Showing posts with label cute stuff. Show all posts
Showing posts with label cute stuff. Show all posts

27 January 2011

aku baru tau nama benda ni pocoyo . ketinggalan betul :P

hai semua . lambat sikit update sebab kerja sekolah menimbun-nimbun terutama sekali kerja sekolah signal system . banyak tak hengat punya tutorial yang cikgu bagi dekat sekolah . dah la cikgu tak masuk mengajar seminggu . sian kelas aku jadi mangsa dan mangsa keadaan nye dah tentu-tentulah aku . sian tak . sian tak cakap kesian cepat huhu . maaflah terlebih hyper sikit lepas buat separuh tutorial signal yang lecturer bagi semalam . bajet-bajet nak siapkan sebelum cuti hari minggu ni sebab nak rehat puas-puas dengan bonda dan ayahanda tercinta . malam ni nampak gayanya kena sambung lagi siapkan tutorial signal ni .



p/s : comel kan menatang ni . hehe

tadi check-check comment dekat blog ada seorang blogger ni mintak tolong buatkan shoutbox icon untuk shoutmix dia . dia minta tolong aku buatkan gambar pocoyo untuk shoutbox dia . sebelum ni pun ada permintaan untuk buatkan shoutbox domo dari seorang blogger perempuan yang aku sendiri pun dah lupa apa nama dia . terima kasih kepada Melisa dan seorang blogger atas permintaan tu . tapi eira nak mintak maaf buat masa ni eira sibuk sikit dengan mini project dengan electrical workshop dekat hostel tercinta ni . assignment pun tiap-tiap minggu makin bertambah . nanti ada masa insyallah eira buatkan . dan kalau boleh untuk blogger-blogger yang nak berkomunikasi dengan aku bolehlah emailkan ke apa-apa soalan atau pertanyaan ke email aku ni teruterubozu_inc@yahoo.com . segala pertanyaan insyallah akan dijawab secepat mungkin , tapi pertanyaan yang relevan je aku akan jawab ye . rasa-rasa macam nak buat formspring me pun ada . korang rasa agak-agak perlu ke ada formspring ni ? need your feedback :)


sebenarnya aku dah tau lama formspring me ni . cuma aku belum nak buat account sebab rasa nanti akan ada banyak soalan di luar jangkaan yang akan di tanya . aku jenis yang tak suka campur adukkan hal peribadi dengan pelajaran . tapi tengoklah nanti macam mana . doa-doalah banyak-banyak mana tau terbuka hati ni nak buka account haha :DD . bukan nak kata tak ada komitmen nak jaga blog dengan formspring me ni , tapi aku sebenarnya banyak jugak benda lain nak kena disiapkan setiap hari dari menjawab segala pertanyaan yang bukan-bukan . kadang-kadang kita memang tak boleh nak duga kan apa akan jadi keesokan hari dan aku manusia , bukan robot yang boleh bekerja 24 jam . aku pun nak ada masa untuk diri sendiri jugak . 


bye , ada masa update lagi :)
0 orang komen

16 December 2010

domo kun

Dasyat..dasyat hari ni je dah 2 entri aku post. nampak sangat keboringan tahap melampau kan? takpelah entri ni nak cerita pasal domo je. bukan cerita pasal contest ke hape. T____T . "hai domo. saya suka lah dekat awak. mana saya boleh dapatkan awak ek?" haihz. ni lah antara barang yang ada dalam wishlist aku. seekor domo yang comel. ni lah kan orang perempuan cepat sangat suka pada benda-benda comel macam ni. ops comel ke ek? ada orang kata tak comel pun tapi aku ni lain sikit kot. aku suka benda yang orang tak suka, dan aku suka benda yang macam pelik-pelik siket. macam si domo ni lah. hehe :DD kau tengok bawah ni. tak ke comel si domo ni dengan family dia. dah la kaler pink. ni yang sentap ni. tengok kaler pink* padahal dalam hati OMG~! comel tahap Gorgon.


T____T kenapa comel sangat ni. ni yang buat duit habis ni beli benda bukan-bukan :( . domo ni patung ke-2 yang aku suka selain elmo. elmo tetap di hati. bestnye kalau dapat kumpul banyak-banyak patung macam ni. boleh jadi inspirasi ni. huhu. aku tak minat sangatlah patung bear-bear tuh.aku suka yang macam-macam ni lah. kepada yang berkenaan silalah beri perhatian lebih ye~! aku suka patung yang lain dari yang lain. bising mak kalau tau aku nak beli lagi. dapat pulak patung macam ni. haha adoi.


dua ekor domo comel ni pulak tengah in love kot. comelnye makhluk berbulu ni. siapalah yang baik hati nak belikan domo ni ek? bagi hadiah ke sempena tahun baru yang nak menjelma dah ni. hehe. oh ye apa azam tahun baru korang ek? ada jadi ka azam-azam tahun lepas nak ada azam baru nih?  haha :DD gurau saje, jangan ambil hati ye kawan-kawan. azam tu kena ada, jadi tak jadi belakang kira. bila ada azam baru ada target. kalau dapat capai target tu kira dah BERJAYA laa. :) mengarut jela aku ni kan.


tengoklah tu, bergaya kan beliau nih. dengan spek mata kuningnya. santai bebeh~! huhu kalau lah dapat satu domo ni aih tak tidur malam lah aku menengok benda ni je. huhu :P ada tak siapa-siapa yang minat benda yang sama? meh lah kita share-share pengalaman. pengalaman beli domo dekat mana ke. sharing is caring :). dan untuk menunjukkan yang aku agak eksited dengan si domo ni. haaa tengoklah header blog ni. dah cukup dah lah korang tahu aku ni suka domo. malas aku nak cakap lagi. aiyaiyai


last sekali aku sebagai maksu kepada hannah damia bt. zainal ariffin nak ucapkan selamat ulangbulan yang ke-3 untuk Damia. hehe mengada. maksu doakan damia cepat besar, cepat meniarap, merangkak, berdiri dan bercakap sebab damia comelll sangat buat maksu geram. nanti maksu bawak damia pergi jalan-jalan dekat taman permainan ok. mmuahhx xoxo
1 orang komen

04 December 2010

ape orang panggil benda ni ek?


geng-geng kucing


kucing kuasa dua :D


sotong kaler pink~!


matryoshka dolls :)

aku nak tau material apa yang dia guna untuk buat benda ni. tengok macam benang untuk buat kait-kait tu je. kreatif betul. ada tak siapa-siapa pandai buat benda macam ni. aku ni memang suka kumpul benda-benda macam ni. setengah orang mesti akan cakap aku ni pelik tapi aku tak kisah pun sebab comel gila kot~!. 

1 orang komen

EXCHANGE LINKS