06 November 2012

pengalaman berlatihan industri di seremban.

assalamualaikum.

ini adalah entri auto publish. so ikut suka aku bila nak publishla kan. agak lama jugaklah dalam draft ni. tapi tu semua tak penting. entri kali ni lagi penting....kot.hehehe. macam yang semua tau, bulan julai yang lepas aku telah pun selamat memilih tempat untuk berpraktikal. dan persoalannya ialah kenapa memilih seremban..? ye aku beraktikal di seremban, di hospital tuanku jaafar.

pada aku seremban tak ada lah best sangat macam kuala lumpur. yang membezakan dua tempat ni ialah kesesakannya. kuala lumpur semua tempat pun nak jammed berbanding seremban, segalanya lebih baik, even better. sebabnya? tak banyak kesesakan lalu lintas kalau ada pun tak berejam nak hadap jammednye macam kuala lumpur. tenang je. yang bestnya seremban ni dia banyak jalan. kalau kau sesat mana-mana pun memang kau cuma perlu cari jalan ke pusat bandar je dan takkan sesat punya. walaupun pengangkutan awam agak susah dekat sini, tapi tak ada lah teruk sangat. nak pergi ke KL pun senang boleh naik bas ataupun KTM je.

makanan pun murah. orang-orang seremban pun baik-baik. cuma pemandu dekat sini je lebih kurang sama dengan orang-orang kuala lumpur. signal tak bagi, suka masuk jalan orang suka hati, main terjah je bila dekat jalan raya. aku sebagai pembonceng motor memang sangatlah takut dengan keadaan macam ni. ye buat pengetahuan kau orang aku naik motor ke tempat praktikal bersama kawanku, munirah. thanks muni jasamu di kenang. dan yang paling takut nak praktikal ni ialah aku berpraktikal di hospital. ye hospital tuanku jaafar, seremban.

waktu awal-awal masuk praktikal dekat hospital, memang menakutkan. sebabnya bengkel tempat praktikal aku ni bersebelahan je dengan bilik mayat. kau boleh bayangkan tak macam mana cuaknye aku nak tempuh 4 bulan dekat sini. setiap hari kau akan naik wad untuk buat ppm dan service mesin hospital dan semestinya kau kena melintasi bilik mayat untuk naik ke wad. cuaknye jangan cakaplah kan tapi dah lama-lama aku pun dah terbiasa. especially bila ade bau kapur barus dari sebelah bengkel. memang tau dah ade kes a.k.a kematian dekat sebelah.

sepanjang 4bulan aku praktikal dekat situ banyak pengalaman yang dapat aku kutip.belajar communicate dengan user, pergi user training, pergi outstation ke hospital area seremban, buat ppm sendiri, tulis work order, buat kerja management dan macam-macam lagi. satu pegalaman yang sangat berbeza untuk aku. dan alhamdulillah aku sudah pun selamat menamatkan pengajian selama 3tahun dengan habisnya praktikal di sini. syukur sangat-sangat aku berjaya tamatkan pengajian dengan jayanya.



6 orang komen

05 November 2012

my little princess turns two!

assalamualaikum.

buat yang baru saja ikut blog ni. mari aku perkenalkan dengan anak buahku, hannah damia bt. zainal ariffin. 16 september yang lepas bersamaan dengan hari malaysia merupakan hari lahir damia yang kedua tahun. alhamdulillah damia membesar sebagai seorang yang sangat aktif, kepochi, bijak dan suka buli acu dia ni dengan jayanya.

acu sayang damia. damia dah besar nanti semoga jadi anak yang solehah. anak yang mendengar kata kedua ibu bapanya. semoga damia membesar menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

selebihnya biarlah gambar yang berbicara.






0 orang komen

04 November 2012

selamat pengantin baru yana

12 october 2012.

assalamualaikum.
memandangkan ni entri basi izinkan aku untuk bercerita walaupun korang tak nak baca. hehe. biarlah blog ni jadi tempat aku mengadu buat masa sekarang sebab aku sudah pun mengurangkan aktiviti ku dilaman sesawang facebook dan hanya ingin aktif di blog. blog kesayangan aku.

baiklah balik pada cerita utama. waktu tarikh ni, telah berlangsungnya majlis perkahwinan sepupu terapat, tercantik dan terbaekkk pernah aku ada, siti lyana nabila hairudin. satu-satunya saudara sebelah mak yang rapat dengan aku atau dengan kata lain sama baya dengan aku. tahniah yana. selamat pengantin baru.

to my dear siti lyana nabila, disini ade sedikit ucapan ringkas yang bakal mengenang sejarah kita dulu. walaupun aku tau kau tak pernah tau pun kewujudan blog aku. tapi this one is really for u.

ingat lagi tak kau waktu aku selalu balik ke melaka..? waktu tu kita masing-masing baru lepas dari SPM. aku akan bermalam dirumah kau, bergelak ketawa bersama dan berpillow talk bersama sampai ke tengah malam bercerita perihal kita di sekolah dulu. aku dengan cerita aku dan kau dengan cerita kau. dan soalan yang tak kan pernah aku lupa bila kau bertanyakan aku tentang teman lelaki atau kawan lelaki yang aku ada. memandangkan aku bersekolah campur, kau merasakan peluang untuk aku dapat teman lelaki amatlah cerah berbanding kau yang bersekolah rendah dan menengah perempuan semuanya.

dan aku masih ingat kau bimbang ade tak lelaki yang nak kan kau disebabkan kau yang tak pernah ade teman lelaki sejak di bangku sekolah. untuk pengetahuan kau (macamlah aku ada teman lelaki waktu tu) ramalan kau salah belaka. sekarang kebimbangan kau dah pun berjawab. kau lebih dulu berkahwin dari aku. alhamdulillah aku sangat gembira untuk kau. walaupun masa untuk aku berkahwin entah bila kan berkunjung tiba. aku bahagia untuk kau wahai sepupu yang terbaik. doakan hari bahagia aku juga ya. insyaallah. hanya tuhan sebaik-baik perancang.

untuk aku kaulah teman yang selalu sudi mendengar keluh kesah aku walaupun kau tau aku asyik ulang cerita yang sama. kau sabar melayan kerenah aku. sekarang kau sudah pun berkahwin dan adenya batas antara kita. semoga bahagia selalu jadi milik kau sayang.



2 orang komen

EXCHANGE LINKS