Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

21 January 2011

header epalgreen yang baru

hai semua . sihat ? aku tak berapa sihat dah ni memandangkan dah sakit-sakit tekak dengan rasa nak kena selesema . kemungkinan besar kena demam ni . aku ni kalau dah demam lambat sikit nak baik . nampak sangat antibodi badan ni lemah , lemau semacam huhu T_____T . ok lah hari ni nak cerita pasal header yang baru siap . panas lagi header ni tau . kuikuikui . terima kasih bro faizal && sis fashitah sebab buatkan aku header ni . ye aku memang mengakulah aku tak pandai sangat lagi pakai photoshop bagai , jadi aku tempah je dekat bro ni . yang bestnya kan dia ikut spesifikasi header yang kita nak dan harga pun ok RM10 saje . kalau nak tempah bolehlah ke blog bro ni dan berurusan dengan dia . picit-picit  sini ok :) .


best berurusan dengan bro ni sebab dia sangat faham situasi aku yang tak ada internet dekat hostel ni . susah jugak aku nak berurusan dengan dia sebab kebanyakan masa aku di hostel yang wifi nye bukan aku seorang je yang nak guna . tapi bro ni ok je walaupun aku lambat sikit bayar dan lambat bagi berita . maaf sangat-sangat , tak sengaja . bukan sebab apa , aku memang tak dapat nak baca langsung email dekat hostel ni . memang terbaik ah uni aku ni . T___T . kalau bro faizal baca ni , eira nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab memahami situasi eira dan buat header cool , domo ni untuk eira . eira nak cakap yang eira double , triple happy tengok header baru ni . sesuai dengan mood eira yang suka tengok benda-benda comel dan ceria macam ni . oklah dekat bawah ni antara hasil kreativiti bro ni dalam hasilkan header jadi korang boleh nilai sendiri macam mana , seriously semua lawa-lawa .





special credit to terbiut.blogspot.com


waktu mula-mula nak tempah tu aku banyak kali jugaklah fikir menatang apa aku nak letak , sampailah aku cakap dekat bro faizal , mintak dia design je ikut suka hati dia . dan aku paling tak sangka dia akan buat domo sebab tak terfikir langsung pun pasal domo waktu tu . terima kasih sekali lagi bro :) ni lah dia header aku yang baru . yang aku dah siap tempek dah pun dekat atas nun . amacam ok tak ? hehe korang tak suka korang punya pasal janji owner blog ni suka . ahahaha ( gelak kaya ) .


lepas ni harap-harap badan aku cepatlah sihat . aku lemah sikit kalau badan asik lemau je . entah-entah ni kes berjangkit dengan anak buah aku si damia . tapi tak jugak kot , sebab aku pun banyak hari dah kena hujan untuk minggu ni . salah aku jugaklah sebab malas makan ubat jugak huhuhu :DD . doakan aku sihat-sihat aja ok . sampai sini dulu , tata nanti update lagi
1 orang komen

04 January 2011

hidup kita dikelilingi mesin . betul jugak

mesin ialah alat atau perkakas yg meng­gunakan kuasa, seperti elektrik dan enjin, utk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat . tipulah kalau tak hidup dengan mesin sebabnya tu haa yang asyik bawak setiap hari tu , handphone kan mesin jugak . mesin untuk berkomunikasi . sebenarnya sekeliling kita memang penuh mesin je . tak percaya? teruskan membaca . ni antara mesin-mesin keperluan yang wajib ada dalam setiap rumah . dengan adanya mesin-mesin ni aku rasa kita sekarang ada MALAS sikit . dan apa yang pasti banyak jugak kelebihan dan kekurangan yang terhasil dari mesin-mesin ni.
1. televisyen
tak dinafikan lah benda ni wajib ada . paling kurang pun sebiji . tapi ada jugak rumah yang ada 2-3 biji sebab banyak bilik lah katakan huahua . televisyen sekarang dah macam-macam jenis dan mampu milik . televisyen a.k.a tv ni sebenarnya banyak juga faedahnya . satu cara kita nak tahu maklumat , berita , cuaca secara cepat dan pantas semuanya melalui televisyen . banyak cerita-cerita menarik kita boleh tonton macam dekat astro , tv3 dan macam-macam jenis siaran lagi .
2. komputer riba / PC
yang ni pun mesin mampu milik . fungsinya sama aja dengan tv tapi ni lagi advance lah sebab boleh berchatting , kenal-kenalan , blogging , messenger dan macam-macam lagi . dunia dah maju sekarang ni orang yang duduk di pedalaman pun dibekalkan dengan komputer . macam-macam jenis laptop atau PC yang dijual dari harga paling murah hinggalah yang ke paling mahal . yang ni ada banyak keburukannya . bila teknologi makin canggih semua benda kita dapat download . sekadar di hujung jari orang kata . macam-macam perkara yang berlaku disebabkan penyalahgunaan internet dan komputer zaman sekarang . video-video panas , gambar-gambar seksi boleh dapat dengan senangya . tak hairanlah sekarang macam-macam kes dah ada dekat Malaysia ni . budak belasan tahun pun dah pandai nak tunjuk aksi atau lagak kurang sopan . banyak yang dah terpengaruh dengan budaya Barat . sekarang nak salahkan siapa?
3. kereta
kereta memang keperluan . bagi yang kerja tempat jauh-jauh dan tempat tu tak ada kemudahan awam macam bas, LRT , teksi , Monorail , Putra kereta adalah yang paling sesuai sekali digunakan . kalau ada motor pun dah kira ok , tapi motor kalau hari dah gelap nak hujan dah tak boleh nak bergerak ke mana-mana , terbataslah kira . tapi kalau ada kereta hujan pun kita boleh redah lagi . kereta ni pun banyak guna nya . untuk hal-hal kecemasan macam sakit pening , perjalanan jauh , dan macam-macam lagi . tapi nak buat macam mana minyak dah naik . huhu tengah memikir bila lah masa yang sesuai untuk aku pakai kereta? haha berangan :DD
4. mesin basuh
ni memang keperluan . kalau tak ada ni mau mencanak jugak nak basuh baju-baju yang menimbun setiap hari . dapat pulak keluarga adik-beradik ramai . selalunya kerja-kerja membasuh ni memang orang perempuan je yang buat . yela kan dah nama pun perempuan semua kerja mengemas nak kena buat . tapi kalau orang dulu-dulu dia orang biasa basuh baju dekat tepi-tepi sungai je . takde hal pun walaupun beranak ramai haha . sebab tu dia orang sihat dan tak berpenyakit . tak macam zaman sekarang tekan je semua siap!
5. kipas / aircond a.k.a penyaman udara
yang ni memang syok habis . dapat pulak rumah pasang penyaman udara . sejuk je sepanjang hari . bila tengok bulan-bulan bil elektrik hameek kau! beratus-ratus ke riban . sebenarnya elok lagi pakai kipas ada sikit rasa haba-haba sekeliling . ni pendapat aku jelah . lagipun penyaman udara ni cepat makan letrik orang kata . penyaman udara pun banyak yang dah murah-murah dekat pasaran . cuma nak beli ke tak je . cuba bayangkan kita dah makan makan berlemak-lemak macam makan McDonalds , KFC , Burger King , Subway , etc . dapat pulak kita tak bersenam . tidur pulak hari-hari dalam penyaman udara yang best tu memang mengundang kegemokkan jela kan . sihat ke tak agak-agak? sendiri fikir :DD

cukuplah 5 je dulu . banyak lagi sebenarnya mesin-mesin yang ada dekat rumah tu . macam blender , microwave , shower dan macam-macam lagi . dunia dah maju dan canggih cakap je nak apa semuanya ada . ada duit jalan . tak ada duit duduk diam-diam haha :DD . sekarang ni kita cuma perlu berhemah lah kalau nak guna pun . fikir-fikirkan apa yang baik dan ikut , yang jahat dan buruk-buruk tinggalkan . sekarang ni semua harga barang nak naik . penggunaan pun banyak nak kena kawal . contoh macam minyak sebab minyak pun dah makin kurang sekarang . takut jugak bila dengar .



p/s : terima kasih sebab baca entri ni :)
0 orang komen

25 December 2010

Dekat Malaysia ni makin banyak pulak filem hantu . takut kot

hai . pertamanya nak mintak maaflah jangan ada siapa-siapa yang kurang berpuas hati dengan entri aku kali ni . kang tak memasal blog ni kena banned ke pulak kan . hari ni aku nak suarakan pendapat aku sikitlah . aku tengok sejak dua menjak ni pengarah-pengarah filem dekat Malaysia ni semua macam syok je nak buat cerita hantu . tengok dekat televisyen sekarang ni je , ada 2-3 iklan filem berunsur seram / senang cerita filem hantu yang bakal ditayangkan di pawagam-pawagam berdekatan . iklan pertama yang aku nampak pagi ni filem janin , lepas tu filem khurafat , dan ada satu lagi tu cerita si amy mastura berlakon tu pendamping malam ke ape tah tajuk dia . cuma aku nak tanya , korang selesa ke di tayangkan benda-benda macam ni ? ok lah aku bukan nak kata aku berani sangat , bukan jugak nak kata aku takut sangat , aku rasa aku di tengah-tengah je . yang benarnya aku kan tak berapa suka filem-filem macam ni ditayangkan . nak tahu tak kenapa? sebab pertamanya kan bagi akulah cerita-cerita macam ni lebih banyak mendatangkan unsur negatif dari positifnya . yang negatifnya lah kan kita sebut yang tak best dululah baru yang best-best nye le . bukan apa lepas ni lagi banyaklah orang akan percaya pada bomoh-bomoh dan pak pawang .

biasalah kalau dah nama pun orang Melayu perasaan PHD tu mesti ada . aku cakap ni sebab aku memang mengaku aku orang Melayu dan aku membesar dengan orang sekeliling aku yang penuh perasaaan  hasad dengki ni . tapi bukan semua orang Melayu macam tu , hanya segelintir saja dan sebab segelintir ni lah aku rasa , kita belum betul-betul merdeka lagi dari segi pemikiran . come on lah , kenapa? tak boleh ke nak tengok bangsa sendiri maju sikit , mulalah ada je yang bermain-main dalam fikiran . aku ingatkan zaman dah moden tak ada lah lagi unsur-unsur kepercayaan nenek moyang ni digunakan tapi tanggapan aku salah . makin banyak pulak yang mengamalkan ajaran-ajaran sesat yang dilaknat Allah . contoh macam santau , pukau , dan paling menakutkan aku ialah SAKA . ok saka ni bukan benda untuk di main-main dan pada aku ini bukanlah percayaan karut . aku bukan nak percaya 100% benda-benda macam ni tapi aku tahu Allah ada mencipta makhluk-makhluk lain selain manusia seperti jin dan syaitan . pada aku lah , ianya tak wajar ditayangkan . sebab akan menggalakkan lagi orang percaya pada benda-benda yang tak ada / nampak depan mata . Persoalannya adakah kisah-kisah yang dipaparkan ini betul serta tidak menyalahi pegangan akidah kita sebagai umat Islam? Apakah kesan-kesan yang mungkin akan dialami oleh masyarakat kita jika terlalu banyak dihidangkan dengan cerita-cerita sebegini? Bahkkan ada juga pendapat yang cuba untuk menafikan kebenaran cerita-cerita tersebut dengan mengatakan "saya tak percaya dengan benda-benda ni semua, semuanya tak wujud, karut dan bertentangan dengan Islam". Adakah pendapat sedemikian benar? Adakah makhluk halus ini tidak wujud dan karut? Adakah perbuatan sihir itu tahyul?cuba kita renungkan apa yang dirungkaikan dalam sebuah laman web tempatan ini . credit kepada mohdnazritakuan

Sebenarnya kewujudan makhluk halus adalah suatu hakikat atau realiti yang wajib diyakini oleh umat Islam. Kewujudan mahkluk halus seperti iblis, syaitan dan jin adalah benar. Sebab itulah kita digalakkan membaca "A'uuzubillaahiminassyaitoonirrojiim" yang bermaksud "Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam'. Nah, bukankah ini satu dalil yang jelas menunjukkan bahawa makhluk yang kita tidak nampak itu iaitu syaitan memang wujud. Begitu juga kewujudan makhluk lain yang turut dinyatakan dalam Al-Quran seperti iblis, jin dan ifrit. Firman Allah S.W.T. dalam surah Az-Zariyat ayat 56-57 yang bermaksud:

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadah (menyembah) kepadaKu. Aku tidak meminta daripada mereka rezeki dan Aku tidak perlukan mereka memberi makan kepadaKu"
dan firmannya lagi dalam surah Al-A'raf ayat 176 (bermaksud):

"Dan sesungguhnya Kami telah sediakan bagi neraka jahanam itu seberapa banyak daripada golongan jin dan manusia. Mereka ada hati tetapi mereka tidak mahu berfikir dengannya. Mereka mempunyai mata tetapi mereka tidak mahu memerhatikan dengannya. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka semua seperti binatang-binatang ternakan, bahkan mereka itu lebih sesat, mereka itulah orang-orang yang lalai"

Sebenarnya ada banyak lagi dalil-dalil yang menyatakan tentang kewujudan makhluk-makhluk lain yang hidup bersama manusia dan mereka tidak dapat dilihat. Makhluk halus yang paling hampir dengan manusia dan mempunyai tanggungjawab (hukum taklif) yang sama dengan manusia adalah jin, sebagaimana yang telah dinyatakan dalam surah Az-Zariyat ayat 56 tadi.

Mereka juga hidup di dunia ini tetapi dalam alam yang berlainan iaitu alam yang tidak kelihatan. Apabila sesuatu makhluk itu hidup di dunia ini maka semuanya tertakluk kepada undang-undang alam atau fitrah alam. Fitrah alam adalah satu peraturan yang menyatakan bahawa terjadinya sesuatu perkara itu adalah disebabkan oleh sesuatu perkara yang lain. Contohnya sesuatu benda itu boleh dipotong menggunakan pisau atau parang, api adalah sebab sesuatu benda itu terbakar. Oleh yang demikian manusia dan jin juga tertakluk pada peraturan ini. Ada sesuatu perkara yang jika dilakukan oleh jin boleh memberi sesuatu kesan kepada manusia dan demikian juga sebaliknya terdapat sesuatu perkara yang jika dilakukan oleh manusia boleh memberi kesan kepada jin.

Sebab itulah jin boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti dalam amalan sihir. Ia adalah fitrah alam. Sesuatu fitrah alam itu tidak berlaku hanya dengan keizinan Allah. sebab tu 
kita hendaklah berpendirian bahawa makhluk-makhluk halus ini boleh memberi kesan negatif kepada manusia mengikut fitrah alam atau dengan keizinan Allah S.W.T. Ahli-ahli sihir atau bomoh atau dukun-dukun syirik boleh mendatangkan kecelakaan kepada kita setelah mendapat keizinan Allah.

cuma bagi aku , yang bagusnya cerita-cerita atau filem tersebut banyak pengajaran yang kita dapat ambil . yang baik kita ikut yang jahat kita tinggalkan.

p/s : maaf entri ada sikit panjang lahhh :DD
4 orang komen

28 December 2009

hargai semasa ada

sejak dua menjak ni aku kurang nak bergiat aktif dengan blog ni. kesian dia dapat tuan macam aku ni. sebenarnya ada je idea nak menulis tapi rasa sangat malas nak tekan keyboard komputer ni. macam mana lah nak atasi masalah M ni haa? . dulu aku suka sangat buat karangan. tak hairanlah subjek Bahasa Malaysia aku dapat A1 dalam SPM. tapi kenapa sekarang teruk sangat perangai. nak tulis blog pun malas. sila marah diri sendiri. tsk. tak paham kenapa malas sangat. sekarang ni gila main game dekat facebook. yela lepas ni mana dapat dah nak main-main game macam selalu. dah nak masuk hutanlah katakan.  amboi banyaklah kau punya alasan eira!


hah dah banyak sangat intro tu. hehe. aku sebenarnya nak cerita pasal kawan. kenapa nak cerita pasal kawan? sebabnya entri kali ni kira sesi mengenang semula kawan-kawan lama la jugak. nak cerita sikit je kalau cerita banyak-banyak kang empat-hari-empat-malam-pun-tak-habis. tsk. dari zaman aku sekolah lagi sebenarnya aku jenis yang suka berkawan. tapi aku dulu cukup pendiam + aku sangat memilih kalau nak berteman = nerd-lah-jugak. sebab tu aku tak ramai kawan lebih-lebih kawan lelaki. mungkin sebab dari tadika sampai sekolah rendah aku sekolah perempuan je semua. tu pasal la aku tak berapa reti nak berkawan dengan budak laki. bukan culture shock ke ape. tapi lebih senang dengan kawan perempuan. cuma sejak dah menginjak dewasa ni aku lebih ramai kawan lelaki berbanding kawan perempuan lah. biasalah kan. lelaki banyak kawan perempuan. perempuan banyak kawan lelaki. hehehe


tapi kawan lelaki dengan kawan perempuan banyak bezanya. kawan perempuan aku boleh kongsi semua gossip-gossip pasal orang perempuan sama-sama. tapi aku lebih suka luahkan perasaan atau ketidakpuasan hati tentang sesuatu dekat kawan lelaki sebab mereka lebih memahami dan banyak bagi nasihat berdasarkan pengalaman dia orang sendiri yang kadang-kadang banyak membantu aku untuk berfikir lebih logik && rasional. nasiblah aku ada abang lelaki. tempat untuk aku luahkan masalah bila perlu sebab aku memang jenis yang tak suka nak cerita benda yang tak penting walaupun dia darah daging aku sendiri. hari ni aku masih lagi di sini sebab kawan-kawanlah. kawan tetap kawan. dan yang paling best bila dapat kawan yang selalu ada waktu aku susah senang. kawan-kawan yang aku maksudkan ni ialah anis..syara..bella..fizah..roy..


siapa dia orang ni? dia orang ni semua kawan terbaikkkkkkk pernah aku ada dalam dunia ni. dah dekat 7tahun rasanya aku berkawan dengan dia orang. sejak dari tingkatan 3 lagi. semuanya secara tak sengaja. dan kami masih lagi berhubung sampai hari ni. walaupun masing-masing dah sibuk dengan kelas, kuliah tapi bila ada kesempatan dan hari raya mesti kita orang akan berkumpul dan serbu rumah kawan-kawan yang terdekat. rindu sangat waktu-waktu tu. bila berjumpa mesti cerita pasal zaman sekolah dulu. dan hari ni semuanya dah besar panjang. semua dah ada haluan masing-masing. semua dah banyak komitmen. dan kami jarang lagi dapat bertemu. setahun boleh kira berapa kali je jumpa. so sad. kalaulah boleh balik ke zaman dulu kan best. kadang-kadang rasa sedih. tapi ni lah hidup.




p/s : aku rindu korang.. :((

0 orang komen

25 December 2009

tahun baru.azam baru.

sila abaikan tajuk diatas.tak ada kena mengena langsung dengan entri. ho-ho-ho merry krismas. selamat hari natal bagi kawan-kawan aku yang menganut agama kristian especially kepada micky, kelvin, lean, chuan, & ramai lagi yang sudah selamat di wish di facebook. haha nak mention jugak dekat sini. ok habis dengan ucapan merry krismas kita teruskan dengan topik blog aku hari ni. kegembiraanku. kesedihanku. eceheceh!!


sebenarnya bukan apa sangat pun. cuma aku sangat happy. akhirnya dapat jugak aku sambung semula study aku yang tergendala tahun lepas. atas sebab tertentu aku terpaksa tangguhkan pengajian dan aku punya alasan yang kukuh untuk tak sambung belajar tahun ni. tapi biarlah aku dan keluarga je yang tau. aku akan menyambung semula degree aku yang tak lepas tu pada tahun 2010 di Universiti Kuala Lumpur, British Malaysian Institute di Gombak. tahun pertama. sem pertama. masuk hostel kau. hambikkk aku tak pernah duduk hostel apatah lagi duduk jauh dari keluarga. haha pengalaman baru. tempat baru. kawan baru. aku tak dapat nak bayangkan sangat macam mana keadaan aku nanti sebab dulu aku hanya belajar di kolej tapi sekarang di universiti. satu perkara baru. macam mana lah agaknya social life dekat sana, lecturer & friends, environments mesti aku kena cepat sesuaikan diri dekat sana kan. **sigh** . sebenarnya ini merupakan wishlist aku jugak untuk tahun 2010.


tapi dalam pada happy aku ade rasa sedih jugak sebenarnya. ape yang aku sedihkan bukanlah apa, aku akan lagi jauh dari keluarga. macam yang kau orang tahu mak ayah dah pun pindah ke Penang. masa untuk berjumpa mesti lagi terbatas. mesti aku akan busy dengan kuliah, ASS-ignment dan macam-macam lagi kalau dah masuk sana. biasalah dah kata pun tahun pertama kan. dalam masa yang sama aku akan berjauhan jugak dengan abang aku merangkap kawan baik aku dalam rumah ni. segala macam benda aku kongsikan dengan dia. mesti dia rasa sunyi sebab dah lah duduk terpisah dengan bini sendiri. isteri di Putrajaya dia pula di Kampung Pandan. mesti kau orang kata "alah bukanlah jauh sangat dalam KL jugak " kan? hehe tapi dapat tak kau rasa sikit sedih bila jauh dengan orang yang kau sayang? haaa macam tulah perasaan aku. kesempatan untuk berjumpa hanya pada hari minggu. so sad wahai abang. aku pulak di Gombak. yela macam yang sedia maklum aku tinggal berdua je di rumah ni dengan abang aku. makan minum && hal-hal dirumah banyak yang aku uruskan sikit sebanyak mesti terasa jugak. tapi nak buat macam mana. macam kau cakap jugaklah. ni lah lumrah hidup. akhirnya nanti kita semua akan tinggal seorang diri jugak kan. haha.


banyak yang aku fikir. aku nak mulakan hidup baru. nak tinggalkan segala kenangan pahit && masam yang selama ni selalu menghantui hidup aku. tak nak lagi hidup dengan kenangan. nak terus pandang ke depan. bukan bermaksud nak lupakan terus kenangan-kenangan tu tapi kenangan tetap akan jadi kenangan. tak kan dapat diubah lagi melainkan dapat patah balik ke zaman lalu. haha. aku harap sangat dengan aku pergi belajar ni sikit sebanyak dapat membantu aku lupakan apa yang patut.


p/s: aku masuk sana 3hb januari ni. doakan aku ye 






1 orang komen

01 December 2009

dugaannya..

sebenarnya aku terpanggil untuk tulis entri ni waktu pagi buta macam ni sebab aku agak 'menensi' dan 'mengemo' dengan orang sekeliling aku sekarang. aku baru habis mengemas rumah untuk kenduri ni. letih tersangat-sangat.betul orang kata bila kita buat kerja kahwin buat pun orang akan mengata tak buat pun orang akan mengata. isk kenapa mesti ada PHD = perasaan hasad dengki?? tak boleh nak tengok orang lebih sikit mulalah nak tarik muka. mengumpat sana sini. ni realiti kejiranan aku. semuanya nak jaga tepi kain orang tepi kain sendiri tak heran sangat pun janji dapat buat ketupat.lemas lah kalau macam ni selalu :(


semua ni gara-gara nak kenduri ni la. ade je yang tak puas ati. ade je yang nak komen. pada aku lah buat simple-simple pun cukup sebab majlis di rumah aku adalah bagi pihak lelaki bukan PEREMPUAN! jangan nak over sangat boleh tak makcik-makcik..? ye aku tau kau orang sangat care untuk jadikan majlis ni lancar. tapi boleh tak biar kita orang settle kan sendiri. bila dah campur aduk aku pun naik pening. hati orang nak kena jaga hati sendiri ada orang kisah. angin je. kalau semua pendapat atau cadangan orang nak diambil kira dah tentulah lari bajet. kalau boleh memang nak cut cost. kenduri kahwin kot. banyak perbelanjaannya. kos sebelum dan selepas majlis perkahwinan mesti nak kira. kalau makcik-makcik nak sponsor tak apelah jugak kan. ni setakat cakap dengan air liur dapat pun pakai air liur lah jawabnya. hilang betul sabar aku hari ni. tebal ngan panas je muke ni bile kena sound sana-sini. please lah ayah aku pun tak bising la weh!lain yang aku harap lain yang jadi.


aku sebenarnya tak suka berada dalam situasi macam ni. tak selesa langsung. mood nak pergi bertandang ke rumah pengantin perempuan pun dah tak ada. hancur. aku penat. penat sangat. lagi berapa hari je nak berlangsung majlis di KL. harap jangan demam je ni. sebab dah banyak kali aku berhujan minggu ni. erggggghhh dugaan betul. kalau boleh mestilah nak happy tak nak macam ni je. banyak yang dah jadi dalam rumah ni. tuhan ajelah yang tau. aku harap semuanya berjalan dengan lancar. harap sangat.
1 orang komen

17 November 2009

rawr.rawr





rawr?
apa itu rawr ye? sebenarnya entri kali ni saja je nak buat hilang boring. hehe. ok lah rawr means i love you in dinosaur. hehe yang kelakarnya dinosaur pun pandai cakap i love you ke? hehe. sangat kelakar tapi sangat sweet jugak lah kan. cube kau bayangkan dinosaur jantan yang gila panjang dan besar dengan warna ala-ala hijau ataupun cokelat boleh berkata-kata i love you dekat seekor dinosaur betina yang pakai hairband ala-ala vintage colour pink. fuuh romantik kan. haha.  benda ni dah lama aku tau. saja nak bikin hottt je dekat sini. pffft!




rasanya dah susahlah nak dengar aku ungkapkan kata-kata ni lagi lepas ni. fuuuuh tempoh bertenang. tempoh bertenang. cakap dengan diri sendiri haha. sila jangan gelojoh dan desperate untuk bercinta. biar lambat asalkan berbaloi-baloi. ceh! tiru iklan celcom jap haha. boleh tak lepas ni aku nak seorang lelaki yang lebih baik?? aku mintak sangat yang bakal hadir dalam hidup aku ni nanti yang lebih baik. insyallah. macam mak selalu kata orang baik akan dapat pasangan yang baik macam tu jugaklah sebaliknya. aku rasa seronok bila dapat luangkan masa untuk diri sendiri. aku dah penat jaga hati orang. dah penat menangis and so on. so live life to the fullest :). dunia belum berakhir..bila kau putuskan aku.. masih banyak teman-temanku disini menemaniku. sekadar memetik lirik lagu shaden-dunia belum berakhir.




aku mahu happy. happy macam orang lain. mau rasa bebas dan terbang tinggi macam burung terbang di udara.
5 orang komen

09 November 2009

10 hadiah utama yang sering dilupai untuk orang tersayang

entri ni aku ambil di tentangcinta..sebab aku rasa sweet sangat untuk pasangan-pasangan yang tengah bercintan-cintun tu..ehem aku? aku rasa masa aku untuk bercintan-cintun belum tiba lagi..haha
marilah kita checklist ape yang ade dekat bawah :


1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada si dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
2 orang komen

04 September 2009

awak..

awak..
maafkan saya kalau..
saya tak pernah menelefon..
tak pernah bertanya khabar lagi padamu..
kerana pada saat ini saya benar-benar mahu sendiri..


awak..
maafkan saya kalau..
saya mula menjauhkan diri..
saya mula mahu melupakan..
sesungguhnya itu bukan kemahuan saya..
saya cuma mahu ruang untuk diri sendiri..


awak..
maafkan saya kalau..
selama ini awaklah tempat saya ketawa..
tempat saya menangis
tempat saya mengadu..
tapi kini tidak lagi..
hanya wujud jurang antara kita..


awak..
jika awak baca rintihan ni..
saya harap saya dapat melupakan..
setiap kenangan dengan awak..
supaya..
awak juga dapat melupakan saya dengan amannya...
dan menerima semua takdir yang kuasa dengan redha..







awak..
selamat berbahagia..



4 orang komen

27 August 2009

ramadhan datang lagi :)

tahun ni rasanya tak ada banyak perubahan..
masih dalam keadaan yang sama..
rumah yang sama..
suasana yang sama cuma bezanya tahun ni tiada apa yang istimewa bagi aku..
apa sebabnya pun aku tak tahu..
mungkin sebab suasana untuk beraya makin berkurang semenjak menginjak dewasa ni..
ramadhan bulan yang paling indah sekali..
bulan untuk beribadah, bulan untuk mendekatkan diri pada tuhan..
tapi ramadhan tahun ni aku rasa sayu sangat..
entah semacam sangat perasaan ni..
hati ni tuhan saja yang tahu..
ish pergilah jauh-jauh perasaan macam ni.
tak ada mood la this week nak menulis :(
end.
1 orang komen

11 August 2009

kalaulah aku punya pilihan..





pernah tak kau orang rasa yang dalam hidup ni kita banyak pilihan tapi kita sendiri tak tahu apa pilihan yang patut kita buat..?kenapa kalau bila kita dah buat pilihan ada yang perlu kita sesalkan??itulah orang kata manusia tak pernah puas..betulkan memang sangat betul dan aku mula rasakan perasaan yang sama..dalam hidup ni memang banyak pahit manisnya..yang manis akan kekal manis dan yang pahit pulak akan selalu dikenang dalam ingatan..itulah masalahnya..kenapa mesti yang pahit tertinggal dalam kotak fikiran kita??lumrah hidup tak selalu kita gembira tak selalu juga bersedih..itu aja pilihan yang kita ada..sama ada nak gembira atau memilih untuk sedih..jadi mengingatkan aku pada kata-kata orang yang lebih tua beringat sebelum kena..



aku tak tahu kenapa aku mudah sangat rasa putus asa semenjak dua menjak ni..mungkin disebabkan banyak faktor sekeliling yang aku rasa makin memakan diri aku sendiri..bila dikenang-kenang balik kalaulah dulu aku rajin belajar keadaan aku sekarang pasti berubah..kalaulah aku dengar cakap mak ayah dulu..hidup aku pasti akan jadi lebih baik..tapi hakikatnya nasi sudah pun jadi bubur..nak patah balik dah terlewat pilihan yang ada cuma teruskan apa yang ada depan mata dan terus cekal dengan apa yang bakal mendatang..inilah yang dinamakan hidup..mahu atau tak aku sudah pun membuat pilihan samada pilihan yang tepat atau sebaliknya..sangat sukar hidup sendirian dan sangat kuat cubaan dan dugaan yang datang hampir saja mematahkan semangat aku..kalau lebih banyak pilihan yang ada lebih banyak masalah dan penyelesaiannya..haih kalau la aku tak perlu memikirkan perkara-perkara yang terjadi serumit ni..dan aku paling payah bila terpaksa membuat pilihan soal hati dan perasaan..sangat rumit bila perlu jaga hati orang lain bila hati sendiri tak terjaga....isk


yang pasti setiap benda yang tak menjadi aku akan salahkan diri aku sendiri sebelum menuding jari ke orang lain..yang baik itu datang dari Allah s.w.t yang jahat itu datangnya dari aku sendiri..aku perlu banyak muhasabah diri..perlu banyak lagi perbaiki kelemahan diri..oh ya aku sangat sakit hati melihat perlawanan antara Manchester United dan Chelsea yang berlangsung semalam..teruk sangat dan memalukan..kalah disebabkan tendangan angin ataupun tendangan lemau dari pemain-pemain Man United kah?..apa yang aku perhatikan penjaga golnya pun bermain lemau semacam..hehe nasiblah bukan piala yang hebat-hebat..pada pemain-pemain MU sila tingkatkan lagi usaha ye(kata-kata penyedap hati je ni!)


p/s : harap-harap hari yang mendatang akan menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya :)
3 orang komen

08 August 2009

aku penat dengan semua ni

  • kadang-kadang hidup ni memang selalu tak boleh nak jangka..kadang-kadang benda simple pun tak boleh nak buat..kenapa dengan aku ni




  • kadang-kadang rasa macam nak melepaskan apa yang terpendam dalam hati ni..tapi selalu tak terlepas..rasa macam terbeban sangat mulut ni..




  • kenapa aku selalu sakitkan hati orang-orang yang aku sayang?sedangkan aku tahu dia amat menyayangi aku dan seadanya?




  • kenapa aku sentiasa rasa tak puas dengan apa yang aku ada sekarang?kenapa mesti rasa tak cukup..




  • kenapa tuhan wujudkan perasaan cinta dalam diri ini bila cinta itu hanya untuk dikhianati dan sangat memedihkan hati?





nota kaki : ya tuhan..sebenarnya aku bukanlah hambamu yang sempurna..aku bermohon dengan segala rahmatmu agar dijauhkan dari segala sikap-sikap buruk ini..
4 orang komen

24 July 2009

ini aku bukan kamu..

assalamualaikum..


hari ni terasa macam nak menulis..jadi sampailah aku dekat rumah blog yang dah bersawang-sawang ni..sebenarnya tak banyak pun nak menulis di sini..cuma aku perasan ada beberapa perubahan pada diri aku semenjak dua-menjak ni..mungkin kesan dari training dan on job training yang lepas..mulanya aku pun tak perasan sangat dengan tabiat baru aku ni tapi layankan jela..



  •  aku rasa aku semakin taksub dengan dunia database administration..hehe mungkin inilah penangan bila dah belajar serba sedikit tentang oracle 10g, PHP, Dreamweaver..mulanya memang susah..aku tidak punya basic sangat dalam bidang ni..tapi bila bercampur dengan kawan-kawan yang dah belajar benda-benda ni aku mula rasakan yang bidang ni sangat menarik kalau ada minat yang mendalam...sebabnya??satu kepuasan bila kau buat 'coding' dan 'coding' itu menjadi..dunia programmer sememangnye berbeza..hidup kau akan dikelilingi coding setiap masa..memang stress bagi yang tak tahan tapi bila kita dah faham dan mencuba perasaan tu best sangat..

  • aku mula belajar pengurusan diri..kalau dulu nak keluar hentam je nak pakai apa-apa..sekarang ni imej dan kekemasan diri tu penting..kalau nak lebih berkeyakinan penampilan adalah antara faktornya..belajar jadi orang yang kemas, teliti dan teratur..kehidupan pun jadi lebih mudah dan tersusun..mula jadi orang yang tepati masa dan mengejar masa..macam mana tu ye..hehe mula rasa semua kerja kena buat dengan pantas bila diberi dateline..adess kalau tak sempat pun kena bagi sempat jugak..kelam kabut tak payah cerita la kan..tapi itulah yang aku belajar ketika training dulu..dunia belajar dan kerja dua perkara yang berbeza..

  •  suka senyum dan ketawa..aku mula perasan perubahan ni bila semua classmate aku di Aptech cakap aku suka senyum dan gelak..pada siapa-siapa yang tak tahu aku pendiam orangnya..bila pendiam muka mesti nak nampak tak ada mood dan monyok je..dulu waktu belum kenal semua cakap sombong tapi bila dah lama-lama dekat situ bergaul dengan orang-orang sekeliling perangai aku pun mula berubah mungkin sebab keadaan sekeliling aku kot..hehe tapi memang betul lah orang cakap bila kita banyak ketawa dan gembira pengubat segala duka..aku mula dapat lupakan kisah-kisah duka aku sikit-sikit..kawan-kawan adalah segala-galanya bagi aku..aku mula sedar yang bila tak ada bf pun aku tetap boleh gembira..kawan-kawanlah yang banyak bagi kata-kata semangat dan tak pernah biarkan aku berduka..bila dengan mereka hidup aku lebih ceria..penuh dengan gelak ketawa..apa-apa pun hidup perlu diteruskan walaupun ada sesetengah perkara yang kita tak boleh ubah kan..?

  • aku kurang selera makan..ini aku pun tak pasti apa sebabnya..mungkin sebab terlampau letih dan terlampau banyak minum air sampai lupa nak makan kot!hehe selalunya makan 2x sehari tapi sekarang tak makan pun rasa macam ok je..mungkin sebab bulan puasa pun dah nak dekat jadi percubaan awal untuk perut ke?entahlah yang pasti aku banyak minum air dari makan :) .. semua ni benar-benar mengajar aku erti hidup..live the life to the fullest..setiap saat adalah berharga jika kita pandai manfaatkannya..kita yang tentukan hidup kita dan bukan orang lain..sampai sini dulu


p/s : kuat senyum ke?haha
0 orang komen

21 July 2009

cerita ceritu...

assalamualaikum semua..
mulanya aku ingin mohon ampun dan maaf atas kelewatan aku mengepost entri..aku tak punya waktu untuk berblog..maaf kerana dah lama sangat tak update blog aku ni..kalaulah aku punya lebih waktu :( ya..aku sangat sibuk dengan urusan seharian dan seperti sedia maklum aku telah pun selesai "on job training" di Subang Jaya..satu pengalaman yang cukup menarik untuk aku..
mencabar dan aku teruja dengannya..pada yang tidak mengetahui apa yang aku lakukan di Subang Jaya biarlah aku ceritakan serba sedikit kerja yang aku lalui disana..




aku ditugaskan ke SnT Global di Glenmarie Shah Alam untuk position programmer dan aku diberikan group bagi tugasan yang diberi iaitu membuat laman web dan ianya bukanlah suatu perkara yang mudah..aku tidak berpengalaman itu adalah masalah utamanya dan aku ambil ni sebagai cabaran untuk aku..ya programmer kerjanya tak adalah susah mana kalau nak dibandingkan dengan kerja design..dan aku sangat rasa terbeban pada mulanya..tapi setelah berkerja sebagai satu group semangat tu penting kan? jadi tak menjadi masalah bila ada yang sudi menghulurkan tangan bila aku berada dalam kesusahan..terima kasih tak terhingga pada nasrul, ghani, syed, nazim, bib, hida, shela, siti, shifah, ema sebab banyak membantu aku dalam kerja kali ni..




aku bertemu dengan mereka di Aptech dan disinilah segalanya bermula..walaupun persahabatan ni baru terjalin selama 3 bulan tapi cukup memberikan kesan dan sangat bermakna untuk aku..aku kenal erti persahabatan..kenal erti tanggungjawab..kenal erti hidup berdikari bersama-sama mereka..bila ada waktu terluang kami akan beriadah bersama..tengok wayang..mandi-manda..makan-makan dan ni secara tak langsung mengeratkan lagi persahabatan kami..mengenai kisah cintaku dengan ren yang sudah pun berkubur..aku sedang cuba membuang segala kenangannya secara perlahan-lahan..walaupun pedih dan sukar aku akan harunginya dengan tabah..setiap detik tak oernah aku lupakannya..kenangannya tetap bersemadi dalam ingatanku ini..tuhan aku sangat sayangkannya..cuma harapanku moga dia berbahagia dengan jalan yang dipilih ini..aku disini tetap akan menjadi seorang kawan bila die perlukan seorang kawan..benar kata orang hanya sesaat untuk menafsir seseorang,seminit untuk mengenali seseorang,sejam untuk menyukai seseorang,sehari untuk menyintai seseorang...namun mengambil masa SEUMUR HIDUP untuk melupakan seseorang.....




aku cukup bersyukur walaupun aku tak dapat miliki cintanya kami tetap berkawan baik sehingga kini..terima kasih ren atas segalanya..eira tetap sayangkan ren..buat masa ni aku belum terfikir untuk mencari pengganti..biarlah masa yang tentukan segalanya..aku mahu bina kerjayaku dulu..bercakap mengenai kerjaya aku sudah pun di interview di KL Sentral dan kali ini aku dipanggil untuk interview untuk kali kedua..harap-harap semuanya akan berjalan lancar..doakan aku semua..semoga nasib menyebelahi aku..sampai sini dulu



5 orang komen

27 June 2009

cerita sahabat dan ulangtahun kelahiran abang

ok this week aku kerap sangatlah keluar..
adeih..semuanya hal penting bagi aku..
aku ada perjumpaan setiap minggu dengan group members untuk buat website..
kena buat designing..
programming..
implementing..
presentation dekat SNT Global di subang..
arghhhhh kenapa la banyak sangat hal yang perlu diuruskan..
kadang-kadang rasa tak ada waktu untuk diri sendiri..
aku tak kisah pun korang nak cakap apa..
hidup aku lebih sibuk semenjak dua menjak ni :)
jadi hari ini aku berkesempatanlah sikit untuk berblog..
dan kisah-kisah dibawah ni adalah rentetan peristiwa yang aku buat untuk minggu ni..




kisah pertama :
pada 26/06/09-jumaat
aku bertemu kawan college aku iaitu fariza dan nancy..
kami berjumpa di Times Square aje..
walaupun sekejap hilanglah jugak rindu ni..
lama tak jumpa mereka..
adela dalam 4-5bulan jugak lepas habis study dulu..
selalunya mastura ada bersama..
tapi disebabkan urusan kerja dia tak dapat hadirkan diri..
it's okay mastura..
fariza, mastura, nancy, puteri, diana adalah classmate aku waktu belajar diploma dulu..
mereka-mereka ni jelah budak perempuan dalam class aku dulu..huhu
tapi mereka ni memang best..
walaupun masing-masing macam-macam ragam dan perangai..
once a friend always a friend..
aku sayang mereka..dan aku terima mereka seadanya..
please do keep in touch dearies :)






kisah kedua:
pada 27/06/09-sabtu
selamat hari lahir buat satu-satunya abangku..
zainal ariffin b.abdullah yang ke-26 tahun..
hehe mintak maaflah dikau sudah pun tua..ngegegege
eira harap dia suka hadiah yang eira berikan pada dia..
for my one and only brother in this world..
eira nak ucapkan semoga panjang umur..
dimurahkan rezeki..
tercapai segala hajat dan cita-cita selama ini..
harapan eira semoga jadi anak yang baik..
suami yang baik dan bertanggungjawab..
dan yang paling penting dia adalah abang yang "terbest" untuk aku :)




p/s: semoga minggu ni tak terlampau penat untuk aku..







1 orang komen

30 May 2009

belajarlah untuk lebih menghargai

aku selalu mengingatkan diri aku bahawa hidup aku ni seperti roda..
kadang diatas..kadang dibawah..
sebagai seorang manusia pastinya aku perlu bersedia jika berada dibawah..
maksud aku beringat sebelum terkena..
kadang-kadang aku rasa akulah orang paling bertuah..
boleh kata apa yang aku nak selalunya akan dapat..
tapi aku tak mahu hidup aku sentiasa macam ni..
tahu kenapa?
bila sudah terlalu diberi kemewahan aku akan lupa untuk merasa yang semuanya bersifat sementara..
kadang-kadang aku juga rasa aku lah orang paling malang sekali..
bila aku tak tahu nak menghargai benda di sekeliling aku..
oh susahnya jadi EIRA..
kenapa susah sangat ye..
aku mengaku..
aku adalah seorang yang sangat suka mengambil mudah dalam sesuatu perkara..
tahu kenapa?
sebabnya bila aku kurang untuk tunjukkan kesungguhan dalam membuat sesuatu benda
aku akan kurang belajar untuk menghargainya..
semuanya akan nampak remeh temeh..
padahal yang remeh itulah punca kepada permasalahan yang lebih besar..
oh nooooo..
bila dah jadi baru nak menyesal..kenapa mesti ada sikap macam ni?
kadang-kadang aku benci dengan diri aku sendiri..
kenapa tak pernah serius dengan apa yang aku buat..
macam mana nak hargai orang lain..
bila aku sendiri tak pernah nak hargai diri sendiri..
ahh..serabut sikit this week..
oracle class betul-betul buat aku tertekan..
hidup lebih mencabar bila makin banyak masalah yang datang..
eira..sila berfikir dengan tenang dan buat keputusan yang bijak

p/s : sangat rindu dengan iman and have a great weekend with my beloved one..
miss you shafarin samat..




6 orang komen

25 May 2009

awak..

Awak, awak.

Saya sebenarnya takut nak tulis pasal awak. Sebab selalunya kalau saya tulis nanti semuanya tak jadi. 
tapi saya tulis jugak sebab, sebab apa entah.

awak, awak.

Saya suka tengok awak ketawa. Saya suka dengar suara awak bila awak baru bangun tidur. Saya suka bila awak pegang tangan saya. Saya suka semuanya pasal awak. 

Awak, awak.

Saya tahu awak suka perempuan yang buat awak ketawa. Yang berubah-ubah dan tak statik saja. Tapi awak tahu tak saya suka apa?

Saya suka awak je. 

Awaaak.

Saya tahu saya degil-tak-ingat, 
Maaflah. Saya janji nanti saya cuba turunkan meter degil saya tu.

Awakkkkkk

Saya sayang awak sangat-sangat
11 orang komen

24 May 2009

apa ada dalam kotak?

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

Untuk apa?” tanya si ayah.

Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.

Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
 
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya,

Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab,

Sudahlah…. nanti nanti saja.

Tetapi si kecil pantang menyerah,

Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” 

Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!

Hadiah apa ni?

Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.

Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu

Si kecil menjawab,

Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.

Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.


Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” kita sendiri. Sebagaimana kitaa memandangi hidup demikianlah kehidupan kita. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana kita memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…


p/s : aku rindu waktu bersama ayah :(
5 orang komen

23 May 2009

bulu ape?

peristiwa ni aku tak akan lupa sampai bila-bila..
ini boleh kira macam pengalaman ngeri lah jugak..
okay readers..
ceritanya bermula macam ni..
minggu ni adalah minggu yang sangat boring untuk ke kelas..
morning blues betul..
especially class Mr. Mukherjee..gila punya ngantuk..
nak dijadikan cerita satu hari tu aku memang malas sangat nak pergi kelas..
macam biasa lewat sikitla kan..
top late comers dekat college dulula katakan..haha
tengah duduk tunggu bas sampai aku ada la nampak seorang amoi ni..
lain macam je tengok dia..
mula-mula tak perasan sangat apa yang pelik sangat dekat dia hari tu..
bila dah naik bas..
barulah aku perasan yang amoi ni...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
- aih malu nak cakap korang bacalah sendiri..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

rupa-rupanya kan..
amoi tu..
berbulu lebat dekat ketiak..
cis..potong betullah..
dia boleh pulak berdiri sebelah aku sambil terkial-kial pegang tiang..
sekaligus menampakkan bahagian tersebut..
adehh..
aku sebagai perempuan malu sangat..
kenapalah kau tak trim dulu wahai amoi??
tak tahu macam mana nak tegur dia..
kalau tegur mesti dia malu..
tak tegur mesti dia kena kutuk..
last-last terus cepat-cepat aku gerak tempat lain..
jahat ke kalau aku buat macam tu..?
pagi-pagi dah nampak benda macam ni memang terus buat aku tak ada selera nak breakfast..
tolonglah..
aku benci sikit dengan orang yang pengotor macam ni..
apa lah salah kemaskan diri..
sebagai orang perempuan pada aku penampilan tu penting..
walaupun aku bukanlah jenis yang bergaya..
aku akan pastikan aku sentiasa nampak kemas waktu diluar..
bercerita pasal kelas pulak..
aku tak dapat nak concentrate sangat..
banyak sangat programming yang perlu aku fahamkan dalam sekelip mata..
adoi weh..tolongggggggggggggg
macam mana nak hadap benda-benda ni dengan cepat..
aku runsing bila perlu fikirkan penyelesaiannya..
dalam 3 minggu lagi barulah semuanya akan berakhir..
oh tuhan..bantu aku


current mood : stress
8 orang komen

EXCHANGE LINKS