Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

15 June 2011

Amalan Diet Rasulullah

hai korang . hari ini ada info yang bagus untuk dikongsikan bersama untuk manfaat kita semua . mungkin ramai yang dah tau pasal ni , tapi aku yang tak tau ni saja nak kongsi ilmu yang aku dapat dari sebuah buku . moga dapat jadi ikutan semua insyallah . Sebaiknya kita ikuti amalan diet yang diamalkan oleh rasulullah s.a.w kerana beliau merupakan insan terpuji dan contoh kepada umat islam . di bawah ni adalah amalan diet yang diamalkan oleh baginda .

1. jangan makan buah setelah makan nasi , sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu . Kemudian barulah disusuli dengan makan nasi

2. tidur satu jam setelah makan tengah hari

3. jangan abaikan makan malam kerana dikatakan mereka yang meninggalkan makan malam akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda

4. dilarang makan makanan darat bercampur dengan makanan laut . ia memberi kesan dalam jangka masa panjang . elakkan makan bersama :

- susu dan daging
-daging dan ikan
-ikan dan susu
-ayam dan susu
-ikan dan telur
-ikan dan daun salad
-susu dan cuka
-buah dan susu

nabi pernah mencegah kita daripada mengambil makanan berasaskan ikan bersama susu kerana dipercayai cepat mendatangkan penyakit . ini terbukti melalui kajian bahawa daging ayam mengandungi ion (+) sedangkan dalam ikan mengandungi ion (-) . oleh itu jika makanan ini bercampur akan terjadi reaksi biokimia yang boleh merosakkan usus .

selain itu al quran juga mengajar kita supaya menjaga kesihatan seperti melakukan amalan berikut :

  • mandi pagi sebelum subuh sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit . air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangkan penimbunan lemak
  • rasulullah mengamalkan minum air putih setiap pagi . Mujarabnya insyallah dijauhkan daripada penyakit
  • waktu solat subuh disunatkan bertafakur ( sujud ) sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa . ini untuk mengelakkan dari sakit kepala atau migrain .
  • ahli sains mendapati terdapat beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah . dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut
semoga ilmu yang kita dapat hari ni dapat dijadikan iktibar dan dapat kita sampaikan pada orang lain juga . terima kasih kerana membaca .
0 orang komen

29 November 2009

serius aku takut

aku bukanlah takut apa. jangan nak terkejut sangat baca tajuk entri ni. hehe aku sebenarnya risau dan takut dengan dunia blogging yang penulisnya makin banyak copy idea atau entri orang lain. tadi aku sempat blogwalking blog mira yang telah selamat di 'copy' seorang blogger dari Johor Bahru. pity her. siap dengan gambar dia dengan mr.boyfriend pun di 'songlap'nye. sama juga dengan blog ynaa yang mengalami situasi yang sama entri dicopy orang. aku pun pernah merasa situasi macam ni di mana entri aku dengan jayanya telah di'songlap' dengan seorang blogger yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging ni. menyirap jugak lah bila terang-terangan idea yang kau tulis sendiri sesedap rasa di 'copy' orang lain. sebab tu kalau kau orang perasan entri aku sudah kurang aku letakkan gambar. sebabnya aku tak mahu pisang berbuah empat-ratus-lapan-puluh-lapan- kali. shit happens. haha




pada blogger-blogger semua. aku harap dengan terjadinya kes copy-mencopy ni tak mematahkan semangat kau orang untuk menulis lagi. keep on blogging. pasanglah plagiat sebanyak yang mungkin untuk keselamatan blog anda. ceh padahal blog sendiri pun tak ada segala macam plagiat bagai. **gelak **. pada peniru-peniru di luar sana. get a life people! tolonglah jadi diri anda sendiri. sebab blogging ni sangat best bila kau sendiri yang karang entri untuk mendapat kepuasan diri sendiri. tak perlu copy entri orang dan berbangga ayat kau macam smooth je bila orang baca dan ditinggalkan dengan beratus komen dari bloggers yang hakikatnya bukan entri kau pun! ada jugak orang macam ni kan. kalau nak tiru pun atleast beritahulah pada tuan punya blog tu sendiri ataupun beri kredits pada penulis entri tu sendiri untuk tunjukkan yang kau menghargai karyanya. apa perasaan bila entri kita dicuri? tak seronok kan? so jadilah diri sendiri. tulislah selagi mampu asalkan kau tak mengacau atau mengambil hak orang lain. 




walaupun aku bukanlah pandai sangat nak karang-mengarang ayat yang best untuk blog ni, tapi aku tak adalah sampai nak copy orang punya entri. aku tulis pun berterabur ikut kepala aku sendiri sebab aku rasa puas. pedulikla ape orang nak kata pun. sekurang-kurangnya blog ni jadi tempat aku berkarya. bukan nak mintak penghargaan siapa-siapa tapi untuk seronokkan diri sendiri je. siapa yang tak suka tiada paksaan untuk membaca. dan aku kurang mem'follow' blog  dan meng'komen' blog orang. sebabnya? aku lebih suka jadi silent reader dan tak jadi orang yang terkenal dalam arena blogging ni. eceheceh perasannnnnn je kau ni eira. sebenarnya aku bukan apa. aku menulis pun tak seberapa malu sebenarnya bila ramai yang baca entri merapu dari aku. aku lebih selesa macam ni. dah la tulis merapu-rapu je. hehe .aku tau kat luar sana ramai penulis-penulis yang bagus. teruja jugak. sambil-sambil tu aku harap tulisan aku disini lebih baik dari sebelum ni. jadi doa-doakanlah aku ye :) ... aku suka orang yang low profile tapi tulisannya sangat bermakna macam budu dan belacan, fynn jamal sekadar memetik beberapa nama. ok lah tu ajelah yang aku nak merapu kali ni. hehe happy blogging ya!. end




p/s: seronok tengok fynnjamal menyanyi dekat satu segmen dalam rancangan remaja di tv3 baru-baru ni. adore her :) 
8 orang komen

19 February 2009

boonga art shoes

adoi..comelnye..aku just nak promote kat sini satu laman web baru aku tengok http://boongashoes.blogspot.com/

seriously..lawa..aku suka design nye..
















9 orang komen

16 February 2009

sudut renungan : sahabat



.:gambar tiada kaitan dengan entri:.


Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.

Jangan basuh persahabatan dengan cuka.

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.

Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.

Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.

Tiadalah yang menyentuhkan kau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang kau tidak malu kepadanya.

Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memerhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.

Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinya.

Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka sesungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,sesungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak menghendaki apa-apa daripada sahabatnya,sesungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.

Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.

Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu..kemiskinan menjadi penolaknya.

Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.

Sahabat yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.

Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.

Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.

Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sungguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.

Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.

Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.

Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan..pertama iman kepada Allah..kedua percaya kepada sahabat.

Supaya engkau peroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.

Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.

Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.

Apabila orang soleh memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.

Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.

Manusia memang selalu lalai memperhitung bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.
Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.


p/s : ada siapa-siapa nak jadi sahabat aku tak..? hehe
4 orang komen

15 February 2009

suka-suki

السلام عليكم سموا..
هاري اين اكو ساج ماهو مڠمباليقن سمولا نوستلڬيا توليسن جاوي يڠ اكو ڤرنه بلاجر دولو..

ده بركورون اكو تيڠڬلكن توليسن جاوي نيه..
تراس ريندو ڤولاق..
سبنرڽ كالاو كاو اورڠ سوروه اكو توليس ڤون اكو تق ڬيتي ساڠت ده..
مچم چنتيق ڤولاق كن تيڠوق توليسن جاوي ني..
بتاڤ سني ڽ اڬام اسلام ايت سنديري..


اكو سوك جوڬ توليسن خط تاڤي تق ڤندايله..
دولو اكو بوكن بلاجر د سكوله اڬام..
هاڽ د سكوله كبڠسأن..
اكو بلاجر سوبجيك ڤنديديقن اسلام دان حكوم-حكومڽ..
جادي اكو ميمڠ بوتا جاوي..هيهي
كالاو ستاكت سيكيت-سيكيت تو بوليه له..
اد سياڤا-سياڤا تق فهم..؟
اڠكت كاكي..هيهيهي


ڤ/س: فهم ك؟تق فهم بوات-بوات فهم اجيله ياي 
5 orang komen

10 February 2009

aku ketagihan.


tajuk macam menakutkan je kan?hehehe..okey ni baru betul-betul entri untuk hari ini..aku mahu war-war kan di sini yang aku mengalami ketagihan teruk dengan nescafe..aduiiyaii..sekarang ni tiap hari mesti pekena nescafe kat umah..boleh kata 3 kali sehari..sampai tekak pun sakit-sakit..tapi yang tak boleh blah nya aku masih nak minum lagi haha..

ternyata nescafe ni memang menggiurkan nafsu aku lah..kalau sehari tak dapat nescafe len macam je rasa..aroma dia..fuhh mengancam habis..mungkin ni salah satu sebab kenapa aku selalu tak boleh tido dan mungkin mengalami insomnia..hehehehe adoi laa ada siapa-siapa boleh bantu???


ni sekadar info dari cik bantal musyuk senget yang aku rasa berguna untuk aku dan peminum nescafe tegar lain :


Kesan pengambilan kafein dengan jumlah yang sedikit
{Lom tahap serius la. Meaning korang maseh mengenal erti apa itu air kosong (skyjuice) HUHU}

  • Mengganggu corak tidur.
  • Meningkatkan degupan jantung.
  • Meninggikan tekanan darah.
  • Kerap membuang air kecil.
  • Tangan terketar-ketar perlahan.
  • Kurang selera makan.


Kesan pengambilan kafein dengan jumlah yang banyak
{If korang dalam kategori ni, meaning kopi, nescafe, cola tu korang teguk da cam air kosong hari2. Serius dah tu}

  • Resah dan gelisah.
  • Sukar menumpukan perhatian.
  • Sakit kepala.
  • Sukar tidur.
  • Keliru dan kadang-kala berhalusinasi.


aduhai tapi apa boleh buat..dari zaman sekolah ke zaman kolej nescafe ni dah macam sebati dengan jiwa aku..ohh tak boleh tahan kalau tak minum sehari..huhuhuhu tapi akan aku cuba kurangkan sebelum mati keras..adehh ;p
10 orang komen

09 February 2009

raja lawak 3

ada siapa-siapa tengok rancangan ni tak..?...aku adalah peminat program lawak ni..dari raja lawak batch 1-3 aku setia duduk depan tv setiap kali rancangan ni berlangsung hehehehe..tapi aku rasa raja lawak kali ni boleh laa tahan jugak..peserta berkumpulan dia agak menyengat dari yang dulu-dulu punya batch..pecah perut aku gelak je dan untuk batch kali ni ade jugakla peserta perempuan yang tak berapa nak best..heheh..okey-okey antara peserta-peserta yang jadi pilihan and feveret aku

top 1

ni LNJ..apa yang aku boleh cakap..sempoiii je dorang ni..aku suka dengar dialek bahasa negeri dia orang yang pekat tu..hehe Lan dengan Jon ni best je dan tak menghampakan setiap minggu..tengok kepala dia yang botak tu je dah nak buat aku gelak ditambah lagi dengan muka-muka bersahaja..



top 2

ni pulak sepah..group ni pun best..suka membuli antara satu sama lain..hahaha aku suka sebab dia orang ni kreatif dan ade je idea kelakar mengingatkan aku pada kumpulan awas dulu..hehehe

tapi kumpulan ni lagi bestla..mengancam


top 3

hehehe ini amir :) comel je kn..aku suka tengok dia walaupun lawak dia tak de la lawak mana pun..tapi tengok aksi dia yang kecik lagi comel ni buat aku gelak..aku suka dialog dia yang ni " amir love...?opss i'm sorry tak boleh bagi tahu..hehehe comelllllllll..amir ni ada satu kelebihan aku tengok muka dia je pun nak tergelak dh..mungkin ada unsur humor kot..hehehe keep it up guys!!



tak lupa jugak semalam aku pergi tengok movie the pink panther 2..hahaha gile punya kelakar..best sangat2 satu panggung gelak besar..haha aku bagi 5 bintang untuk movie ni..tak rugi tengok cite ni ^_^

p/s : aku tetap suka lawak nabil raja lawak 2..hehehe
8 orang komen

31 January 2009

aku tak sihat

mintak maaf..semalam demam dan aktiviti berblog terbatas..aku juga tak dapat blogwalking blog-blog followers aku..maaf semua aku masih kurang sihat..semalam kepala sakit dan aku muntah-muntah..mungkin memang simptom nak demam..semalam siang lepas balik dari rumah busu sihat lagi tapi petang dah mula seram-seram sejuk..adoi laa..


lagi pun aku dah lama tak kena hujan dan kena demam..sebenarnya aku ada terkena hujan sikit masa nak balik dari rumah busu..hohoho dah nasib kan..naik motor abang jadi terkena la hujan baju hujan pun lupa bawak..dan aku adalah spesies yang malas mahu makan ubat..huhuhu banyak yang nak aku update pada entri akan datang..sabar ye semua..


semoga aku cepat sihat.
10 orang komen

28 January 2009

please go away

amaran keras tuk cik-cik anonymous sekalian..aku ingin ingatkan di sini pertamanya ini blog aku bukan blog kau ye!tiada kesalahan kalau kau singgah di page aku ni untuk membaca tapi kalau nak menghina segala buruk baik tulisan aku silalah kau berambus hidup-hidup dari sini..ya bahasa agak kasar kali ini..marah yang teramat sangat..


ingat sini ya pembaca semua..aku tahu tulisan aku tak sehebat tulisan kamu..kamu dan kamu..atau mungkin lebih teruk lagi..tapi aku tak pernah pun nak menjatuhkan ataupun menjahanamkan kamu..what the jadah?..sekadar memetik kata-kata cik Pasa spiraleyes..sebagai blogger baru aku tahu banyak aku perlu terokai dalam bidang penulisan yang aku mula cintai ini dan engkau yang membaca sepatutnya memberi galakan bukan menjatuhkan aku..aku tak kisah pun kalau korang rasa blog aku menarik dan ingin menjadi follower aku..aku terima dengan suka hati..ya aku tahu semakin ramai yang mengikuti blog ku ini dan gaya penulisan dan bahasa-bahasa yang ditampilkan harus lebih matang dan lebih menghormati sensitiviti semua pihak..


aku tak mahu blog aku jadi medan peperangan ya kawan-kawan..aku cuba lebih kreatif dalam setiap karya dan tulisan yang aku tampilkan..tapi bagi mereka yang rasa aku tak layak silala kau nyah dari sini kerana datang anda tak saya jemput pergi anda tak lah saya halang..aku aktif berblog ni hanya untuk dapat lebih ramai kenalan bukan musuh dan aku sangat menghargai mereka-mereka ini walaupun kita hanya bertemu di alam maya sahaja..terima kasih pada yang sudi melawat page buruk ni :)
12 orang komen

06 January 2009

saya akan ke sana :)

3695624

register for free..tapi kalu nak pergi kena ada pass..kalau tak kena beratur panjang..so siapa2 yang rasa nak pergi boleh klik kat sini tuk register .. saya sudah kamu?see you there :)
3 orang komen

just for you fariza :)

 
 
huhu sorry wei cincai je neh..
aku ta reti sangat pakai cm ko..huhu
meh nak promote sket online shop my friend fariza..
die jual shawls eak kenkwn..
nak usha?
click here
8 orang komen

03 January 2009

Lelaki idaman saya :)

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti. Itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sakit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang….


1-KUAT AGAMANYA.
Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-BAIK AKHLAKNYA.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-unsur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada keluarga begitu ketara.

3-TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, disko, pub dan bar?

4-AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-TIDAK BOROS
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-TERBATAS PERGAULAN
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.

8-RAKAN PERGAULANNYA.
Rakan-rakannya adalah mereka yang sepertinya.

9-BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk ibu bapa dan keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.

10-TENANG WAJAH
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas baran.


p/s: sume ciri-ciri kat atas aku nak..tapi..tapi..ade ke sorang?huhu cam susah je nak dapat lalalalala..abaikan ;p
6 orang komen

01 January 2009

letih

dua tiga hari ni badan letih gile..dengan demam yg tak baik2 lagi and sakit perut..xsukenye..nak tulis blog pn xde idea..aku xsehat..xsehat..xsukenye..sile tinggal segala mesej-mesej anda di msjbox..tenkiu..till then babai

x(
5 orang komen

24 December 2008

kembali pulang..

arini..
aku && my bro akan berangkat ke pulau pinang..
kitorang balik berdua je by train..
kitorang ke sana semula tuk majlis pertunangan abangku yang bakal berlangsung pada 28hb ni..
harap-harap semuanye akan berjalan lancar..
moga kami selamat pergi dan balik..
nanti aku upload picta pertunangan abang aku ye..
till then kawan2..
babai ^-^
9 orang komen

23 December 2008

nasihat

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, ” Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,”Kenapa anda ingin tahu?”
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
* Rasa hormat pada diri sendiri;
* Rasa hormat kepada orang lain;
* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian
6 orang komen

20 November 2008

Nasihat Untuk Kaum Hawa

  1. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  2. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  3. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  4. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
  5. Jadi, jangan pernah kecilkan
  6. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  7. seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
  8. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
  9. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  10. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  11. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
11 orang komen

19 November 2008

kenapekah??

perasan tak..perasan tak..ape yang lain ek??

hehe ni sebenarnye tak de keje tahu?hehehe saje aku tukar template jadi cm biase..okey tak..aku rase okey je simple cam aku gak..kekeke ermm sekarang ni tengah serabut sketla..page pun dah malas nak oter hehe..biaq pi la dlu na..nanti mood da okey aku hapdate cecantik ye..



6 orang komen

15 November 2008

chocolate

serba sedikit tentang cokelat..
Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko.
Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.
Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.
p/s : arini boringla..so eira bukak cite sal cokelat je..hehe sudi2 kumen la sekeping dua ek..byee






10 orang komen

13 November 2008

Epal Hijau ??


Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yg berkurangan boleh di cegah dgn zat yg terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau.



Selain zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yg berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yg terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Pada masa yg sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yg bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah.

Tidak hanya itu, kandungan Pektin (Serat larut yg terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah. Sebuah penelitian membuktikan dalam epal terdapat asid D-glucaric yg mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%.

Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit. Selain itu, zat fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43 peratus.

Epal juga mengandungi kandungan serat yg amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram utk setiap biji buah epal yg berukuran sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi dpd kandungan kebanyakan produk berasakan bijirin. Serat ini bermanfaat utk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan.

Selain itu, masalah sembelit yg biasanya menghantui golongan yg gemar berdiet kini tidak menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda.. Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal juga berkhasiat utk meredakan cirit birit seperti mana yg diterangkan oleh Miriam Polunnin dlm bukunya bertajuk Healing Foods. Menurut buku tersebut, epal sgt bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, sehingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita-wanita yg ingin berdiet.Jadi..apa tunggu lagi?


p/s : bangge siut jd epalijao a.k.a epalgreen :)
16 orang komen

10 November 2008

warna-warna kehidupan

BIARPUN tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.

Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.



Putih mewakili rasa hormat, kesucian, kebersihan, keamanan, rasa rendah diri, sifat ringkas, kemurnian, masa muda, kelahiran, musim sejuk, salji, kebaikan, kemandulan dan perkahwinan.


Merah terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.


Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.



Biru tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.


Biru muda - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.


Kuning - Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.


Kuning terang - Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.



Jingga/Oren - Jingga dianggap warna hangat tapi lebih sejuk dari merah. Jingga menunjukkan tenaga. Ia mempunyai sifat berkilau, jadi ia sering digunakan untuk menarik perhatian.



Hijau - Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.


Kelabu - Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.



Hitam - Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.


Coklat - Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.


Ungu - Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.
 
 
 
so ape kaler anda??
15 orang komen

EXCHANGE LINKS