memang senget sikit tapi dia lah kawan aku yang paling best . paling cool . sebab nye dia tak kisah pun orang nak cakap apa pasal dia yang penting dia memang rock habis . kalau dia tak ada tak gelak lah aku . dapat pulak sorang lagi kawan aku yang kepala gila-gila jugak , si Idriah . wakaka memang best ah gabungan dua gadis pingitan ni . tapi dua orang ni memang kawan baik aku dekat universiti nun . satu yang aku suka dengan dia orang ni . waktu main , main . waktu belajar , belajar . dan dia orang ni tak kedekut ilmu . selalu ajar aku bila otak aku ni kadang-kadang datang jugak bengap nye haha :DD . ada 3 kelas sama dengan dia orang ni . jadilah dari tak ada langsung . untuk penghabisan entri ni aku masukkan video si cantik manis anak buah aku , damia yang baru nak pandai mengagah untuk tatapan semua . enjoy



0 orang komen

EXCHANGE LINKS