Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

12 March 2011

sehari bersama mereka

hai semua . apa khabar ye? harap-harap sihatlah ye . aku alhamdulillah sihat sejak dua menjak ni dan semakin sihat lah rasanya . maaf ye kurang sikit update blog sebab memang sedang dilanda kebizian yang melampau . haha keje sekolah banyak kau . memang betul macam yang disangka . naik je dari cuti mula lah lecturer nak bagi keje melambak-lambak dapat pulak kerja yang susah bangat nak siap dan susah bangat nak cari maklumatnya tension di buatnya . sekarang ni tengah banyak lab report yang tengah pending . report medical lasers , report medical instrumentation , proposal OPKIM , coursework Mandarin . banyak jugaklah nak kena siapkan minggu depan . jangan tanya kenapa tak buat sekarang sebab biasalah kan pelajar yang rajin memang macam ni . rajin buat kerja last minit hahhaha . lagipun dateline lambat lagi jadi nak buat awal-awal tu yang payah sikit tu :P oklah berbalik pada tajuk entri kali ni , aku keluar ke KLCC dan Sogo bersama kawan-kawan baik aku yang dah lama sangat aku kawan dengan dia orang ni . tak silap dah hampir 7 tahun kami berkawan dan masih lagi bersama sebagai kawan baik walaupun masing-masing dah bizi dengan kerja masing-masing .




mereka ni kawan terbaik pernah aku ada dalam dunia ni . sebenarnya kami semua berlapan tapi lagi tiga orang tak dapat hadirkan diri ataupun dah lesap makanya tinggal lah kami berlima je yang masih bersama . anis , syara , nabila dan rahmah terima kasih sebab sudi luangkan masa bersama-sama kali ni . walaupun masing-masing dah ada haluan nya tapi kalau ada masa dan diizinkan tuhan kita orang pasti berjumpa bila ada kelapangan . dan bila dah berjumpa tu macam-macamlah yang diborakkan . semua bercerita perihal masing-masing . bergurau senda dan ketawa sampai mengalir-ngalir air mata . tuhan je tau betapa seronoknya berjumpa dengan makhluk-makhluk Allah ni . teringat-ingat kenangan waktu sekolah dulu , memang best sangat sampai terasa nak ulang balik waktu tu . tapi semua tu dah memang tak boleh dipatah balik . semua pun dah besar panjang dan sedang membina kerjaya masing-masing . sekarang semuanya masih belajar , tak lagi semua bakal berkahwin dah dapat cahaya mata . kalau persahabatan ni kekal sampai kami kahwin , bahagianya rasa perasaan ni . hahaha bukan gatal , cuma biasalahkan kita merancang , tuhan yang menentukan segala-galanya dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik . amin




rasanya perjumpaan kali ni perjumpaan yang terlama pernah kita orang buat . selalu pun dapat jumpa bila ada majlis perkahwinan dan hari raya , dan hari-hari lain semuanya sibuk dengan kuliah dan sebagainya . seronok sangat bila dapat berkumpul dan ketawa berdekah-dekah tak ingat dunia . ketawa dan terus ketawa tanpa ambil pedulik orang sekeliling yang memandang kami . best sangat perasaan tu . tah bila dapat jumpa lagi , harap-harap semuanya ada lagi masa terluang untuk kami berjumpa lagi . best friends forever korang . sayang sangat dekat korang . rindu waktu makan dekat mamak tepi jalan lepas sekolah . rindu naik bas rapid sama-sama , rindu bergossip waktu berjalan kaki dari sekolah sampai tempat menunggu bas . rindu kawad kaki  dulu-dulu . terima kasih sahabat . terima kasih sebab selalu bersama waktu susah dan senang . 


0 orang komen

01 December 2010

Untuk kamu yang bergelar sahabat



"A true Friend is the one who holds your hand and touches ur heart "

Sahabat.. 
kedudukannya adalah jauh lebih tinggi berbanding seorang kekasih..
Ada kalanya seorang kekasih tidak mampu menerima kekurangan yang di miliki oleh kekasih hati..
Namun sahabat..
Walau kita gemuk, kurus, degil dan sebagainya..
Ternyata dia akan selalu dekat dengan kita..
Selalu berada di sisi kita saat kita memerlukan kehadiran atau pertolongan darinya..
Malah sahabat..
Turut sama memikirkan sesuatu kesengsaraan yang sedang kita alami..
Tak kira susah mahu pun senang..
Dia tetap setia di sisi...


I miss my friends so much.

2 orang komen

11 August 2009

i luv my girlfriends :)



bila tengok gambar ni aku tergelak sendiri..tulus dan kudusnya muka kami masa zaman sekolah dulu..sekarang bila semakin menginjak dewasa semua nya dah berubah dan mereka pun..siapa ya mereka ni?they are my bestgirlfriends :)..i miss them much. my pretty girlfriends. rindu tahu tak..mereka-mereka ni sudah lama berkawan dengan aku semenjak dari zaman sekolah menengah lagi..tak sangka semua dah besar panjang dan semakin cantik menawan..hehe


ni anis..aku sangat adore dengan dia..sekarang tengah buat degree di USM..seorang kawan yang bagi aku sangat berbeza dengan orang lain..luarannya dia seorang yang sangat kelakar..dalamannya penuh dengan misteri menjadikan dia lain dari yang lain..dia selalu jadi tempat untuk aku meluah perasaan..walaupun dia jauh tapi bila ada masa kami akan bertemu dan keluar bersama-sama..anis kau dah banyak berubah dan aku suka dengan perubahan tu..kau kini wanita ayu :)

ni syara..one of my lovely girlfriends..syara ni pendiam sikit tapi sangat baik hati dan lembut hati..selalu ada bila aku ada masalah dan perlukan seorang kawan..teringat waktu zaman-zaman sekolah dulu kalau anis ada syara tak ada rasa macam tak lengkap pulak duo bestfriend ni..sekarang syara belajar di UniKL-BMI course degree in elektronics..tak sangka sangat semua dah besar-besar rasa macam semalam baru habis zaman persekolahan..oh i miss my school memories..


ni pija..pija ni memang kawan rapat aku waktu zaman sekolah menengah dulu..balik sekolah sama-sama..kitorang semuanya kelas bersebelahan..bila waktu rehat masing-masing duk tunggu depan kelas menanti setiap ahli kumpulan ada dan bergerak ke kantin sama-sama..oh best sangat bila dikenang-kenang balik..rindunya  zaman sekolah dulu..pija sekarang dah selamat jadi nurse di hospital gleneagles ampang..kalau aku sakit boleh dapat free tak fizah?? dia cakap dapat free injection boleh lah..huuuuu aku cukup takut dengan jarum suntik..



yang comel ni nama dia nabila tapi kitorang biasa panggil die bell..die sekarang buat degree di UITM Melaka course apa aku tak ingat pulak..kawan yang tak sombong dan baik..dia antara kawan-kawan rapat dan kawan terbaik yang aku pernah ada..walaupun jauh kita orang selalu je contact bila ada masa..miss you bell :)



ni pulak asnida..aku baru je kenal dia tapi rasa macam dah lama sangat kenal dia..aku mula rapat dengan dia waktu belajar di Aptech dulu..sangat lovely, caring dan friendly..seronok kawan dengan dia sebab dia jenis yang kuat gelak dan bila dah gelak tak boleh nak berhenti..haha sekarang semua dah jauh-jauh tah bila dapat jumpa lagi..nasib baik ada facebook dan yahoo messenger yang merapatkan lagi hubungan persahabatan ni kalau tak entah ape la jadi..


p/s : siapa tak kenal ni sila tepuk dahi kuat-kuat..okey aku sayang semua kawan-kawan aku..
lots of luv..eira





1 orang komen

23 June 2009

it's bowling time peeps!!

hai..hai..hoi
sebenarnya event ni pada 22.06.2009..
tapi aku lambatkan sikit publishnya..
sebabnya..
penyakit malas dah merebak dengan jayanya..
ngahahaaha sila jangan marah saya..
ampunnnnnn..
pada 22.06.2009 aku bersama budak-budak batch 5 pergi bermain bowling di Times Square..
pergghh..
dia orang betul-betul membuli aku..
sampai 4 game sekali kau kena balun..
haduii..balik mengaduh sana sini tangan sakit..
padahal pakai bola 8..
bola paling ringan sekali..tapi memang tak boleh blah la kan kalau tangan aku dah sakit tu..
haha padan muka ekau eira..
sila tepuk tangan untuk beliau..
tapi sememangnya hari yang enjoy la..release tension habis
dengan menengok gelagat kawan-kawan aku tergolek "dog" tepi lane tu..
hahahaha bajet nak pro je main bowling..
hamik kau sampai terduduk-duduk tepi lane tu..
group aku pulak tu pedajal..hahahaha
memang kelakar habis la kan..aku happy..
senyum je sepanjang hari tu..
walaupun aku bukanlah pandai main kan..
tak ada lah sepanjang masa bola masuk longkang kan..bhahahahaha..
tapi banyak jugak spare..okeylah tu kan..hehe
okeyh masa untuk tengok gambar ye..



siapa tak tahu tempat ni..angkat kaki ;p


tak banyak gambar yang aku tangkap..
sebabnya aku sendiri tengah main ;p ;p


us (^^,)

oh ya!
dan pada 23.06.2009 pulak aku ada on job training di subang jaya..
nama syarikat yang kendalikan on job training ni ialah SNT Global..
alah tak tahu ke?
ko pergi tanya pakcik google search je..
first day hari yang sangat penat..
awal-awal pagi dah kena keluar memandangkan dah janji nak berkumpul di subang pukul 9.30pg..
tapi not bad la..
so far so good :)
kita orang kena design untuk buat laman web job portal..
kena key in segala bagai data pakai oracle..
huh..sadis je la bunyi nye..
tapi tak apa..
setiap group ada 10 orang..
jadi tak ada masalah nak control..
group leader pun berbakat dan kreatif..
apa yang aku pinta..semoga semuanya berjalan lancar..
ya allah..permudahkanlah segala urusan kami..
amin..



p/s : doakan aku ye kawan-kawan
5 orang komen

20 June 2009

hari terakhir di Aptech

seperti yang semua orang tahu..
selama 2bulan ini aku melakukan latihan a.k.a training di Aptech Kuala Lumpur
yang bertempat di bangunan Kompleks Antarabangsa Jalan Raja Chulan..
sepanjang 2 bulan ni..
aku dapat belajar banyak perkara..
semestinya yang utama adalah belajar mengenai database iaitu oracle 10g..
selain tu soft skills yang sangat banyak membantu..
belajar etika-etika di alam pekerjaan..
interview skills..
resume skills..
software engineering concepts..
communication skills..
walaupun pada permulaannya sangat susah..
tapi aku berjaya laluinya dengan bantuan kawan-kawan disitu..
dekat situ jugak aku kenal erti persahabatan..
yang sangat bermakna pada aku..
sepanjang dua bulan ni aku sangat gembira..
semalam adalah hari terakhir aku disana..
tanggal 19haribulan enam 2009..
berakhirlah sudah training ini..
walaupun cuma dua bulan..
pengalaman dan segala ilmu yang aku pelajari tak kan aku lupakan..
aku juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua classmate aku (batch 5)..
terutamanya kepada sukhy, as, hafiz, nasrul, anuar, sebab jadi bestfriend aku sepanjang berada di situ..
semestinya aku akan rindu dengan gelak tawa mereka..
di sini aku lampirkan beberapa kepingan gambar hari terakhir aku di sana..
kepada classmate aku batch5..
aku doakan kalian semua berjaya menempuh alam pekerjaan yang mencabar ni..
semoga kita sama-sama berjaya..
kalau ada kesempatan harap dapat berjumpa lagi..
salam sayang dari aku buat semua..






4 orang komen

18 May 2009

happy birthday..fariza

di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari lahir..
buat seorang sahabat baik aku..
siti nurfariza bt. muhd hamdan..
yang hari lahirnya jatuh pada hari ini 18 Mei 2009..
sebenarnya malam tadi lagi aku dah wish..
tapi entry ni khas buatmu, sahabat..
dah lama rasanya kita berkawan..
tapi semacam baru semalam aku mengenalimu..
kenangan yang ada..
persahabatan yang terbina..
sangat bererti buatku..
walaupun kini kita sudah pun punyai haluan masing-masing..
tapi persahabatan yang kita bina akan selamanya terpahat dihati..
aku tahu aku tak pandai nak mengarang ayat puitis untukmu..
tapi ucapan dan nukilan ini ikhlas dari hatiku..


"SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 21 TAHUN..DEAR"

8 orang komen

12 April 2009

saya sayang kawan-kawan saya

pertamanya..
terima kasih dekat shah sebab bagi award ni dekat eira..
eira hargainya..
sebenarnya benda ni dua dalam satu..
tag beserta award..layan kan ajelah..

------------------------------------------------------------------------------------------------


1. Letakkan logo award ini di blog anda.
2. Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui ‘backlink’ dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.
4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.



 
antara mereka-mereka yang bertuah mendapat perhatian dari aku :
maksud menarik perhatian disini adalah..
gaya penulisan yang aku suka baca ye :)

1. babyjanesexyback
  • cik jane..dia punya tulisan banyak mengisarkan kisah hidup dia yang sangat menarik untuk di baca..kisah suka duka dan cara penulisan yang terus dari hati mungkin..
2. sis fralyana
  • seorang kakak yang baik.. sering beri nasihat yang berguna pada aku..walaupun kami baru saja berkenalan di sini..gaya penulisan yang sangat puitis pada aku dan aku senang membacanya.
3.  sis atiqahadnan
  • seorang lagi kakak yang selalu menempek komen di blog aku..aku je yang malas menempek komen di blog dia..sorry sis..sis ni selalu bagi nasihat tentang cinta..hehe thank you sis
4. monkey dluffy
  • kapten lanun yang semangat menge"post" entry hampir setiap hari..blog yang kelakar dan kadang-kadang terlebih sudah..hehe tapi sekarang dia dah jarang ke blog aku..well followers dia pun ramai dah..mungkin tak sempat nak baca..terimalah kalau kau sudi kapten
5. fezal mohd
  • budak stp yang selalu menempek komen di blog aku nih..thank you..ni penghargaan untuk anda..silalah ambil kalau sudi ye..selalu memaparkan ketidakpuasan hati beliau di sekolah..kisah guru-guru dan rakan-rakannya..
6. palsuryahitam
  • pal7 kena amik award ni..kalau tak eira kecil hati..hehehe..blognya banyak memaparkan kisah hidup dia yang turun naik..kisah pelajarannya..cinta dan entri yang sangat-sangat panjang!!!eira baca sampai habis tau..
7. joegrimjow
  • seorang rakan baru di alam maya ini..dia belajar di oversea sana..seorang penulis yang berbakat pada aku..silalah ambil kalau sudi :)
8. vidadarisakura
  • vi sa nda marah kalo ko nda mauk nempek ni..sa tau ko sibuk bikin thesis ko semua bagai..tapi kalo ko mauk ambil jak bah!blog dia selalu buat aku gelak..seorang perempuan yang fikir lemak dia bertempiaran padahal kurus dan suka makan kulit ayam!hehe
9. liquid
  • abang gangster nih..haha gangster ke??silalah ambil award ni ye abang gagah perkasa..hehe auww abang gitu ;p

10. ahmdsyhmi
  • aku suka baca blog dia..ada band sendiri..round robin :)..gaya penulisan yang bersahaja tapi sangat menarik..silalah amik ye kalau sudi..hehe


p/s : mereka-mereka ni aku selalu baca blognya setiap kali aku online..friends forever
7 orang komen

05 April 2009

best time wif my best buddies

salam..
hari ini aktiviti biasa di hujung minggu..
aku hangout lagi bersama dua orang rakan baik aku..
fariza dan mastura..
ya dah lama kami tak jumpa..
since dah habis zaman kolej lima bulan yang lalu..
baru hari ini kami bertemu semula..
haha seronok bila dapat menghabiskan waktu dengan kawan-kawan..
hilang sikit rindu..
ermm..
bulan april ni memang bulan yang cukup packed untuk aku..
bermulanya bulan ni aku akan pergi training IT..
selama 2bulan..
seorang sepupu aku akan berpraktikal di KL dan menetap sementara waktu dirumahku..
sepupu aku dari melaka akan datang ke KL jugak nanti..
anak cik nisah lagi nak kahwin hujung bulan ni..
birthday ayah dan anniversary mak ayah..
adehh..
penatnye laa nak fikir semua sekali..
berbalik pada cerita hari ini..
pertemuan kali ini kami rancang nak tengok muvie bersama..


and guess what??
kita orang tengok cerita Confessions Of A Shopaholic..
overall okeylah cerita dia..
aku banyak jugak gelak..
filem ni banyak memotivasikan pembeli-belah yang rakus berbeli belah dan selalu membazir..
especially girls yang suka shopping..
silalah tengok cerita ini..
banyak moral yang dapat dipelajari dalam filem ini..
walaupun ceritanya tidak menarik sangat seperti dalam bukunya..
tapi okeylah bagi aku..huhu


tak banyak yang baru..
cuma kami seronok habiskan masa bersama..
harap persahabatan ni kekal..
kerana kami telah bersahabat selama 3tahun..
dan aku sayang kawan-kawan aku..
buat mastura dan fariza..
thanks sebab spent time dengan aku..
thanks fariza sebab lanje tengok muvie hari ni..
sayang kau orang :)
chaow..

mastura and fariza :)both taken and not available, everyone!

p/s : bilalah sang pencinta wanita akan muncul?haha
3 orang komen

04 March 2009

maaf kapten luffy..aku tidak perasan dikau

hahaha..
first of all mintak maaf kapten..
aku memang tak cam and tak perasan kau semalam..
sorry..
sebenarnye ini adalah cerita semalam..


semalam dalam perjalanan ke masjid jamek..
biaselah aku..
jumpe member kejap then nak ke sunway..
tapi yang tak bestnye ade la seorang hamba allah ni..
die blogger tegar..
dan popular rasenye di alam blog ini..
sape yang tak kenal dengan kapten luffy..?
kalau tak kenal..
mungkin dia belum melawat page korang kutt..huhu
dia jumpa aku di jamek..katanya lah
yang tak bestnye kan..
aku langsung tak cam die..
die pulak boleh cam aku..
adess..
huhu sorry kapten..
die cakap aku tengah mengelamun waktu tu..
ye mungkin..
aku memang kuat ngelamun pun..
hahaha..
len kali tegurla kalau jumpa..
aku tak kan bertegur sapa dengan orang yg tak dikenali..
melainkan pada hari tu kapten menggelarkan diri beliau..
luffina..haha


kalau tak sampai bila-bila aku tak tahu dia jumpa aku..
sampailah semalam jam 10.30 mlm..
aku on ym..
dan dia juga..

Dia: Salam... hari ni kau ada lalu Jamek ker

Aku: Salam Kapten... bila? petang ker malam?

Dia: Tengahari. Aku rasa aku nampak kau tadi.

Aku: Memang lalu Jamek tengahari tadi. Kapten nampak aku?

Dia: Ahh... ko mengelamun jer. Segan nak tegur ko.

Aku: Alamak! Tak perasan ler Kapten. Aduh... malunya

Lebih kurang macam ni perbualan kami.
 
kat situlah aku kantoi dengan die..
adess..
agak kemaluan di situ..hahaha


p/s : btw kapten..next time kalo ade mase..boleh la jumpe kau ye..tapi rasanya dalam mimpi jela kutt..sebabnye aku takut dengan lelaki boya tembaga cam kau yang mahu beristeri empat..hehe
10 orang komen

03 March 2009

entri takde tajuk

ya.
mungkin aku tak secantik kau..
tak sehebat kau..
tak sebijak kau yang serba bagus lah katakan..
kau ketawa gembira melihat aku begini bukan..
lihat aku jatuh didepan kau dulu..
dan sekarang..
kau mahu aku pungut kau semula?
dulu aku kau layan macam anjing kurap..
dan kini kau melutut didepan aku..
dan meminta aku lupakan segalanya..
mudahnya kau melupakan..
dan dengan mudahnya kau ingat aku akan memaafkan??
haha maaflah eira bukan lagi begitu..
macam mana agaknya rasa bila maruah diri kau dipijak-pijak?
dimalukan di khalayak..
oh memang pengalaman manis yang kau bagi aku..
maaf aku bukan lagi sahabatmu..
12 orang komen

12 February 2009

lukisan rahsia hati


thanks awak..
comel je..
picta ni from one of my bestfriend..
and also best buddy eiman..

die lukis time die ngantok katanya hehe..
ni lakaran wajah aku dengan dia..
hehehehe..
terima kasih awak
bestfriends FOREVER ^_^


10 orang komen

11 February 2009

thank you :)



semenjak dua menjak ni banyak jugak blog aku dapat kunjungan balas dari bloggers indonesia..wahh aku pun tak tau macam mana dia orang boleh jumpe blog epalgreen ni..hehehe okey..kalau kamu..kamu itu membacanya aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak ya atas respons dan kunjungan dari kamu di sana..aku hargainya..sebagai gantinya terimalah bunga di atas sebagai kenang-kenangan ceeeeewaahhh haha


hari ni rasanya satu permulaan hari baru untuk aku..harap-harap semuanya akan kembali okey..semoga allah mudahkan segala urusan dan semoga aku lebih cekal tabah dan bersemangat..terima kasih untuk semua kawan-kawan yang selalu ada saat aku down..saat aku bersedih..dan juga saat aku gembira..good friends are harder to find..harder to leave and impossible to forget :) terima kasih sebab sangat memahami diri ini..semoga terus senyum dan senyum sampai gila hahaha..senyum itu kan sedekah ^_^


okey poem ni khas untuk semua yang mengaku dia orang kawan aku kat sini hehehe..sebagai tanda penghargaan aku untuk semua..p/s : untuk kite-kite je ( sila baca gaya aznil tom tom bak hahaha ;p )


My friends you're always there for me
whenever I feel blue
and though we've never met before
I know our friendships true.

And although we haven't been friends for long
in this short time it seems
we shared so many things already
our hopes, our fears, our dreams.

We come from different walks of life
but we share a common bond
and it's time to say that of all of you
I've grown so very fond.

So friends thanks for being there
whenever I've needed you
I know you're always there for me
and you know I'm there for you.
3 orang komen

27 November 2008

Thank You, Friend

 


Thank you, friend, for all the things
That mean so much to me..
For concern and understanding
You give abundantly..
Thanks for listening with your heart;
For cheering me when I'm blue;
For bringing out the best in me;
And just for being you..
Thanks for in-depth conversation
That stimulates my brain;
For silly times we laugh out loud;
For things I can't explain.
For looking past my flaws and faults;
For all the time you spend;
For all the kind things that you do,
Thank you; thank you, friend.
10 orang komen

03 November 2008

zaman kegemilangan :)

 


pkbm?ape tu...?
bagi sape-sape yang tak tau pkbm (L) tu ape..
meh aku terangkan kat sini..
pkbm tu singkatan bagi Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Laut..
ahaaa..ni la unit uniform aku time secondary school..
amacam??
syok wooo..
kire unit uniform pkbm (L) ni paling hot and top la kat school dulu..
selalu juara kawad peringkat skolah and negeri..
and tuk pengetahuan korang..
aku dulu bersekolah di SMK Jalan Cochrane,KL
alaa yang sekolah paling tinggi kat KL yang ade 7 tingkat tu..cecewahh

---------------------------------------------------------------------------------------------------


ape yg best sal gambar kali ni yek?
aku banyak memory time join pkbm ni..
banyak jumpe member2 yang sekepala..
and paling seronok mcm2 kenangan kitorg ade..
hahaha pade yg satu school ngn aku dulu mst ingt?kn..kn..kn..
kat dlm pkbm ni jugak banyak benda aku blaja..
yela die kan ala-ala tentera gitu..
latihan yang kitorg bt pn berat2 adeyhh..
teringt time kne denda dlu..
time tergolek time kawad la..
kawad dlm hjn la..ade sampai maghrib pn ade..adeyhh
ade yg pg menembak..pg belayar..
syoknye time tu..
tapi bile tgk gegmbr ni sedih lak

------------------------------------------------------------------------------------------------


ni kenangan aku 3tahun lepas..
aku start join pkbm ni time aku form 4 lg..
memang best..dpt senior pn sume gegile..
haha cm siutt pn ade gak..
tp ape2 pn aku mmg mint ngn pkbm ni..
coz aku minat sgt aktiviti lasak and outdoor..
and aku banyak belaja sal kapal2 yang ade kat Malaysia ni..
ingat lg time g kem kat chendering dulu..
macam2 name kumpulan la..
alpha..bravo..charlie..delta..foxfrot bla..bla..bla
hoh mmg best banyak dpt kawan dr seluruh Semenanjung..

--------------------------------------------------------------------------------------------------


tp sume tu tinggal kenangan je..
aku tamat persekolahan tahun 2005..
time tu mmg sedih laa kn..
berpisah ngn member2 ngn cikgu..
muka stok merah je..
hidung pn nk merah nangis nye pasal..
isk..skg pn dorg tah mne2 tah blaja..
dh xde dgr berita sgt..
uwaaa rindu :((


p/s: mne satu aku?bhahaha skema ngn nerd je time school dlu wekkk :)
2 orang komen

02 November 2008

ole-ole dr @LiYaNNuaR


thanks @LiYaNNuaR

ermm aku dapat ole-ole menare condong tuu..
kenkwn sile jgn jeles yerp..
klu nk pi mintak..
anyway mekasih pd tuan tanah ye..
sib baek xdpt bwk balik menare condong ni..
klu x dh msk dlm beg dh heehheheh..
walaupun just a picture..
aku hargainye

:)
4 orang komen

30 October 2008

finally..habis dah presentation

fuhhh..
arini memang penat banget la http://emo.huhiho.com
tapi seronok sangat maybe sebab last day kot kat college hooyeeh!! http://emo.huhiho.com

time dh nk kul 2 nk start presentation tu punyelah kecut perut masing2 ade yg nk berak la kencing http://emo.huhiho.com la ish sungguh kurang sopan..sapekah??bhahah

5min sebelum presentation start sume wakalibut http://emo.huhiho.com bile di marah Mr.Udaya then dengan pantas nye melakukan senam robik http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com beramai2 adeyhh cm cipan je bhahaha


dah habis tu br la snap picta beramai2 ngn lecturer kesygn tu time tu aku dh xtahan sebak http://emo.huhiho.com dh sib bek xkuar airmate..

then ktorg proceed ke midvalley tuju ke pizzahut tuk mkn..time tu jam dh pukul 5p.m aduhhai lapa pulak perut nihttp://emo.huhiho.com ..dh dpt pesanan pizza tu pe lg mkn time la ngn borak-borak ngn dorang ni..borak punye borak nk dkt maghrib baru balik..
hehh penatnyehttp://emo.huhiho.com

banyak jgk picta yang aku snap http://emo.huhiho.com arini..esok-esoklah upload ek..nk tido dlu bhaha ngantuk sudaaa http://emo.huhiho.com

2 orang komen

24 October 2008

award



award ni dari gg

thanks darl :)





3 orang komen

19 October 2008

raye

sedar tak sedar dah 19 raye dh kan..
aku pulak sibuk je g open house member2..
padahal nk final presentation dh ni..
xprepare lgsg..
haih..
trk betul kan..
oi..oi eira
back to normal please!!
no more raya days..
please prepared for ur presentation..
:)
.:me wif fariza:.
saye ;)
0 orang komen

12 October 2008

gonna missed them :((

counting the days for final exam and final project presentation and so soon i'm leaving my friends forever i guess..owh owh so sad..no more classes mood..no more note books..no more assignments and meet up friends at college..miss u guys..the best friend ever.....


0 orang komen

02 September 2008

dapat bunge :)

bunge ni sis neeza yang bagi..thank you sis..eceli sis ni slalu view page eira..kitorg pn knl2 dlm blog ni je kn sis?bunge ni tuk new friends yang selalu jengah2 blog ni dlm bln ni la kire eak..eira pn nk hadiahkan bunge tuk kawan-kawan baru eira dalam bloggers ni..Terima lah pemberian cyber yang tak seberapa ni ya kepada kawan-kawan di bawah:
  • my dear sis neeza :)
  • shira
  • sis ann :)
  • shaxx
  • boo
  • myrasyamim
  • fmtt
  • zamz
  • cik choki ((:
  • kNizam
4 orang komen

EXCHANGE LINKS