Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts
07 June 2011
19 May 2011
our little hannah ..
hai semua blog ni dah 2 hari beroperasi dari negeri sembilan hehehe . sekarang aku berada di rumah kedua mak dan ayah aku . lokasi terpaksa di rahsiakan . hahaha oklah jugak duduk negeri sembilan sekejap walaupun kebanyakan masa aku banyak dihabiskan dengan termenung je tak tau nak buat apa . bagi orang yang tengah mencari kedamaian bolehlah try ke negeri sembilan . dekat sini pun ada homestay , tapi aku belum berkesempatan untuk singgah sebab ayah asyik sibuk meeting dengan menteri lah , jumpa ketua pengarah lah bla.. bla.. bla..
internet dekat sini kadang ok kadang tak tapi still boleh lah lagi kalau nak online sekejap - sekejap . bikin panas jugaklah kan kalau lapanbelaskali dia nak terdisconnect je . macam dah tak ada kerja pulak aku nak kena connect internet ni banyak - banyak kali . sakit jiwo den ~! nasib baik tak lama aku duduk sini . pheuwww.
oklah back to topic . 3 ari yang lepas our little hannah damia dah masuk 8 bulan . makin besar ni makin comel pulak maksu tengok adik , lagi banyak jugak kerenahnya . damia dah pandai duduk , cuma belum pandai merangkak dan belum tumbuh gigi . mungkin bontot dia berat lagi kot . hahaha tapi maksu geram lah bila tengok adik makan bubur , isk kenapa comel sangat haaa? kalau lah maksu boleh dapat seorang anak secomel adik tapi macam mustahil lah pulak sebab maksu pun belum nak kahwin lagi sebab calon pun tak ada . tapi tak apalah maksu boleh main dengan adik kan . luv u so much hannah damia . maksu sayang adik macam anak maksu sendiri walaupun maksu tak ada anak hahaha :P
waktu ni damia dalam buai lagi , baru bangun tidur . aku ni suka sangat snap picta dia . suka bila tengok dia membesar dengan sihat . hehe sekarang ni damia duduk dengan penjaga budak dekat kawasan perumahan aku ni je . sebab ibu dia dah mula bekerja . kesian sayang maksu ni , baru berapa hari duduk rumah nenek Biah dah banyak bintik - bintik merah naik dekat kepala dan tangan dia . kesian damia . sensitif kot kulit damia ni almaklumlah sekarang musim tak menentu kadang panas sangat kadang hujan sangat pulak . harap - harap cepatlah bintik merah dia hilang dan maksu tak sabar nak balik Kuala Lumpur sebab nak main dengan adik lagi . baru dua hari kaww nih eira melebeyyy pulak . hahaha ada aku kisah
dia jelah peneman aku waktu sunyi . kalau damia ada mesti kerja aku nak main dengan dia je . sebab dia memang aktif dan lasak sikit sejak dah beralih bulan ni . dah pandai nak melompat , pandai main permainan dia dan macam -macam lagi lah . terhibur sikit aku bila dia ada .
08 May 2011
selamat hari ibu , mak
hai semua . hari ni 8 Mei . hari ibu . Selamat Hari ibu buat mak tercinta Zalinah bt Md. Yassin yang sekarang berada di Negeri Sembilan . hari ni eira ada sedikit ucapan untuk mak sempena hari ibu yang tak dapat kita sambut seperti tiap - tiap tahun lepas . sedih . semuanya gara - gara tengah berperang dengan final exam . 2 paper dah lepas 3 lagi menunggu . 3 - 3 subjek medical , tertekan noh T_____T
untuk mak yang paling best , paling sporting dan yang paling cantik dalam dunia ...
terima kasih sebab dah lahirkan dan besarkan eira dengan penuh kasih sayang . jasa mak tak kan pernah eira lupa walaupun lepas ni kita dah jarang jumpa . eira sibuk dengan belajar dekat sini , mak dan ayah pula di negeri sembilan jadi eira harap mak dapat jaga diri mak baik - baik dekat sana .
segala pesanan mak akan eira patuhi , sebab eira tak nak buat mak sedih , masuk ni dah tahun ketiga kita terpisah lagi dan eira tau mak sedih sangat cuma tak nak tunjuk je . terima kasih mak sebab selalu jadi kawan baik eira , pendengar dan penasihat terbaik yang eira ada dalam dunia ni .
p/s : eira sayang mak sangat . rindu T_____T
23 April 2011
busu masuk hospital
hai semua . aku ada satu berita nak bagitahu . semalam baru dapat berita yang busu di tahan ward . tengah - tengah malam tu , dapat satu mesej dari busu yang dia di masukkan ward sebab penyakit diabetes dan colestrol tinggi . dan kebetulan pulak busu baru saja menyambut hari jadinya semalam . alamak ai macam mana lah ye keadaan busu ? petang ni baru dapat nak pergi jenguk busu dekat Ampang Putri . insyallah kalau ada kereta lah . mintak jasa baik semua doakan kesejahteraan dan kesembuhan busu dari penyakitnya .
semoga cepat sihat busu . amin :)
21 April 2011
selamat hari lahir buat busu dan ayahanda tercinta
hai . hari ni terasa nak update lagi blog ni . tapi tak banyak sangat pun yang nak diceritakan . cuma nak cerita sikit yang esok adalah hari lahir busu aku . jatuh pada bulan yang sama dengan hari kelahiran ayah cuma berbeza tarikh . busu 22 hari bulan , ayah pulak 24 hari bulan . tapi yang pastinya ayah lah lagi tua dari busu :P . sebenarnya busu ni adik kepada mak aku . dia yang paling bongsu jadi kenalah panggil busu kan . biasalah orang Melaka kan mesti anak bongsu dipanggil busu . sebenarnya tak ada apa yang dapat menggambarkan betapa aku sangat menyayangi kedua-dua makhluk Allah ni . seorang pak sedara , seorang lagi ayah kandung . dua - dua banyak sangat jasanya pada aku . terutama sekali ayah . dekat bawah ni ada 45 versi ucapan selamat hari lahir dari pelbagai negara . hehe khas untuk busu dan ayah :)
special credit to : cisdeldotcom :P
selamat hari lahir busu ,
walaupun kita jarang sangat berjumpa sebab masing-masing sibuk , eira harap silaturrahim antara kita tak kan pernah terputus . doa eira agar busu sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu , mendapat keberkatan usia seiring dengan bertambahnya amal soleh .
selamat hari lahir ayah ,
pertamanya eira nak ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 29 tahun buat mak dan ayah yang jatuh pada 18 April yang lepas . walaupun hari jadi ayah 24 April ni eira saja nak jadi orang yang pertama sekali wish heheh . selamat hari lahir yang ke 52 tahun ayah . terima kasih sebab mendidik dan membesarkan eira dengan susah payah sampai eira jadi manusia yang berguna . terima kasih jadi kawan dan pendengar yang setia bila anakmu ini dilanda kesedihan dan kepayahan . ayah dan mak sentiasa ada disisi . pengorbanan ayah selama ni tak kan pernah dapat eira lupa . doa eira , moga ayah sentiasa dilindungi Allah dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat . amin
27 February 2011
little hannah yang makin membesar
hai semua . macam mana hari korang hari ni? ada baik ke tak baik . aku punya hari-hari mendatang good-good jelah . tak good tak ada aku nak post entry bagai . macam rajinlah sangatkan . memandangkan sekarang tengah cuti selepas phase test makanya sangat lah best sebab ... sebab boleh main-main dengan anak buah aku , siapa lagi kalau bukan damia . semalam berjalan sakan dengan abang , akak ipar dan adik kakak ipar ke Carrefour Wangsa Maju . Damia punya seronok sampai menjerit-jerit tengok orang ramai . hehe nasib baik kau comel dik , kalau tak aje kena pandang sebelah mata je . haha :DD sebenarnya tak nak blog banyak pun pasal hannah damia cuma nak tempek gambar dia semalam je pergi berjalan .
adoi montel nya sayang maksu ni . geram ah maksu macam ni . tapi tak apa cuti sekejap ni akan dimanfaatkan bersama-sama damia , si penenang hati . si comel yang disayangi semua orang di rumah . luv u sayang . maksu sayang adik banyak-banyak :)
20 January 2011
kesian sayang maksu ni..demam
hai semua . hari ni tak ada apa sangat pun yang menariknya . cuma nak cerita sikit lah apa jadi hari ni kan . semalam lepas dapat tau kelas signal lecturer tak ada , aku dengan seberapa pantas cabut balik rumah . punya lah cepat-cepat nak balik konon-konon semangat nak jumpa mak dengan ayah lah kan . sekali balik-balik je rumah kunci . ape kesssss? sekali call abang aku dia bagi tau dia bawak mak , akak ipar dengan damia pergi HUKM . dalam hati ada cemas jugaklah kan . siapa pulak sakit ? ni haa siapa lagi kalau bukan budak kesayangan semua orang dalam rumah ni . hannah damia . nak dijadikan cerita , damia ni berjangkit demamnya dengan mak aku . kalau dah demam mestilah complete set ada batuk , selesema dengan kahak kan . rupanya abang bawak dia pergi HUKM sebab nak sedut kahak damia . dia macam termengah-mengah dan sesak nafas sikit semalam . bila mak dengan ayah dia tengok dia dah macam semput dan susah nak bernafas dia orang pun bawaklah pergi hospital . dekat bawah ni saja aku tangkap gambar damia yang tak berapa nak sihat lagi lepas balik dari hospital semalam . sian sayang maksu ni , demam . gambar ni di ambil pagi tadi , sebelum aku keluar dengan ren .
waktu ni damia pegang je tangan aku . dia macam nak nagis jugaklah tapi ayahnya kata kalau dia nangis buat bunyi motor " vroooooomm " terus damia tak nangis dah . waktu ni damia batuk kuat sangat sampai terkentut-kentut dia bila batuk . lepas tu mata dia berair-air . kesian maksu tengok adik . nak cakap tak reti sangat lagi , jadi dia pandang jelah muka aku tadi .
sorry gambar tak berapa nak clear handphone tak mahal memang macam ni T___T . damia tak nak lepas pun tangan aku . dia pegang je macam nak suruh aku teman dia . heehee comel . waktu ni dia asik jolok-jolok jari dalam mulut dia . aku ingatkan kenapa lah kan sekali dia asik duk jolok-jolok tang gusi bawah dia . aku rasa damia demam ni sebab nak tumbuh gigi bawah . tadi tengok memang nampak ada keluar sikit gigi dekat gusi bawah dia .
pandai ye . demam-demam pun nak buat pose comel lagi . ni yang buat maksu rindu adik je nanti . serius memang aku rindu budak kecik ni dekat hostel . terngiang-ngiang aku agah-agah dia . lagi gembira bila dia ketawa mengekek bila aku agah dia . sedih maksu nak tinggal adik tau . walaupun boleh kata tiap-tiap hujung minggu kita jumpa :DD . aku memang suka budak-budak . lagi-lagi kalau budak-budak yang bulat dan montel ni . memang rasa nak picit-picit je . isk nasib kau anak buah aku , kalau anak aku dah lama aku gigit-gigit pipi . hehe :DD
waktu ni damia pegang je tangan aku . dia macam nak nagis jugaklah tapi ayahnya kata kalau dia nangis buat bunyi motor " vroooooomm " terus damia tak nangis dah . waktu ni damia batuk kuat sangat sampai terkentut-kentut dia bila batuk . lepas tu mata dia berair-air . kesian maksu tengok adik . nak cakap tak reti sangat lagi , jadi dia pandang jelah muka aku tadi .
sorry gambar tak berapa nak clear handphone tak mahal memang macam ni T___T . damia tak nak lepas pun tangan aku . dia pegang je macam nak suruh aku teman dia . heehee comel . waktu ni dia asik jolok-jolok jari dalam mulut dia . aku ingatkan kenapa lah kan sekali dia asik duk jolok-jolok tang gusi bawah dia . aku rasa damia demam ni sebab nak tumbuh gigi bawah . tadi tengok memang nampak ada keluar sikit gigi dekat gusi bawah dia .
pandai ye . demam-demam pun nak buat pose comel lagi . ni yang buat maksu rindu adik je nanti . serius memang aku rindu budak kecik ni dekat hostel . terngiang-ngiang aku agah-agah dia . lagi gembira bila dia ketawa mengekek bila aku agah dia . sedih maksu nak tinggal adik tau . walaupun boleh kata tiap-tiap hujung minggu kita jumpa :DD . aku memang suka budak-budak . lagi-lagi kalau budak-budak yang bulat dan montel ni . memang rasa nak picit-picit je . isk nasib kau anak buah aku , kalau anak aku dah lama aku gigit-gigit pipi . hehe :DD
waktu ni dia dah ceria sikit , walapun masih terpampang muka tak sihat dia tu . malam tadi dia nangis je , mungkin sebab tak sedap badan lagi . budak comel ni memang susah sangat bila nak makan ubat . dia punya nangis macam kena dera . tapi kalau dia dah kenyang dia tak banyak ragam pun . berak pun tak nangis . hehe . damia ... damia maksu sayang adik . semoga cepat sembuh ok :) dekat bawah ni ada video dia dengan tok wan dia . layankan je ok . terima kasih sebab baca entri ni . tata nanti update lagi
16 January 2011
bila damia mula pakai tudung ....
hari ni memang aku tak ada kerja . relaks habislah orang kata . padahal dah ada assignment dah pun . tapi submit lambat lagi punya pasal jadinya relaks-relaks lah dulu . huhu . bukan malas tapi aku sebenarnya nak pergi tanya lecturer subject dulu sebab tak berapa faham :P . hari ni nak cerita pasal anak buah aku yang sorang ni . siapa lagi kan . hannah damia la kan . kalau siapa-siapa ada follow aku dekat facebook mesti dah kenal sangat dah dengan damia ni . ceewah haha tak ada lah saja je suka-suka sebenarnya . seronok pulak tengok telatah dia sejak nak membesar lagi ni . macam-macam la hai ragam nya . budak kecik kan , umur pun baru nak masuk 4 bulan . dekat bawah ni antara gambar-gambar damia pakai tudung / selendang yang di pakaikan oleh ibu dia . hehe layankan aja ok :)
hai nama saya damia . cool tak ibu saya pakaikan selendang ni ? comel tak..comel tak cakap comel cepatttt :DD
tak nak cakap comel ye ? haa nah . nampak penumbuk ni ? bagi sebijik kang :DD haha
hehe gurau je :P
ini lah benda baru yang dia belajar . dia suka tunjuk penumbuk dekat orang haha . ganas sikit kot anak buah aku ni . hehe dan satu lagi aku perasan dia kalau nak pegang barang-barang mainan dia atau pun bila kita nak bagi tuala dekat dia , dia ambil guna tangan kiri . kidal rupanya anak buah maksu ni . mulut pun macam murai je . pantang lambat sikit dah pandai mengamuk . hamboiiii kau damia . mengade ye sekarang :P .
ok lah ada masa update lagi . tata :)
08 January 2011
teman , pendengar setia
update entri tengah malam buta . esok takut tak sempat dan keletihan sebabnya makcik aku nak ajak teman dia pergi pameran pengantin pulak . dia ada kata nak cari cadar untuk bilik pengantin dia jugak untuk majlisnya nanti . wah seronok kan nak kahwin ? haha seronok ke ? banyak kena keluar duit adelah . aku kalau nak kahwin pun 5-6 tahun lagi . tu pun kalau dah ada duit ah haha . sekarang aku nak fokus study je , nak balas jasa mak ayah dulu . haha skema gila la ayat . ok berbalik pada tajuk entri . sebenarnya aku ada lah seorang dua peneman dan pendengar yang setia mendengar keluh kesah dan segala masalah yang timbul dari diri aku ni . yang paling utama mestilah mak kesayangan aku , orang kedua busu aku . dua je tak boleh reramai . kang dah tak secret ah . sejak dua menjak ni dah lama aku tak menjenguk busu di kedainya . tak jauh pun dari rumah , tapi tu lah kekangan masa . aku sibuk belajar , dapat pulak duduk hostel . memang jarang sangat dah jumpa . rindu busu dengan piah . teringat je . busu ni kira adik mak aku . aku rasa kalau aku sebut dekat sini mesti ramai yang tak percaya dia siapa . tapi tu lah kita layan gambar dulu . tak ada niat nak menunjuk ke apa , aku cuma rindu sangat sebab dah lama lah jugak tak jumpa . gambar-gambar ni dari cerita yang dah basi , abang aku pun dah selamat jadi bapak dah 3bulan lepas . saja nak imbas balik memori dengan busu
gambar kahwin abang aku ni mengingatkan aku betapa besarnya jasa dan penat lelah busu menguruskan majlis perkahwinan anak lelaki sulung kakak dia . busu lah orang kuat majlis untuk abang aku yang sorang ni . dah selamat ada anak dah . tadi waktu check dekat post yang lepas-lepas , konon nak carilah entri pasal cerita kahwin abang aku ni , sekali tak ada lah pasal reception dekat KL . haha terlupanya sebab upload banyak dekat facebook je . nah sekarang meh kita tengok sama-sama ok . hasil tangan busu aku , Nurul Shukor . tak banyak pun aku nak letak kang korang muak pulak . haha
ni pelamin abang aku . simple je tapi aku suka sebab busu letak banyak sangat fresh roses dekat sekeliling dewan tu . huuu aku dah lah minah bunga . habis majlis habis aku kaut semua bunga yang ada . haha busu tak marah korang jangan nak kata aku gelojoh pulak :DD . majlis hari tu berjalan dengan lancar , thanks dekat semua yang hadir .
dan yang ni pulak waktu dekat meja pengantin . dah sah-sah banyak makanan atas meja tu . ni pun busu punya idea jugak . last-last minit jadi je .
busu dengan family nya . family dia family aku jugaklah kan haha sengal . yang budak kecil dekat depan tulah anak busu , piah . rindunya lah bila tengok gambar-gambar ni balik . waktu ni piah jadi flower girl . dari pelamin , make up , hantaran , meja makan , catering , sampailah ke baju pengantin busu yang uruskan . thank you so much busu :) we love you
ni gambar busu dengan ayah dan mak merangkap satu-satunya kakak yang dia ada . family mak aku ni ada 5 orang semuanya , busu yang paling bongsu sekali , sama macam aku jugak . tapi aku dua beradik je . hehe busu selalu dengar kalau kita orang anak-anak buah dia ada masalah . walaupun dia terkenal dengan sifat garangnya yang melampau tak ingat punyer , tapi aku tau dia sayang semua anak-anak buah dia . selalu bagi nasihat . selalu tanya perkembangan terkini kita orang kalau dia tak sibuk . rindunya dekat busu . bilalah boleh jumpa lagi . aku banyak jugak baca dan tengok orang menilai busu aku ni . kita semua sama saja di sisi Allah . aku tak marah . korang ada hak masing-masing . tapi aku nak cakap dekat sini , aku bangga dengan dia . bukan bangga sebab apa . aku dulu pernah tengok sendiri macam mana susahnya dia sampailah dia berada di tahap sekarang . dia banyak ajar aku , jangan putus asa . busu dah banyak berubah . thanks sebab selalu jadi pendengar setia .
waktu aku dapat mms dari busu ni , busu memang dekat mekkah lagi . sayu je hati waktu ni . kalau nak tau waktu kecil dulu aku memang tak rapat langsung dengan busu sebab busu garang sangat , tapi sejak dah besar ni dah macam mak ayah aku dah bergurau , ketawa sakan tak ingat punya . aku selalu jugak jenguk busu dekat rumah dengan kedai tapi sekarang ni tak sempat-sempat lagi .
.
11 December 2010
heh budak gebu ni. kesayangan maksu ni
ni lah dia hannah damia. kesayangan aku ni. yang aku pelok cium hari-hari. baru 2bulan tapi pipi dia tembam bagai dipam-pam dan macam sangat lazat untuk dimakan.huahua dia lahir 16disember 2010 anak Malaysia betol ni. awal-awal dulu dia kuat sangat menangis. tapi sekarang dah kurang sikit. dah pandai nak mengagah dengan hisap jari. bila dia nangis nak susu benda pertama dia akan sebut "enggek" haha tulah panggilan untuk ibu dia. kalau ayah dia pulak dipanggilnya "ngeng". dah macam jawa pulak haha. sebab tu kita orang dekat rumah panggil dia 'damia enggek', asik enggek je keje dia. salu kalau die enggek je tu dia nak menyusu. ape-ape jelah damia, asal bahagia :P
Dia tak banyak ragam sangat pun. cuma kalau dia mintak-mintak susu ibu dia tak bagi atau lambat sikit mula lah nak mengamok sakan. meraung-raung macam kena dera. huhu tapi bila dah kenyang senyap seribu bahasa je dia. dan-dan tidur jelah kerja kau damia~! tu yang kus semangat tu. besh kan jadik budak kecik tak payah susah-susah nak pikir apa. makan, tidur, berak, kencing semua orang buatkan.bahagia hidup. kalau lah ada mesin doraemon ke mesin dalam cerita back to the future ke boleh maksu jadik kecik balik macam damia..baru sonok ade geng kan ~!
haa kan maksu dah kata. tido jela nye. haha tengoklah pipi dia tu. geram je rasa. nak makan-makan je. nasib baik kecik lagi kalau dah besar ni dah lama aku lambung-lambung sampai pitam. kalau nak tau damia ni cucu pertama dalam keluarga aku. merangkap anak buah aku yang pertama. jadi segala macam perhatian tertumpu pada dia. lepas sorang, sorang dukung dia. dia budak yang baik. tak marah pun kalau orang dukung dia. suka lagi ada.
hai maksu, damia dah bangun :) hehe
kalau lah ade anak buah macam ni memang sanggup aku tak tidur layan dia. suka tengok dia belajar benda-benda baru setiap hari. semoga damia cepat besar. boleh maksu, tok ngan tok wan bawak damia pergi jalan-jalan main buai :)
28 November 2010
izan and idlan in da house~!
assalamualaikum semua.
hari ni nak bercerita pasal si kecil yang datang menyinggah di rumah siang tadi. dua orang pretty handsome boy yang diberi nama izan mukrie shah dan idlan muiz shah. wah nama dah nak sama cam pelakon hindustan yang terkenal tu kan? alaaa siapa tu? si pelakon cerita my name is khan tu. tak kenal ke? shah rukh khan ler.. huhu :D mula lah aku nak merapu-rapu. ok berbalik pada cerita hari ni kan dua orang budak kecil ni datang bersama kedua ibu bapa dia orang. seorang berumur 8tahun dan seorang lagi berumur 5tahun. dia orang ni macam ade mix siket la kot. mix tu macam darah campuran keluarga la kiranya. yang mummynya nak ke ala-ala cina manakala daddynya pula ala-ala hero hindustan gitu. maka terhasil lah dua kanak-kanak comel di bawah ni.
pertamanya nak mintak jasa baik korang tolong klik link ni.
dah klik ? tekan banyak kali pun tak apa =p
jasa baik korang amat dihargai. :)
hari ni nak bercerita pasal si kecil yang datang menyinggah di rumah siang tadi. dua orang pretty handsome boy yang diberi nama izan mukrie shah dan idlan muiz shah. wah nama dah nak sama cam pelakon hindustan yang terkenal tu kan? alaaa siapa tu? si pelakon cerita my name is khan tu. tak kenal ke? shah rukh khan ler.. huhu :D mula lah aku nak merapu-rapu. ok berbalik pada cerita hari ni kan dua orang budak kecil ni datang bersama kedua ibu bapa dia orang. seorang berumur 8tahun dan seorang lagi berumur 5tahun. dia orang ni macam ade mix siket la kot. mix tu macam darah campuran keluarga la kiranya. yang mummynya nak ke ala-ala cina manakala daddynya pula ala-ala hero hindustan gitu. maka terhasil lah dua kanak-kanak comel di bawah ni.
hai nama saya izan muiz shah dan saya pula izan mukrie shah. :DD macam anak orang arab kan? adela sikit tapi lebih ke arah anak pakistan pulak aku tengok dia orang ni haha. jangan terpedaya ye mak ayah dia orang ni orang melayu tulen ok :P. sekarang cuba teka mana satu abang dan mana satu adik kalo tengok dari gambar dekat atas? siapa dapat teka aku bagi 10sen. haha dah tentulah yang sebelah kiri sekali tu abang yang sebelah kanan adik. nampak sangat abangnya lagi besar dari adik :P
dorang ni kalau korang nak tahu sangat-sangatlah pemalu. susah sangat nak suruh dia orang "posing" untuk tangkap gambar ni. seorang pandang ke sana seorang pandang ke sinun. puaslah aku duk memanggil-manggil suruh pandang kamera. tapi nasib baik gambar memuaskan hati walaupun pakai handphone cabuk aku ni je. nak beli kamera duit tak ada pulak. almaklumlah aku kan masih belajar jadi duit yang ada tu kena guna sebaik-baiknya lah :) ewah :DD
peace yaww~! yang si abang sangat pandai berbahasa cina dan bahasa inggeris. selalu tengok cartoon dekat ASTRO TVIQ katanya. tak hairan lah dia pandai. tapi sangat berbudi bahasa dengan orang tua. walaupun sedikit nakal tapi senang nak jagalah kira. dia tak banyak songeh pun. si adik pulak baru masuk tadika dekat wangsa maju. dekat dengan rumah dia orang lah kira. suara comel je macam perempuan. eh saya lelakilah~! kata beliau.
dia orang ni sebenarnya cucu mak long aku. kira mak dia dengan aku ni sepupulah :). bila tengok dia orang ni terfikir jugak aku bila nak kahwin dan ada anak. haha gatal. umur pun baru setahun jagung ada hati nak kahwin. belajar kasi habis dulu lah oiii~! kalau nak tau aku ni memang suka dengan budak-budak. terutama sekali budak-budak comel yang pipi bulat dan tembam-tembam tu lagi lah aku suka. dah tentu-tentu aku asik nak cium je. eiii geram~! itu saja entri untuk hari ni. terima kasih sebab luangkan masa membaca :)
06 July 2010
majlis pertunangan mak saudaraku :)
seperti yang dijanjikan pada 4 julai 2010 yang lepas telah berlangsungnya majlis pertunangan secara kecil-kecilan di kampung aku di Jengka 1, Pahang. alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan sangat memenatkan . lenguh-lenguh di badan masih terasa. tapi apa pun aku enjoy dapat jayakan majlis kali ni. even cuti semester dah hampir tamat aku sempat menghadirkan diri. apa-apa pun jum kita layan gambar ok.
sireh junjung.
kain pelekat.
cake.
cupcake.
bakul buah.
istana kayangan :P
tuala.
kain pasang.
potpouri.
cincin.
ok. TAMAT
p/s : aku letih. cuti semester bakal berakhir tak lama lagi. stress bakal bermula. bye2!
15 September 2009
sila slowkan volume anda :)
sejak ramadhan ni..aku banyak menghabiskan masa dengan si kecil ni..si kecil yang digelar safiah afwan..penghibur segala isi di rumah..pandai mengambil hati dan tak lupa juga sangat comel..terima kasih busu kerana menjemput aku berbuka bersama setiap hari..alhamdulillah semoga allah murahkan rezeki busu dan keluarga..kehadiran si kecil ni banyak memberi impak pada kami semua..
kalaulah aku punya adik seperti ni pasti hidup aku tak sunyi..saat ni aku sangat merindui mak dan ayah yang jauh beribu batu di Penang..semoga raya kali ni memberi seribu satu makna yang tersirat yang bakal meruntun hati kecil ni..hmm semoga yang indah-indah akan selalu dikenang dan yang tak indah dapat dilupakan..amin
14 September 2009
harapan.
pejam celik..
pejam celik..
macam tak caye je raya dah makin dekat..
dan ramadhan makin beransur pergi..
banyak sangat persiapan raya di rumah ni yang perlu aku uruskan..
yelah semenjak ayah di transfer ke Penang ni..
aku dan abang yang menguruskan hal-hal di rumah..
macam-macam benda jugaklah yang perlu disiapkan..
dan aku tak menang tangan di buatnya..
penat..ya aku sangat penat..
dan mood untuk beraya langsung tak ada..
macam mana ek?
baju raya pun sehelai je aku beli..huhu
aku memang tak ada mood nak beraya tahun ni..
entahlah..bila makin dewasa nikmat untuk beraya tu makin berkurang..
dan makin lama macam makin malas dah nak beraya..
huhuhu kenapa lah dengan aku ni..
selalu tak ada mood..
tahun ni aku akan beraya di Pahang..
sambil tu nanti aku sekeluarga akan berbincang dengan keluarga belah ayah..
untuk majlis perkahwinan abang yang akan dilangsungkan lebih kurang 4 bulan lagi..
sebelum nak raya ni dapat PC baru..
gambar-gambar semua dah hilang..huhu sedih betol.
cepatlah masa berlalu..
amin.
aku suka dengan bahasa-bahasa indah ni..
buatkan aku berfikir sejenak dengan kuasa yang Esa..
kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
sayang sangat sama dia..
safiah afwan..
my little sweetheart :)
p/s : sampai sini dulu..
29 June 2009
rindu sama piah
rindu sangat dekat dia..
bila lah dapat jumpa si montel ni lagi
rindu dia panggil aku
"kak keya (dia xreti sebut eira) jomlah kita main patung barbie"..
adeihh rindu
:(
21 June 2009
selamat hari bapa ayah :)
hehe..
macam pelik je kan tajuk dekat atas..?
sebenarnya tak ada beza pun..
yang penting aku nak ucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa..
ayah-ayah di seluruh Malaysia..
terutama sekali buat ayahanda tercinta..
MR. ABDULLAH B.HANAPI..
tiada apa yang dapat eira ucapkan melainkan jutaan terima kasih pada ayah..
kerana telah berpenat lelah membesarkan eira selama 21tahun ini..
walaupun ayah jauh disisi..
eira harap ayah sentiasa tak lupa pada kami semua di sini..
eira rindu ayah..
macam pelik je kan tajuk dekat atas..?
sebenarnya tak ada beza pun..
yang penting aku nak ucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa..
ayah-ayah di seluruh Malaysia..
terutama sekali buat ayahanda tercinta..
MR. ABDULLAH B.HANAPI..
tiada apa yang dapat eira ucapkan melainkan jutaan terima kasih pada ayah..
kerana telah berpenat lelah membesarkan eira selama 21tahun ini..
walaupun ayah jauh disisi..
eira harap ayah sentiasa tak lupa pada kami semua di sini..
eira rindu ayah..
27 May 2009
TAHNIAH AYAH..
hari ini aku cuma mahu kongsikan kegembiraan aku dengan semua..
happy sangat rasanya bila diberitahu..
ayah dapat anugerah perkhidmatan cemerlang di JKMM..
selepas 30tahun berpenat lelah bekerja di dalam sektor kerajaan ni..
baru detik ini ayah dapat anugerah sehebat ni..
satu kegembiraan & nikmat terbesar keluarga kami..
insyallah ayah bakal dinaikkan pangkat lagi :)
dari Timbalan Pengarah Penang
ke Pengarah Penang ^-^
ayah..i'm proud of you..
walaupun bila dapat berita ni eira rasa hiba sangat..
sebabnya masa untuk bersama ayah akan makin berkurang..
dan masa untuk ayah tinggal di Penang lebih lama..
tapi eira tetap gembira untuk ayah :(
eira tau ayah buat semua ni untuk bagi keselesaan kepada keluarga kita..
eira cuma nak ayah tau..
eira sayang ayah sangat-sangat..
walaupun ayah tak pernah banyak berkira dan bersoal pasal eira..
tapi eira tau jauh disudut hati ayah sayangkan anak ayah ni..
ayah pun rindu untuk kita kembali bersama sekeluarga kan?
terima kasih ayah sebab dah mendidik dan membesarkan eira selama 21tahun ni..
jasa dan budi yang ayah berikan pada eira tak mungkin dapat eira balas..
hanya doa yang dapat eira kirimkan semoga mak dan ayah sihat-sihat saja di sana :)
TERIMA KASIH AYAH
p/s : waktu ni konvokesyen master ayah dekat ukm..
06 May 2009
Selamat hari ibu..mak
Kemilau peluh bersinar di wajah berbinar
Tak terpancar letih meski langkah tertatih
Kau sembunyikan ragu yang terus menghantu
Kau jaga pelita agar tetap bercahaya..
Warna hari kaususun dengan kasih
Warna kisah kaurajut dengan ikhlas
Warna cinta kaubingkai dengan doa
Mungkin tak seluas ladang cinta yang kau semai
Mungkin tak sedalam kesabaran yang kau tanam
Mungkin tak sebesar harap yang kau simpan
Tercurah lewat butir doa dalam sujudku
Tercurah lewat lantunan kalam-Nya kutitipkan untukmu
Tercurah lewat kesungguhan penuhi harapmu
Terkumpul dalam gumpalan keinginan
Sungguh besar jasamu ibu..
p/s : Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia
Tak terpancar letih meski langkah tertatih
Kau sembunyikan ragu yang terus menghantu
Kau jaga pelita agar tetap bercahaya..
Warna hari kaususun dengan kasih
Warna kisah kaurajut dengan ikhlas
Warna cinta kaubingkai dengan doa
Mungkin tak seluas ladang cinta yang kau semai
Mungkin tak sedalam kesabaran yang kau tanam
Mungkin tak sebesar harap yang kau simpan
Tercurah lewat butir doa dalam sujudku
Tercurah lewat lantunan kalam-Nya kutitipkan untukmu
Tercurah lewat kesungguhan penuhi harapmu
Terkumpul dalam gumpalan keinginan
Sungguh besar jasamu ibu..
p/s : Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia
18 April 2009
Happy 27th anniversary mak dan ayah :)
Happy Anniversary yang ke-27
untuk mak dan ayah..
sedar tak sedar dah 27 tahun mak dan ayah aku kahwin..
lebih setahun dari umur abang aku yang kini berusia 26tahun..
ucapan ni khas untuk mak dan ayah
yang jauh di mata tapi dekat di hati :
terima kasih pada mak dan ayah
yang dah membesarkan eira selama 20tahun ni..
eira bersyukur sangat dapat orang tua yang memahami..
tak pernah sikit pun mak ayah abaikan tanggungjawab pada eira..
eira membesar dengan penuh kasih sayang..
eira doakan semoga mak dan ayah akan selalu bersama..
saat susah dan senang..
saat tangis duka dan ketawa riang..
eira nak mak dan ayah tahu..
yang eira sayang sangat dekat mak dan ayah..
walaupun kita terpisah jauh..
hanya doa yang dapat eira pohonkan disini..
semoga kita dapat bersatu kembali..
di rumah kita..
syurga kita bersama..
ikhlas dari anakmu..
eira
p/s : tetiba rasa macam sebak..erkk
untuk mak dan ayah..
sedar tak sedar dah 27 tahun mak dan ayah aku kahwin..
lebih setahun dari umur abang aku yang kini berusia 26tahun..
ucapan ni khas untuk mak dan ayah
yang jauh di mata tapi dekat di hati :
terima kasih pada mak dan ayah
yang dah membesarkan eira selama 20tahun ni..
eira bersyukur sangat dapat orang tua yang memahami..
tak pernah sikit pun mak ayah abaikan tanggungjawab pada eira..
eira membesar dengan penuh kasih sayang..
eira doakan semoga mak dan ayah akan selalu bersama..
saat susah dan senang..
saat tangis duka dan ketawa riang..
eira nak mak dan ayah tahu..
yang eira sayang sangat dekat mak dan ayah..
walaupun kita terpisah jauh..
hanya doa yang dapat eira pohonkan disini..
semoga kita dapat bersatu kembali..
di rumah kita..
syurga kita bersama..
ikhlas dari anakmu..
eira
p/s : tetiba rasa macam sebak..erkk
17 April 2009
salam jumaat
hai semua..
waktu entri ini ditulis..
aku mungkin dah sampai pun ke Penang..
aku balik sekejap..
jengah mak yang demam dekat sana..
errkk..
secara langsung terus angkut mak datang KL nanti..
hehe..mak tunggu eira datang tau..
aku akan blogwalking dari Penang..cecewah..
pada kawan-kawan semua..
teruslah pos entri ye..
supaya dapat hiburkan aku yang confirm bosan 2-3 hari di sana..
p/s : nasib baik mak dengan ayah tak tahu aku ada blog..ngee~
tapi tak apa balik sekejap je..hehehehe
sayang semua :)
Subscribe to:
Posts (Atom)


























.jpg)