Showing posts with label love and relationship. Show all posts
Showing posts with label love and relationship. Show all posts

18 December 2010

kosong.




Jika engkau pergi, 
bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, 
air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata




0 orang komen

19 November 2010

makan-makan time :DD

sebenarnya aktiviti ni dah lama jugak la rancang. lama tak lama mana je 2-3 minggu macam tulah boleh kata. aku rancang nak makan-makan dengan kesayangan aku ni. satulah benda yang buat aku sangat sayangkan dia. dia jenis yang tak kisah. terima seadanya. tak pernah nak merungut. lagi-lagi kalau bab makan. tapi tulah ada jugak yang dia tak boleh makan. huuhu. semalam aku pegi makan-makan siket dengan dia. walaupun aku sendiri pening dekat mana nak celebrate birthday dia kali ni. tak celebrate apa pun sebenarnya. makan-makan sikit je. awal-awal ingat nak beli kek tapi dia tak nak pulak. jual mahal betol~!hehe. mula-mula teringin sangat nak makan siakap stim. ala-ala masakan melayu gitu tapi last-last tak jadi jugak sebab tak tau tempat makan mana yang best dekat sekitar Kuala Lumpur ni. dan akhirnya kami memilih untuk makan dekat pizza hut je. huhu sorry sayang.ada lah siket gambar-gambar yang sempat aku tangkap dengan dia. dapatlah jumpa dia sekejap. 


makan-makan jom :)


spagetthi. meatball. pizza. salad. mushroom soup. ice chocolate. chicken wings ade lagi tapi tak ingat hahaha :D


yummeh..yummeh sakan makan sampai kembong :DD


haha this picta is kinda awesome :DD


waktu ni memang aku nak tergelak besar lah tengok telatah dia makan. saja lah tu nak buat muka. and this is his favourite jacket i guess. ape-ape pun terima kasih sebab luangkan sikit masa untuk eira. walaupun dia baru je lepas excident minggu tu. dia gagahkan juga melayan kerenah aku ni. thanks sayang <3 xoxo

p/s : aktiviti kali ni agak menambahkan kalori aku yang sedia ada gemok n berlemak sana sini ni. haih kuatkan semangat. nak kurus ! 



0 orang komen

25 October 2010

cinta itu tak perlu diungkapkan pada si dia..peringatan untuk aku dan yang lain..



tertarik dengan ayat-ayat ni.. diambil dari seorang rakan di facebook..jom kita hayati sama-sama.semoga kite semua mendapat manfaat dari Allah s.w.t




Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba…mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya…
Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat:49)
“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. ” (QS. An Nuur: 32)
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. ” (QS. Ar-Ruum:21)


Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk matamaka bersabarlah… berdo’alah… berpuasalah…
” Wahai kaum pemuda,siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah,maka menikahlah,sesungguhnya menikah itu memelihara mata,dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah,berpuasalah,karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ” (Hadist)
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (QS. Al Israa’ :32)


Cukup cintai ia dalam diam… bukan karena membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia…tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan… karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja kan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan… memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…

Maka cintailah ia dengan keikhlasan karena tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?
“ …boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat burukbagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216)
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yangdituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduhitu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (QS.An Nuur:26)


Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
karena tiada yang tahu rencana Tuhan…mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan…serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya… “Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)
0 orang komen

23 November 2009

teringat lagi.






lagu ni mengingatkan aku pada si dia. si dia yang aku sayang selama ni. tapi semuanya dah pun berakhir. kalau kau baca entri kali ni aku tujukan lagu ni khas untuk kau yang entah ada di mana. jauh dan semakin jauh. apa yang boleh aku cakap. aku redha dengan kehendakNya. semoga kau berbahagia lepas ni. amin
3 orang komen

13 November 2009

kosong.

aku 




sayang 




kau..


:(
4 orang komen

10 November 2009

hati ni..kenapa ya?

Bismillah, Anna Althafunnisa.. Akan kubuka cadarmu dengan cintaku Akan kusentuh suteramu dengan cintaku Akan kumuliakan mahkotamu dengan cintaku Dan kunikmati jamuanmu dengan cintaku Tak mungkin aku mengkhianatimu Karena aku cinta padamu-Abdullah Khairul Azzam ( Ketika Cinta Bertasbih)


aku tak tahu nak mula dari mana. aku betul-betul tertekan dengan diri aku sekarang. dan aku rasa bila aku meluahkan di sini ada sedikit kelegaan kat hati aku ni. aku ada sikit pertanyaan. pernah tak kau orang mencintai seseorang terlalu banyak sampaikan kau sanggup tunggu orang tu membalas cinta kau walaupun kau tahu cinta itu tak mungkin bersatu..? kau mencintai dia tanpa mengharapkan sedikit pun balasan darinya. dan kau memaksa diri kau bahagia atas segala kegembiraannya dengan orang lain walapun kau tahu kau sangat bersedih dengan keadaan itu. itulah aku. ya aku yang berada dalam keadaan tu sekarang. dan betul ke orang cakap bila perempuan berkawan dengan lelaki pasti akan wujud perasaan cinta bukannya persahabatan.. banyak betul persoalan dalam kepala otak aku ni bila berfikir soal hati dan perasaan. dan mari aku ceritakan perihal dia yang masih bertakhta di hati aku sekarang yang menjadikan aku begini. rasanya dah hampir lima bulan berlalu tapi aku masih teringatkan dia. masih sayangkan dia. ya dia yang jadikan hati aku keras
macam batu untuk tidak menerima atau membuka hati aku untuk mana-mana lelaki lain lagi buat masa sekarang.




dia hanyalah lelaki biasa. sangat biasa berbanding yang lain. nak kata hensem sangat pun tidak tak hensem pun tidak. rasanya sedang-sedang kot.. tapi dia berjaya curik hati aku ni walaupun hubungan kami tak menginjak sampai setahun pun. dia istimewa dalam hidup aku dan dulu dialah segala-galanya. dengan dia aku belajar hidup atas kaki aku sendiri. belajar hidup sendirian. aku bertuah jika nak dibandingkan dengan dia tapi tiada jodoh antara kami. kasih sayang yang aku pupuk selama ni mati di tengah jalan. tapi ketiadaan dia banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar. aku hidup dengan kenangan dia. kenangan yang terlalu banyak sampai aku tak terfikir nak melupakan dia walau seinci pun walaupun aku tahu dia bakal melupakan aku kelak. manusia berubah. deal with it. bila dia dah berkomitmen dengan perempuan lain masakan dia akan ingat pada aku yang pernah jadi kawan baiknya dulu kan? ya aku jatuh cinta pada sahabat karibku sendiri. kami bercinta atas dasar suka sama suka memandangkan aku sudah lama mengenalinya. cukup mengenalinya. 4tahun satu masa perkenalan yang sangat panjang untuk aku.




bukan mudah untuk aku terima semuanya sekelip mata. dan sejak berakhirnya hubungan kami, aku akui hubungan kami tak lagi macam dulu. segalanya berubah. sangat pahit dan sangat pedih bila orang yang terlalu rapat dengan kita dan once pernah jadi lovelife kita pergi meninggalkan kita seorang diri. seperti sebahagian dari hidup kita hilang. mungkin aku je yang terlalu emosi fikirkan hal ni tapi itulah hakikatnya dan itulah juga realitinya dan aku banyak dapat nasihat dari kawan-kawan untuk move on. haih. kalaulah sesenang mulut berbicara. yang menanggungnya hanyalah bahu ni. hati ni. kenapa susah sangat aku nak melupakan walhal aku tahu dia sudah mula membuka hatinya pada yang lain? tuhan.. apa hikmah yang tersirat yang mahu kau tunjukkan padaku? senang je orang cakap "kalau ada jodoh tak ke mana" tapi seserius manakah kelogikan untuk aku bersama dia semula. boleh kau bagitahu peratusannya atau kebarangkaliannya? soalnya hati sukar tuk dimengerti semuanya di luar kawalan diri.




dunia aku sangat indah dan ceria bersama dia. kami berkongsi segala suka duka bersama. macam belangkas. tapi semua tu hanyalah kenangan. kenangan yang mana mungkin dapat aku lupakan. kalaulah dia fahami apa yang tersirat sebenarnya dalam hati ni. aku derita dengan kebahagiaannya. kegembiraannya. bukan senang untuk berpura-pura gembira sedangkan akal, hati dan perasaan langsung tidak mengiyakannya. kaulah sahabat yang selalu ada bila aku ketawa bila aku menangis. mungkin ini adalah ketentuannya. yang terindah semuanya sementara. yang kekal hanyalah cinta padaNYA yang ESA. untuk kau yang aku sayang. kau ada tempat yang paling istimewa dalam hati aku. tempat yang aku simpan hanya untuk kau dan tak mungkin ada galang gantinya. even kau dah temui cinta baru kau aku masih lagi di sini menjadi sahabat yang sama yang tak kan pernah berubah. sekarang aku hanyalah seorang sahabat pada kau. tiada lagi ikatan istimewa antara kita. dan aku sangat bersyukur pada ALLAH. walaupun kita terpisah kita masih lagi berkawan baik. seperti selalu yang aku janjikan padamu; tak kan pernah pergi meninggalkanmu sendiri. aku sebenarnya tak suka untuk menulis soal hati dan perasaan di sini. sangat privasi untuk aku. tapi apakan daya aku hanya manusia biasa yang tak lari dari buat silap.




kalaulah kau tahu apa itu cinta pastinya kau turut bersedih macam aku.
tapi hati kau bukan untuk aku.
apatah lagi cinta.
moga tuhan selalu bersama aku.
6 orang komen

jangan nak cinta sangat ;p

cerita ni tak ada kena mengena langsung dengan korang yang berada diluar sana sama ada yang masih hidup atau pun sudah mati. ini adalah cerita aku. deal with it. cerita yang berdasarkan pengalaman aku sebagai seorang perempuan haha pfffftt %$#&^**(&$%@# !. tetiba dapat idea nak menulis kat blog ni pepagi buta. heh teruja !


semua orang pernah jatuh cinta kan. sama ada secara sedar atau tak semua orang sekurang-kurangnya mesti pernah terjatuh jugak cinta walaupun sekali. tak pernah? ok kau memang tipu. jatuh cinta disini bukanlah bermaksud jatuh cinta yang sangat dalam kepada sang lelaki tapi orang kata macam jatuh cinta pandang pertama la kot. tapi aku ada banyak pengalaman jatuh cinta pandang pertama which is tak adalah sampai tahap jatuh cinta gila-gila. haha. aku tak fikir ni perasaan cinta bila kali pertama aku tengok 'dia' aku dah suka sebab selalunya jatuh cinta pandang pertama ni sekejap je kot bagi aku lah. mungkin aku hanya suka tengok penampilannya, perwatakannya tapi bukan JATUH CINTA!! ia hanya suka. suka tak bermaksud cinta ok. ok cukuplah mukadimah untuk hari ni apa yang aku nak tulis kali ni pasal jenis-jenis lelaki yang sering mengecewakan perempuan macam aku. haha









1. yang ensem tapi haprak


kau memang ensem dan kacak hot stuff la kira. muka boleh tahan; lengkaplah dalam satu pakej mata sepet; hidung mancung; bibir merah bak delima haha kulit muka putih-suci-lagi-mulus + tak berjerawat. tapi yang tak bestnya perangai kau huh macam bangkai. kenyataan nya lelaki hot stuff begini memang suka berdampingan dengan perempuan cantik yang dahi licin je kot tapi bukan semualah ade sikit yang perangai macam ni. demand tinggi padahal harapkan muka je ensem tapi kosong. nothing!. cantik tu subjektif. ada perempuan yang kecantikannya dari luaran dan dalaman. jadi janganlah fikir lelaki ensem untuk perempuan cantik saja atau perempuan lawa untuk lelaki hot aje. itu kolot namanya. tak percaya? cuba kau tengok cerita tv3 si cantik & si buruk rupa tu haha.


2. yang kedekut, setiap kali keluar poket kering


aku lemah bila tang lelaki yang macam ni. nak keluar tapi tak berduit. kamon lah dah tau tak ada duit tak payah lah nak keluar bagai. lebih mengharukan bila kau keluar dengan gf kau dia pulak yang nak kena tanggung segala bagai kos keluar dengan kau. oh ni boleh kata kedekut ke atau ambil kesempatan? kalau sekali sekala tak apa tapi kalau berkali-kali kala macam mana? mentang-mentang perempuan tu sayang kau habis duit dikikis nya. lelaki macam ni boleh tolak tepi. next please. haha **sigh** .




3. yang benci perempuan bertudung


yang ni mesti aku pun akan terjejas sekali sebabnya aku kan bertudung. ada lelaki yang memilih untuk bersama atau berkawan dengan seseorang perempuan. well siapa yang tak nak yang terbaik kan? terbaik la sangat. lebih-lebih lagi isu perempuan bertudung yang buat hal lagi la buatkan mereka-mereka ni menjauh (bukan semua tapi segelintir je perempuan bertudung yang macam tuh!). bukan semua perempuan bertudung macam tu. konon jatuh standard la bila dia kacak berpasangan pulak dengan si bertudung..




4. yang gelojoh waktu makan


errk. malu beb.. pantang nampak makanan habis semua kau nak sapu. konon nak rasa semua jenis makanan yang ada dan tanpa memikirkan masa depan dengan rakusnya kau makan sampai tak nampak orang kat depan duk perhatikan kau. isk. aku tahu kebanyakkan lelaki tak cerewet sangat bab makan-makan ni. tapi kan jagalah sikit adab tu. mak aku selalu pesan. kalau dah kahwin nanti perut laki kita kena jaga. sebab lelaki ni suka makan masakan sang isteri. hahahaha ini dah bukan kira jaga ati bini ini memang pelahap la kalau semua habis kau nak makan!


ok cukuplah dengan 4 jenis lelaki yang betul-betul buat perempuan macam aku ni down. aku tak nak jadi isu pulak dekat sini. bukan apa pada aku setiap orang ada kelebihan dan ada kekurangannya. setiap orang tak sama dan tak sempurna jadi janganlah berharap tinggi dengan apa yang kita ada. perempuan dan lelaki saling melengkapi dan setiap orang adalah berpasangan tak kiralah kau hodoh die cantik ataupun die ensem kau selekeh. pada aku sama je kita semua di sisi tuhan. carilah kesempurnaan yang yang ada dalam diri masing-masing. bye
2 orang komen

15 August 2009

erti kehilangan...


Memang mudah untuk menghilangkan kepercayaan seseorang, tetapi untuk mewujudkan kepercayaan itu semula cukup susah. Kadang² kita terpaksa berdiam diri & adakalanya kita terpaksa menerima apa saja yang berlaku disebabkan kepercayaan yang pernah hilang itu. Tapi aku harus menerima kenyataan bahawa kepercayaan itu sebenarnya mudah rapuh. 


Jadi, jangan sesekali merapuhkan kepercayaan seseorang kerana tidak mudah untuk memaafkan dan melupakan. Aku pernah merasa kehilangan & hingga sekarang erti kehilangan & menyesal itu adalah sesuatu yang paling aku takut dalam hidup. Sesungguhnya, segala peristiwa yang pernah terjadi ada hikmah ; hikmah yang kekadang sukar untuk dimengerti. Namun aku tetap percaya bahawa segala yang terjadi adalah yang terbaik untuk aku. 1 hikmah yang membuatkan hidup ni lebih bermakna & membuatkan aku lebih menghargai & mencintai. 


Juga, membuatkan aku lebih berhati-hati dalam setiap langkah aku & membuat pilihan siapakah sebenarnya yang harus dipanggil kekasih. Mungkin menunggu seseorang yang benar² kita mahukan mengambil masa yang lama. Tetapi adalah lebih baik menunggu seseorang yang kita cintai, menunggu orang yang tepat kerana hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan pada pilihan yang salah. Walaupun menunggu memerlukan masa, keberanian, kesabaran tetapi menunggu itu akan menjanjikan kita satu perkara baik & indah yang tak dapat diduga pada masa akan datang.


notakaki : kita semua tak sempurna..
2 orang komen

17 June 2009

terlerai sudah..

selepas sekian lama tidak mengepost entri.
entri kali ini berbaur kesedihan..
entri yang bakal mengejutkan semua..
ikatan yang terbina selama ini..
terlerai sudah semuanya.
aku sudah kembali menyendiri.
dan akan terus sendiri..
tiada lagi cinta untuk aku..
mungkin..
tiada keserasian antara kami..
jangan ditanya punca perpisahan..
apa yang aku pinta..
berikan aku waktu untuk pulih..
pulih dari dugaan ini..
terima kasih ya allah..
atas dugaan yang maha hebat ini..
aku bersyukur..
saat aku jatuh..
KAU mengingatkan aku tentang kebesaranMU..
segala dugaan yang mendatang aku terima dengan hati yang terbuka.
aku redha ya allah atas perpisahan ini..
aku perlukan waktu..



aku mahu berehat panjang.
aku perlukan kekuatan.
aku perlukan ketenangan.
11 orang komen

16 June 2009

cinta itu..

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyeksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

cinta itu wujud dengan memberikan sesuatu bukan mengharapkan akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyeksa diri dengan menginginkan sesuatu….

Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…

Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..
5 orang komen

10 May 2009

genting :)

 
 
  
  
go kart
  
cool kan ??
  
kala kabus berlabuh..sejuk sangat
  
cable car yang best :)
ni bucuk saya, Ren

hai semua..
aku kembali lagi..
kali ni aku pergi ke genting dengan ren..
huhu best gilakkkkk :)
macam-macam perasaan waktu tu..
tak dapat nak digambarkan lah..
senyum je muka ni..
seronok sangat dapat spent time sama-sama..
walaupun jarang dapat jumpa..
gambar-gambar dekat atas ni..
gambar yang sempat aku tangkap waktu dekat sana..
banyak tempat yang best dan rugi kalau tak pergi..
rm47 je per person..
banyak game yang aku tak sempat main..
sebab nak kena beratur punya lah panjang..
aku kan malas..haha
jadi aku decide makan angin je..
jalan-jalan lah katakan..
jadi bagi sesiapa yang nak pergi..
bolehlah ke sana..
tapi jangan waktu weekend..
sebabnya orang ramai sangat..
kalau pergi bercuti berhari-hari tak apa..
tapi kalau pergi sehari saja..
baik pergi hari biasa dan orang tak ramai..
best..
dan aku mesti ke sana lagi :)
chaoowww
13 orang komen

28 March 2009

cinta itu menyakitkan..say no to love

tiada yang sempurna..

cinta itu sepi..

bila rasa cinta pernah bertakhta di puncak,dan kembali jatuh ke tanah,itulah dia kepayahan untuk bercinta semula..

walaupun si pencinta itu tiada,namun rasa itu tetap ada..

bukan soal sempurna,soal hati..

masa yang menentukan,bukan diri sendiri..

menunggu panggilan si berhak, si pemilik hati yang luka..

akan tiba masanya,rasa di hati berpaut semula..


p/s : takde mood..sekian
6 orang komen

19 March 2009

update cerita CR dan cinta pandang pertama

aku agak tersentuh dan turut bersedih dengan keadaan seorang followers aku yang kini ditempatkan di ICU atas sebab aku sendiri pun tak tahu apa penyakitnya..Costaricay atau kami memanggilnya dengan nama panggilan CR di alam blog ini..katanya sejak dari dulu lagi dah melekat nama CR yang dipanggil oleh rakan-rakannya..seorang abang yang baik..kata-katanya penuh dengan inspirasi..walaupun aku hanya ber'ym' sekali sekala dengannya..aku sangat kagum dengan cintanya..hanya mencintai seorang gadis yang tidak pernah mengasihinya..tetapi itulah cintanya..cuma berharap dan mencintai gadis itu sepenuh hati..segalanya untuk wanita itu..bertuahnya..CR..eira harap CR cepatla sedar dari komma..eira doakan CR cepat sembuh..siapa-siapa yang nak view blog dia boleh klik sini..ya Allah..semoga CR tak apa-apa..amin
--------------------------------------------------------

cinta pandang pertama?

tarikh: 17 march 2009..
masa: 12.30tengahari..
lokasi : dalam LRT Sentul Timur


waktu itu aku sedang dalam perjalanan hendak ke Masjid Jamek untuk bertemu dengan shafarin samat..LRT pada waktu itu berhenti di stesyen Pandan Jaya..aku sememangnya suka mengelamun dan berangan..aku suka melihat pemandangan luar LRT dan melihat kelibat orang ramai yang mahu menaiki tren yang sama denganku..dan disitulah aku bertemu dengannya..lelaki yang tak dikenali yang telah buat aku teruja..


memandangkan LRT tu penuh..aku ambil keputusan untuk berdiri di tiang yang berdekatan dengan pintu dan hanya bersandar di situ..manakala lelaki itu pula kirinya menghadap aku..aku mengadapnya..ahah dalam hati aku menganggap ini satu peluang yang tak patut aku lepaskan..heehee..orangnya...?


orangnya..?
orangnya....?
orangnya......?



sangat bersahaja..hanya mengenakan shirt berwarna hijau putih yang tertulis mengenai "life" tak silap..ber'jeans' lusuh,sneakers dan beg lotto dibawa bersamanya..tidak terlalu gelap dan terlalu cerah kulitnya..rambut yang sedikit messy dan dia kelihatan ensem dimata aku walaupun mungkin pada siapa-siapa yang melihatnya akan berkata 'alah..biasa je'..apa yang menarik tentangnya?..sikapnya yang nampak cool dan tidak nampak sombong serta sering tersenyum..raut wajahnya juga sangat manis..aduh..sumpah aku cair..cinta pandang pertama ke ni?haha..aku tak dapat melihat dengan jelas perkataan yang tertulis di bajunya kerana aku hanya memerhatikannya dari awal sehinggalah dia turun ke stesyan Hang Tuah..haha..owh berbunganya rasa hati..walaupun hanya dapat melihatnya sekejap sahaja..tapi cukuplah..walaupun aku tahu kebarangkalian untuk aku bertemu semula dengannya adalah mustahil..mungkin sebulan dua..mungkin bertahun lamanya atau tidak sama sekali ketemu lagi..


setelah sekian lama aku tidak mempunyai perasaan begini..hari itu ianya terjadi lagi..setelah hampir setahun aku sendiri..perasaan ini datang lagi..bila mengenangkan peristiwa cinta yang kecundang dulu..aku bosan untuk memikirkan hal cinta..cinta bukanlah segalanya bagi aku..cinta juga tak mungkin hadir dalam hidup aku buat masa sekarang..sebabnya..aku masih belum bersedia..cinta itu mematangkan aku..cinta itu ada indahnya dan kadang kala terlalu menyakitkan..


Ya Tuhanku,
Kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah…
Tapi kalau dia bukan jodohku,
jodohkanlah…
Dan jika dia tidak berjodoh denganku,
maka jadikanlah kami berjodoh..
Ya Tuhanku,
Kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia mendapatkan jodoh yang lain,
selain aku seorang…
Kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku,
jangan sampai dia mendapatkan jodoh yang lain,
biarinkan dia tidak berjodoh sama seperti aku…
Dan pada saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali…
Ya Tuhanku,
Kalau dia jodoh orang lain,
putuskanlah! Jodohkanlah dengan ku…
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biarkanlah orang itu bertemu jodoh dengan yang lain
dan kemudian jodohkan kembali dia dengan ku…
Ya Tuhanku,
kabulkanlah doa dan permohonan hambamu ini…
Amin…


 p/s : takut pulak bila baca doa ni..hehe
4 orang komen

16 March 2009

benci perasaan ni

oh hati..
kenapa ya bila kita terlalu menyayangi seseorang itu..
kita menjadi luar kawalan..
kita mahu melakukan segala-galanya untuknya..
tapi sebenarnya tindakan yang kita lakukan adalah yang paling teruk..
dan membebankan perasaan sendiri..
menjerat jiwa sendiri..
ya..
cinta itu buta..
dan telah membutakan aku..
aku sendiri tak boleh nak describe apa itu cinta..
pelik nya..
bagi aku cinta itu hanyalah mainan semata..
tiada yang kekal..
mungkin aku belum bersedia..
kalau aku ada kuasa yang luar biasa..
ingin aja aku memberitahumu..
perasaan aku saat ni..
bercampur baur..
sedih..
tertekan..
gembira..
apa sebenarnya yang aku mahukan dalam hidup ni..
aku pun tak pasti..
tersenyum..senyuman plastik untuk jiwa yang kosong :(
p/s : aku tak tahu kenapa dengan aku sekarang..macam orang yang hilang arah..apa aku nak buat?
8 orang komen

12 March 2009

aku tak tahu nak tulis tajuk apa..

aku tak tahu lah apa nak jawab untuk soalan-soalan macam ni..
especially yang melibatkan hati dan perasaan..
ahh..
ye aku single but not available..
menggelabah punya statement..
sila jangan percaya..
tak ada lah..
aku masih kepunyaan mak ayah..
haha..
senyum**
aku penat sket nak layan feeling-feeling ni..
boleh kata aku jenis yang bukan suka sangat jiwang-jiwang ni..
tapi apa boleh buat.
minggu ni semuanya aku terpaksa menadah telinga..
dengan member-member yg ada masalah cinta..
fuhh..
nak kata doktor cinta tu bukan laa..
tapi aku cuma musykil sketla..
ini hanya ditujukan untuk orang lelaki..
antara kemusykilannya :
  • kenapa suka sangat buat perempuan menangis?
aduh aku letih bila dapat kawan-kawan yang asal sikit nak nangis..cengeng tahu tak..cerita nya pulak nak lebar lebur je lebih..sebabnya si lelaki menengking atau pun menghamun si perempuan..pada aku lah..aku tak kan menangis dapat lelaki macam ni..aku lagi suka melawan balik..well memang jenis aku..kalau rasa tak betul aku akan lawan balik..hehehe..sebabnya belum jadi bini dah pandai nak tunjuk perangai sebenar..sebenarnyakan..adalah tak berbaloi menangis kerana seorang lelaki especially yang macam ni..rimas aku
  • kenapa suka pasang banyak
ni pernah terjadi kat aku jugak..aku tak fahamlah kadang-kadang kebarangkalian untuk dua-dua pihak tu mencurang tinggi..maksud aku lelaki dan perempuan lah..kadang dapat perempuan baik lelaki pulak buat hal..kadang dapat lelaki baik perempuan pulak buat hal..aku paling benci lelaki yang dah ada aweks tapi mata kepala masih nak menengok perempuan lain..kenapa ye?tak cukup ke?orang selalu cakap kalau takut bercinta baik menyingle..tapi kalau bercinta pun dah terang lagi bersuluh macam ni baiklah tak payah bercinta..

itu aja persoalan aku..
itu juga kemusykilan yang selalu aku dapat jawapan standard dari kaum lelaki..
bagi aku senang je..
kalau tak ada hati nak bercinta atau pun sekadar nak main-main baik la tak payah..
nanti menangis sana-sini..sakit hati..berdendam..
kalau tak suka cakap tak suka..
jangan jadi hipokrit..
jangan sakitkan hati orang lain..
cinta itu indah kalau kita pandai hargainya..
hargai orang yang sayangkan kita..
dari sayangkan orang yang kita suka..
sebab orang yang kita suka..
akan pergi kepada orang yang mereka sayang..
hargai mereka sebelum mereka pergi tinggalkan kita :)
p/s : letih tak habis lagi ni..arggghhh
8 orang komen

15 February 2009

Bila pangkat dan darjat jadi ukuran..


“Sanggup tak awak kahwin dengan saya kalau saya miskin?”

“Sanggup tak awak berkahwin dengan saya jika keluarga saya adalah keluarga yang berpecah belah?”

Sadis betulkan ayat dekat atas ni..tapi ini lah yang selalu mak ayah akan utarakan setiap kali anak perempuan/lelaki mereka akan kahwin bukan?mesti akan ada pertanyaan macam ni..budak mana?..keja apa?..mak ayah dia macam mana?adik beradik ramai ke?gaji besar ke?aduhaii..Ya dunia semakin maju segala-galanya makin canggih..sebab tu pangkat dan darjat di ambil kira..dan kita sebenarnya makin terlupa


Dalam islam sendiri menggalakan kita berkahwin dengan sekufu dengan kita..maksudnya disini yang sepadan dengan kita..tapi zaman sekarang kau orang rasa perlu ke semua ni?
Sepadan disini bermaksud yang sama taraf dan kelayakan seseorang itu sendiri..aku sendiri pun tak pasti sangat dalam hal ni..tapi bagi aku kalau dah suka tu tak salah asalkan jangan mendapat tentangan dari keluarga sudahlah..sebab restu kedua ibu bapa penting..


Mesti ada antara kau orang pernah merasa situasi cinta pangkat dan darjat ni kan..pada aku memanglah penting tapi pangkat dan darjat ni tak ke mana pun sebab akhirnya nanti tak bawak masuk kubur pun..dan selalulah beringat bukan selamanya kita senang..hidup ibarat roda bila-bila masa akan ditarik balik jadi kenapa nak pentingkan sangat pangkat dan darjat??


Tak semestinya dia lahir dalam keluarga yang berpecah belah perkahwinan dia pun akan terikut sama kan?aku kadang-kadang tak faham sikit dengan sikap orang tua kita..bukanlah nak kurang ajar atau membangkang tapi nampak sangat kekolotannya..adehh..Kalau mak ayah dia bekerja sebagai penoreh getah atau petani jadi kesalahan ke kalau berkahwin dengan anak mereka..mereka juga membesarkan anak mereka dengan rezeki yang halal jadi apa yang nak dimalukan..tah lah hidup ni memang banyak dugaan..bila fikir balik kita semua sama aja cumanya mungkin faktor mahu menjaga maruah dan nama keluarga menyebabkan situasi camni jadi..

Jadi apa pendapat kau orang tentang hal ni?
7 orang komen

05 February 2009

60 epilog cinta..menyedihkan

aku sediakan entri ini khas untuk kamu semua bersempena bulan yang ada sesetengah dari kamu yang menganggapnya sebagai bulan cinta tapi tidak bagi aku..cinta untuk aku buat masa ini sudah pun mati tapi tak mengapa entri ini khas untuk semua..aku sudah berjanji untuk memberikan yang terbaik pada entri akan datang..dan ini adalah sebahagian dari hasilan terbaikku..


1.jika ada dengan isyarat..
air masin boleh diminum..


2.jika ada tuah di badan..
kaca dipegang menjadi permata..


3.perahu buruk ditampal jala..
layar robek tak makan angin..


4.pisang sepokok tua setandan..
sayang masak selalu tak rata..


5.kalau mahu jinakkan kumbang..
taburkan bunga di tengah laman..


6.kalau dapat tukang yang baik..
tembaga menjadi emas sembilan..


7.berjalan yang sekali ini..
entahkan balik entahkan tidak..

8.kalau ada nasib yang baik..
diri terjatuh tidak terbuang..


9.apa malang orang membenci..
air mata kering di baju..


10.kalau budi dikenang orang..
mengapa dagang terbuang lalu..


11.bukan sengaja saya ke mari..
dihantar ombak di tiup angin..


12.dakwat bercampur air mata..
ubat rindu penawar dendam..

13.pada orang tembaga buruk..
pada kami intan dikarang..


14.nasi tak makan, air tak minum..
di mana duduk di situ termenung..


15.pasang jerat burung tak kena..
burung terbang atas kayangan..


16.apalah besar maksud tuan..
katalah deras saya nak tahu..


17.sebanyak bintang harapan kumbang..
sayang si bunga dilingkar naga..


18.hati kasih berasa punah..
bagai air dicucur ke laut..


19.hendak dibawa perahuku sempit..
tinggallah adik tinggal junjungan..


20.hendak diambil haram tak dapat..
bagai bayang dalam cermin..


21.jika bercerai baiklah mati..
tidak kuasa menanggung hiba..


22.jika tidur pandanglah bulan..
dalam bulan kita bertemu..


23.karam dilaut ditimba..
karam dihati bilakah sudah..


24.kalau tidak bagai yang lama..
biarlah bujang sampai ke mati..


25.penatlah saya menahan hati..
dalam jiwa terkenang jua..


26.masih berdendam kasih sayang..
jangan dicampur dengan kenangan..


27.putus benang boleh disambung..
putus hati buruk akibatnya..


28.apa badi menimpa diri..
bunga kugenggam menjadi duri..


29.jika pandai membawa diri..
tabur batu tidak tenggelam..


30.tidak mengharap cahaya bulan..
bulan tidak cerah selalu..


31.ada beras taruhan padi..
ada niat taruhan hati..


32.hujan lebat mandi tak basah..
embun menitik karam jiwa..


33.ikan melompat di mercu gunung..
siapa mengeram di tengah laut..
 

34.bulan sakti mentari demam..
ke manalah bintang minta penawar..


35.bukan hati minta dibelah..
kalau terhempas tentulah redam..


36.biar condong jangan rebah..
tinggi sedikit dapat menumpang..


37.bertuah benang kelim tak putus..
celaka jarum lepas di tangan..


38.adakah matahari terbit malam..
adakah siang bulan purnama..


39.ada masa ada ketika..
ular lidi menelan naga..


40.bagaimana kapal hendak lalu..
kalau kuala diselaputi karang..


41.cari-cari mualim yang faham..
disitulah banyak kapal tenggelam..


42.cantik cindai kain sutera..
mengapa duduk di pajak gadai..


43.bunga melur cempaka biru..
kumbang sakti di mulut naga..


44.dimana guru tuan belajar..
pandai terjemah isyarat hati..


45.terkenang untung dengan bahagian..
jatuh berderai si air mata..


46.mana yang cepat dialah dulu..
yang kemudian putihla mata..


47.rindunya hati memandang sanggul..
sanggul kecil berisi bunga..


48.rupa paras saya tak gila..
kerana budi hati hancur..


49.hati risau dibawa bergelak..
bagai panas kandung hujan..


50.hati ingin cepat ke pulau..
biduk ada pengayuh hilang..


51.lautan kering pulau menangis..
ikan di pantai menghempas diri..


52.dalam hati gelisah rasa..
bimbang budi bertukar diri..


53.mata abang tak boleh tidur..
tidur minta adik yang pangku..


54.jiwa melarat jangan diturut..
jangan cuba menongkah takdir..


55.hati cinta banyak halangan..
ingatan kekal kenangan lama..


56.adik bagai si bidadari..
abang cuma menumpang sayang..


57.tidak sekali berubah kata..
racun penawar adik seorang..


58.abang bagai si burung balam..
mata lepas jiwa terkurung..


59.tiga purnama abang tak datang..
sirih dihantar dilayang angin..


60.rambut kusut tidak tersisir..
rindu dendam padamu tuan..


maksudnya cukup tersirat dan aku memahaminya kerana pernah mengalaminya sendiri..mengajar pahit manis orang bercinta..ada sesiapa lagi yang faham??kalau kamu boleh fahami maksudnya kamu adalah orang yang tabah dalam bercinta..nantikan entri aku yang berkait tentang jenis-jenis lelaki yang dibenci dalam hidup aku..tamat
7 orang komen

EXCHANGE LINKS